CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, July 12, 2013

Alhamdulillah, Ramadhan Barakah =)

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Berpuasa, dah masuk Ramadhan ke-3 =)

Alhamdulillah, tahun ni insyaAllah berpuasa penuh tapi kena kuat & bertabahlah. Dengan pening-pening & rasa loya lagi. Memang harus bertabahlah. Selalu loya lepas sahur & time nak berbuka. Abeh tu camane? Bukan boleh makan asam pon! Hahahaa hidu balm ajela jawabnya taknak bagi muntah. Yerp, masa pregnantkan Mizan dulu pun iols loya-loya je jarang muntah. Ehh...?? Hee ye betul la tu, Mizan bakal jadi abang.. ;) Alhamdulillah. Yupp, me mesti la teruja happy jugak dalam masa sama bersyukur sangat sebab dapat merasa lagi. 


First i notice my period untuk bulan 6 tak datang, lewat dah 2 minggu. So iolls gigihla beli pregnancy test yang harga rm16 (mahal okeh) cari yang murah takde. Dulu time Mizan iolls beli rm6 saje hokeh tapi pharmacy tu dah tutup. Kecewa betul bila test jawapannya negatif! Campak masuk bakul (abehtu takkan nak simpan pulak kan) :p Tapi masih pelik sebab "anak bulan" tak jugak datang nih. Sampai la sehari sebelum puasa i tak sihat, amik MC pi jumpe dokter. Sembang ngadu sakit tekak la, loya-loya la, then dia offer tanya nak check if i pregnant tak? So, i pon oke jela, check-check yupp positif!! Kalau ikut kiraan ni baru nak msuk 8 minggu kot laa. =)

So, dah confirm Mizan bakal jadi abang. Haa cerita pasal si Mizan ni pulak. Orang tua-tua kata kalau nak dapat adik ni perangai dia mengada-ngada sikit. Memang betul pun! Hahaha mengada-ngada banyak okeh, tapi takpela, layankan ajela, nanti dah ade adik kesian dia, sebelum ni perhatian untuk dia 120% nanti ade adik sure dia terasa sikit. Takpela Mizan, mama tetap sayang Mizan sama je dengan sebelum ni. Mizan tetap baby mama lagi. Manja ya amat! Hihii



 Selamat Berpuasa daripada Mizan & mamanya =)



 Jom gi terawikh, saya behave tau ;)



Lama lagi ke nak berbuka ni mama? ;p



Semoga saya terus diberi kekuatan untuk berpuasa & beribadah. Insya Allah, =)
Doakan yang terbaik oke? 

Wednesday, July 10, 2013

Final Part : JPO & Souvenirs ;)

Salam & Selamat Berpuasa semua! =)

Entry kali ni nak habiskan entry tertunggak holiday ke Johor & USS itu hari. So this is the final episode ler konon-kononnye ;)

Di Jb, kitorang bermalam di Kozi Hotel Danga Bay. Untuk 1 malam bilik Deluxe RM98, kitorang amik 4 bilik untuk 2 malam. So, here are my bilik.

 quite "cozy" la gak ;)





Lepas je check-out dalam kol 11 pagi, we all makan lagi sekali kat ZZ Sup Tulang melepaskan hajat mereka yang takut mengidam lagi, payah lak nak datang sini lagi semata-mata nak makan mee rebus sup tulang tu khannn.. Lepas makan-makan, straight pegi JPO, almaklumlah tak pernah jejak lagi kaki kat situ. Hihii



 Daripada Highway lagi dah nampak. Keluar Exit Senai kot, tak ingat. huhuu



 Shopping, jangan tak shopping. Masa kitorang pegi yang tengah sale butik Levi's je.


Sorry la, tak dapat snap banyak picture. Fotografer bizi cuci mata. So gambar-gambar outlet tak banyak.

 budak kecik ni berjaya dapatkan kasut raya nike dia hasil mengepow papanya. Ihikk~

 kalau nak tau, belom raya lagi dia dah sebuk nak pakai kasut ni walaupun hanya nak pegi umah nenek dia je -_-' bagusla nak, kecik-kecik dah pandai bergaya. Suka mama. Hahaha
Ehh dia amik sendiri dari dalam kotak! Kantoii mama simpan kasut baru dalam kotak tak bawak kuar lagi. Huhuhu~


 Steady arr posing belatar belakangkan air pancut. Mujur anak aku tak terjun dalam tu.
Dia bukan boleh jumpa air.



