CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, November 7, 2013

A Day Trip To Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum w.b.t


Trip ke Bukit Tinggi ni kitorang pergi masa Hari raya Haji. Unplanned trip sebenarnya. Dalam pantang lagi, baru hari ke-11 berpantang tapi sebab bosan dan perlukan short getaway nak hirup udara segar kata orang, makanya i've come out with this idea. I cakap kat suami pagi-pagi lepas dia dah balik sembahyang raya, kebetulan dia pun tengah fikir-fikir arah tujuan untuk haritu, i kata "apakata kita pergi bukit tinggi?" Dua-dua tak pernah jejak kaki ke sana lagi. Then dia google some info and said, "bagus jugak idea awak ni, dah pergi siap!" Hehehee ...



Bayangkan kol 10 pagi gerak dari rumah parents mertua dari Sg. Buloh, sampai Bukit Tinggi around 11.30 kot, tak ingat. Nak masuk sila bayar RM12 per person for adult ye, Mizan takyah bayar! Kitorang decide nak pergi Japanese Village dulu. Warning untuk orang yang tak pernah ke sini macam kami ni, sila pergi Colmar dulu then ambil van/ free truck untuk naik ke atas Japanese Village ni ye, jangan bazirkan minyak kereta korang! 



So, kitorang gigihlaa panjat bukit naik kereta ni and cari parking. Dah parking tu rupa-rupanya kena mendaki pulak. Let the picture do the story :p 




 Dah sampai, dah parking, nampak tangga tu? Moh daki!


 Sebelum daki amik gambar dulu ;) peacee~~


SubhanaAllah, pemandangan dari atas ;)


 Nak ke Japanese Village memang letih! Letih memanjat.

 Siap berjubah berhari raya lagi, muka control penat mendaki ;p

 Yeayy dah sampai, tapi kitorang salah strategi lagi apabila turun pergi botanical garden dulu!
extra letih disitu..


 Souvenir shop. Ada rasa cam kat Jepun tak??
*berharap orang jepun yang jaga kedai ni*



 Haa, pergilah turun bawah pulak. 




 Japanese Garden~





Ok, kat sini kalau nak feeling-feeling awek jepun bolehlah sewa kimino RM20 sepasang.
Me tak try pun.

Cantikkan surrounding area dia..

Greenish~



Budak kecik ni pi sini takmo balik! Suka betul dia dengan ikan. Maunya berejam-jam kat sini jer..
not sure sebab ikan atau ade awek. Hmm ikut perangai papa dia betul! :p

Seterusnya kita ke Colmar Tropicale. Bangunan kalerful ;)


 Cantekkan...







 tak tahu nak cakap ape selain bergambar jerr... ;p





 kat sini ade swan. Mizan ikut perangai mama dia penakutt.. hahaa!


 bagi makan roti tapi kena gigit , maintain cool~ dalam hati "kuang ajau ko swan"




beautiful black swan~ 



  tutup mata takut ngan clown~


 mama buat tak reti, enjoy makan croissant dia yang sedap tu.. mango tea pun sedap! Haihh


 the clown~


 clown dah keluar baru lah si Mizan ni bangun..suka lettew dapat belon..


 clown kena kerumun kat luar pulak~


 ending, naik 1 trip truck cum lorry ni dulu (i tak tahu nama pe menda alah ni)
open air bus kot.. hihii bantai jelaa labu...
Kalau dari Colmar nak ke Japanese Village boleh la naik truck ni, free je.
Kitorang naik saje-saje..


Kat sini ade farm animal kat kawasan bawah sikit, dekat ngan pintu masuk tapi tak pergi pun. Balik Kajang around 3.30petang, singgah rumah my family around 4.15. Tu la cerita raya haji kami :) Bye, Much Lurve!


See, siap berstokin bagai datang sini. Hehehee
Nanti nak datang lagi laa, dekat jer, sejam lebih je perjalanan.
=)
..yours truly <3 ...

Monday, November 4, 2013

Transformasi Rambut Mizan Armany

Mizan Armany ni memang susah sangat nak potong rambut.

Tapi rambut dia cepat benor panjang. Acaner tu?

Both atuk & nenek dia memang setiap minggu jugakla pujuk dia gunting rambut. Tapi tak jalan.

Kalau bawak pi kedai gunting rambut pun dia taknak masuk.

Mak pak dia memang dah serender pasrah je rambut anak panjang.

Tapi dia kadang-kadang rimas. Yela rambut tu dah la tebal mencucuk-cucuk pulak tu. Panas lagi. Haihh..

Bapak dia pegang shaver rambut tu dia dah melalak dulu. Mak dia pening kepale.









Rambut dia takde la panjang sangat tapi rimas! Pastu dah lebih telinga rambut tepi tu. So mak dia pun cam dah gerammmm je nak gunting kan.

Satu hari masa mama dia tengah cuti baru lepas gugur aritu kan, nenek dia nak mandikan si Mizan ni, siap ambil besen supaya Mizan boleh berendam dalam tu and bawak masuk toys dalam bilik air supaya leka main la, tengah-tengah leka budak ni nenek dia gunting rambut depan. Pendek! Dah macam amoi baby doll. Senget pulak tu!! Adoii...


 .Amoi baby doll Senget.


Dah macam rambut Aishah Sinclair aku tengok.


Kelakar hokeh! Dah tu dapat gunting depan je. Belakang, tepi tak dapat. Budak ni dah lari keluar bilik air, taknak gunting lagi. Aku send gambar budak ni kat abang aku, tunjuk 'hasil kerja nenek". Dia kata nanti dia balik keje dia nak oter (alter).

Dalam kol 6 petang dia balik keje tu, timing yang sesuai adik lelaki aku balik keje jugak. So adik lelaki (acu) dukung Mizan, nenek pegang kepala, angah potongkan rambut. See, sampai 3 orang kena pegang dia ni, nampak tak kelasakan budak ni taknak potong rambut camane?? Hahahaa mama dia tukang tenangkan Mizan je supaya dia tak meronta lebih-lebih takut tergunting telinga atau luka. Mungkin sebab dia rimas rambut yang dah gunting tu jatuh kat badan so cam gatal-gatal la..atau mungkin dia fobia gunting rambut lepas? Tak tahu pulak..

So, hasil 3 orang pegang si Mizan Armany:



ok, hensem sikit. Cuma rambut depan tu still camtu takleh nak alter sebab pendek sangat.

 percubaan pakaikan dia topi kalau nak keluar rumah.
tak berjaya pun!

 dia kalau dapat naik kereta cam ni taknak balik tau.
takyah masuk duit. kalau gerak-gerak dia takut.
dasar penakut.




Dah, tu je. Much Lurve! :)

P/S: sekejap je panjang rambut budak ni. lepas ni tak tahu cmane style pulak rambut dia.

Salam Maal Hijrah & Selamat Bercuti :)

Apa plan? Hihii
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...