CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, November 14, 2013

Throwback Thursday: Mizan Armany & Coat

Assalamualaikum w.b.t

Gambar-gambar ni semua diambil sebelum majlis kahwin maktik dia, maktik Mizan siap belikan sepasang coat budak yang comel untuk jadi flower boy~ So dah beli ni kira fitting-fitting laa, tengok muat ke tidak. Hihii seb baik muat-muat je, almaklum la Mizan kan semangat sket badan dia, Alhamdulillah.. tapi nampak gaya xboleh pakai lama laa, nanti pass kat ma'qill pulak.

Maaf atas kualiti gambar yang tak semenggah..hihii

 Love u my boy,
pengarang jantung hati mama 
tengok dia senyum cheeky camni je terus sejuk,
belum lagi dengar dia panggil kita lembut-lembut =)
Alhamdulillah, terima kasih Allah




 His signature pose for peace ;)


 aumm!! geget nak??




 my handsome boy.
Mungkin ada hikmah Mizan belum ada rezeki nak dapat adik.
Dia nak manja puas-puas dengan mama papa atok nenek pakcik makcik dia dulu kot.
Yupp, Mizan memang sangat manja :)




November 2013~ Our Mizan Armany 2 tahun 3 bulan ++ lorat, banyak akal, makin bijak, dah start susun ayat; contoh: go (gelongsor)... nak.. nakk! sambil tunjuk ke arah gelongsor (fav dia) lagi-lagi kat Taman Tasik Cempaka Bangi, memang taknak balik budak ni.. amm (makan) ashik (nasi), buh bedak, kak (buka) ju (baju), and so on.. Selalunya mama dia je yang paham dia cakap. Ade 1 malam tu dia dok cakap D go, d go.. then i cakap kat papa dia "cuba teka Mizan cakap ape" papa dia memang tak faham la, hee Mizan cakap ready go!! Alhamdulillah dah banyak jugak la improvement dia =) kalau duduk santai-santai dia suka mengira. one two three sampai la ke ten! Masih fail main nyorok-nyorok.. hahaa 

Apa-apa pun dia la penceria hidup. Ok, Much Lurve! =)

Thursday, November 7, 2013

A Day Trip To Bukit Tinggi Pahang

Assalamualaikum w.b.t


Trip ke Bukit Tinggi ni kitorang pergi masa Hari raya Haji. Unplanned trip sebenarnya. Dalam pantang lagi, baru hari ke-11 berpantang tapi sebab bosan dan perlukan short getaway nak hirup udara segar kata orang, makanya i've come out with this idea. I cakap kat suami pagi-pagi lepas dia dah balik sembahyang raya, kebetulan dia pun tengah fikir-fikir arah tujuan untuk haritu, i kata "apakata kita pergi bukit tinggi?" Dua-dua tak pernah jejak kaki ke sana lagi. Then dia google some info and said, "bagus jugak idea awak ni, dah pergi siap!" Hehehee ...



Bayangkan kol 10 pagi gerak dari rumah parents mertua dari Sg. Buloh, sampai Bukit Tinggi around 11.30 kot, tak ingat. Nak masuk sila bayar RM12 per person for adult ye, Mizan takyah bayar! Kitorang decide nak pergi Japanese Village dulu. Warning untuk orang yang tak pernah ke sini macam kami ni, sila pergi Colmar dulu then ambil van/ free truck untuk naik ke atas Japanese Village ni ye, jangan bazirkan minyak kereta korang! 



So, kitorang gigihlaa panjat bukit naik kereta ni and cari parking. Dah parking tu rupa-rupanya kena mendaki pulak. Let the picture do the story :p 




 Dah sampai, dah parking, nampak tangga tu? Moh daki!


 Sebelum daki amik gambar dulu ;) peacee~~


SubhanaAllah, pemandangan dari atas ;)


 Nak ke Japanese Village memang letih! Letih memanjat.

 Siap berjubah berhari raya lagi, muka control penat mendaki ;p

 Yeayy dah sampai, tapi kitorang salah strategi lagi apabila turun pergi botanical garden dulu!
extra letih disitu..


 Souvenir shop. Ada rasa cam kat Jepun tak??
*berharap orang jepun yang jaga kedai ni*



 Haa, pergilah turun bawah pulak. 




 Japanese Garden~





Ok, kat sini kalau nak feeling-feeling awek jepun bolehlah sewa kimino RM20 sepasang.
Me tak try pun.

Cantikkan surrounding area dia..

Greenish~



Budak kecik ni pi sini takmo balik! Suka betul dia dengan ikan. Maunya berejam-jam kat sini jer..
not sure sebab ikan atau ade awek. Hmm ikut perangai papa dia betul! :p

Seterusnya kita ke Colmar Tropicale. Bangunan kalerful ;)


 Cantekkan...







 tak tahu nak cakap ape selain bergambar jerr... ;p





 kat sini ade swan. Mizan ikut perangai mama dia penakutt.. hahaa!


 bagi makan roti tapi kena gigit , maintain cool~ dalam hati "kuang ajau ko swan"




beautiful black swan~ 



  tutup mata takut ngan clown~


 mama buat tak reti, enjoy makan croissant dia yang sedap tu.. mango tea pun sedap! Haihh


 the clown~


 clown dah keluar baru lah si Mizan ni bangun..suka lettew dapat belon..


 clown kena kerumun kat luar pulak~


 ending, naik 1 trip truck cum lorry ni dulu (i tak tahu nama pe menda alah ni)
open air bus kot.. hihii bantai jelaa labu...
Kalau dari Colmar nak ke Japanese Village boleh la naik truck ni, free je.
Kitorang naik saje-saje..


Kat sini ade farm animal kat kawasan bawah sikit, dekat ngan pintu masuk tapi tak pergi pun. Balik Kajang around 3.30petang, singgah rumah my family around 4.15. Tu la cerita raya haji kami :) Bye, Much Lurve!


See, siap berstokin bagai datang sini. Hehehee
Nanti nak datang lagi laa, dekat jer, sejam lebih je perjalanan.
=)
..yours truly <3 ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...