Kat JPO mama shopping ni jer sebab lately suka perfume wangi-wangi. Buat tambah koleksi.



Souvenirs dari USS:

 Hasil rembatan.


 Botol air ni pun nak jugakkk~
Harga tak ingat berapa. Dalam SD 16++ kot.


 Mizan Armany yang pantang jumpa ball, dia pun sebuk la "NAK NAKK!!"
Dalam kedai lagi dia dah sebuk main bola ni.
Harga dalam SD 13++

 See, muka girang budak ni bile main ball ;)


 T-shirt. Satu utk Bahira, satu untuk Mizan.
Bahira punya dalam SD 20. Mizan SD 23++


 Pen-pen untuk my officemate.
Harga dalam SD 4.90 sebatang.


Fridge magnet for my own collection.


See, i terlupa nak beli T-shirt for myself!! Tu yang nak pergi lagi tuh! Hihii Overall habis dalam SD 200 gak atau duit kite RM 500! *nangis!* Alhamdulillah, seronok dapat ke sana =D


So, itula sahaja cerita kite ke USS serba sedikit. I need moreee holidays plishh.. Hahaha


Okeylah, selamat berpuasa again. Bulan puasa ni balik kol 4.30! Yippie, till then Much Lurve! =)

Saturday, July 6, 2013

USS Trip Part 2: The Day~

Jem yang teruk nak masuk Singapore. Takes almost 2 hours! Geez..




Woodlands check-point


upon arrival~


 the entrance~

the globe~

si kecik ni melalak sebab takut dengan woody wood pecker.
Apaa raa.. tak macho langsung. kuikuikui

 tengok Mizan, mama relekss je bergamba ;)






dah elok sikit. hihii






 Betty Boops yang gediks ;p







 Nampak dah istana far far away..


Lunch di sini ;)

 Naik boat ride kat madagascar walaupun si kecik tu tengah tido.
Orang tengah queue dia tido. Penat sangat nangis kot.


 layan kan aje..









 Far far away Shrek Land


 Air magic potion


 Dorang beratur nak tengok Shrek 4D. Mama cakap "best ain!!"
hahaha even my mom pun enjoy kat sini ;)




 Kitorang tak masuk, bergambar je sebab Mizan tengah tido.



 Lena jer..





 Dah bangun bawak main menda alah ni kat Jurassic Park.
Naik menatang ni pun dia nangis gak last-last sebab takut. Hahahaa


  5pm~ It's Parade time! Wee..







Time ni pun si Mizan melalak lagi sebab monyet kostum tu datang approach dia.
Takut la dia.. haihh


 Lepas ni sampai habis parade Mizan telangkup muka kat nenek. Takmo tengok dah.




















 Lalu Ancient Egypt Fiction pulak. Lalu je, tak masuk pun sebab hari dah petang sangat.








 Sci-Fi. Rollercoaster Human & Cylon.
Si suami naik dua-dua! Me mampu tengok je. Tak berani iolls ;p





 Datang sini jangan lupa cuba aikrim Starbot ni.
Beli dua: mint chocolate & Banana split


Aiskrim masa depan katenyeerr




 Shopping beli t-shirt Mizan kat sini.
T-shirt mama dia takde ponnn..
Macam mintak datang lagi jerr..  Sobss
huhuu






 Last but not least bergamba kat sini.





 I love this place. Definitely will go again, insyaAllah. Tempat ni seronok for me laa..
Sebelum datang macam-macam plan nak naik. Paling nak naik Transformers tapi sebab kekangan masa + Mizan asek meregek je. Takpela, mungkin lain kali. Tapi for sure this trip is the best for 2013. Yelah, 2013 ni je holiday trip, so memang perlukan sangat-sangat getaway macam ni ;D

Malam tu keluar balik dari Singapore. Sampai bilik hotel 11pm again. Pengsan sampai esok pagi ;) Continue Final part later. Bye & Much Lurve everybody! Dalam pala nak shopping baju raya Mizan jer (entry ni ditaip pada hari Jumaat harap maklum) Tataa!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...