Banyak yang jadi lately & saya tak sempat nak update sebab asyik bercuti. Bercuti means MC ye and yeahh isnin semalam i'm taking my annual leave yang tinggal beberapa hari je lagi tu. Huhukk!
Nak bercerita tapi saya dah ketinggalan ketapi, tapi tetap nak update mengikut kronologi kejadian. Ahakk.. So, kita sambung cerita my son yang dah menginjak 2 tahun. (Padahal dah sebulan delay cerita ni).
Tahun ni nampaknya tak menjadi lagi planku nak mengajak kawan-kawan datang umah celebrate sama-sama. Sambut dengan dua-dua family je. Beli kek suruh Mizan tiup, dia happy, dah. Hahaha. Tapi Mizan dapat banyak gak present. Mama dia belikan fishing game je sebab tahu dia obses dengan ikan! Game tu la hari-hari dia main habiskan bateri. Ohh aunty Bell dia belikan dia baju. Cute! Hihii tq semua =) [Bajet macam ade yang baca je] kuikuikui..
si abu tunggu hasil tangkapan ;p
yang ni ciklin dia belikan. Orang suruh temankan je, dia pun belikan sekali
Hihii tq =)
Motor ATV ni angah ngan nenek dia belikan.
Siap pinjam helmet angah lagi.. Besar & berat ler..
Malam tu celebrate kat pizza hut lak Acu dia belanja buka puasa sekali.
Murahh rezeki..mama dia belikan kek Baskin Robbin je.
Selamat hari lahir anakku Mizan Armany, moga menjadi anak yang mendengar kata ibu bapa, menjadi khalifah yang soleh. Mama sayang Mizan sangat! Mizan anak yang menyenangkan ibu bapa since dalam perut lagi. Jangan degil-degil. Ni gambar-gambar Mizan Armany since dia 2 tahun =) happy & cheeky my lil boy, Alhamdulillah. Moga Mizan membesar dengan sihat!
Enjoy makan chupa chups. Tapi tak pernah habis pon.
Ni masa Mizan ikut mama gi ofis. Selalunya bertahan setengah hari. Yela, dia masih perlukan afternoon nap, kalau tak cranky ler..
Suka bergambar budak ni. Ikut perangai mama dia ler tu.. hihii
Achievement:
Pandai kira 1-10. Erm banyak lagi kot tapi dah lupa. Hahaa tapi 1 for sure still sangat manja. Tidur bawah ketiak mama dia lagi. Kalau kita marah dia pastu dia nangis, kita kena pujuk dia balik dengan cara kena hugs dia kalau tak dia tak stop nangis. Haru!
Ok, masa untuk pulang ke rumah! Update later. Bye peeps! Much Lurve ;)
No comments :
Post a Comment