CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, October 21, 2011

Ketahui Tumbesaran Anak~ :)

Haiii!!!



I've been searching and found this good article about baby's development stage. Sebab perasaan ingin tahu pada peringkat umur begini apa baby kita dah pandai buat kan? ;) Jadi ada guide untuk kita sebagai ibu bapa untuk memahami perkembangan tumbesaran anak-anak mengikut keupayaan fizikal & mental mereka.

Peringkat Pertama : Mengenal pasti isyarat alam persekitaran dan orang sekeliling Mereka masih keliru tentang perubahan siang ke malam dan kadar frekunsi pendedahan bunyi yang diterima. Ketika ini mereka banyak menggunakan bantuan visual  bagi melatih koordinasi mata untuk berfungsi sebaiknya. Tahukah anda bahawa, bayi anda bukannya tidur apabila hari sudah gelap, tetapi kerana isyarat deria mata menyuruhnya untuk tutup. Mereka akan mula mengenal muka anda sebagai orang yang dipercayai dan akan menangis apabila melihat sesuatu yang asing baginya.TIP: Pada peringkat ini, anda haruslah kerap menghantar isyarat melalui pandangan mata kepada anak anda. Kurangkan juga pendedahan cahaya yang melampau terhadap mereka dan banyakkan memeluk mereka bagi membuatkan mereka berasa tenang dan selesa di usia awal mereka itu.

Peringkat Kedua : Keseimbangan bagi separuh anggota badan Di bulan ketiga kelahiran, bayi anda akan mula menunjukkan keupayaan mereka untuk membalikkan badannya ataupun meniarap. Kebolehan meniarap ini adalah disebabkan oleh kematangan koordinasi mata mereka yang telah dilatih pada peringkat pertama tadi. Mereka akan menegakkan leher dan kepala untuk mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Melalui kematangan deria mata dan visual, bayi anda akan dapat mengawal kepalanya sebanyak 180 darjah pemandangan. Bayi anda membalikkan badannya agar merasa kestabilan melalui perutnya sendiri. TIP: ibu bapa haruslah mengalakkan bayinya dan membiarkan mereka untuk terus meniarap bagi menyokong tumbesaran anggota badannya terutama bagi menguatkan anggota tangan dan kaki. Keupayaan bayi anda untuk meniarap dalam jangkamasa yang lama akan memudahkan mereka untuk pergi ke peringkat seterusnya.

Peringkat Ketiga : Latihan pengukuhan dan kekuatan otot badan. Kematangan deria visual dan anggota badan mereka semakin cekap bertindakbalas. Keupayaan merangkak pada bayi anda terjadi apabila mereka telah dapat menggunakan fokus mereka pada objek yang jauh. Mereka akan mula ingin mengapai benda yang tinggi dan berusaha untuk mencari benda yang tersembunyi. TIP: Semakin banyak mereka merangkak semakin kuat otot badan mereka terbentuk.

Peringkat Keempat : Keseimbangan bagi keseluruhan anggota badan Segala keupayaan otot dan deria rangsangan bayi anda akan bergerak secara seiringan atau synchronise. Keseimbangan terhadap tarikan graviti juga telah dicapai dan kebolehan untuk mengawal anggota kaki untuk berdiri tegak dan bergerak. Keupayaan bayi anda untuk bertatih dan berjalan disebabkan oleh latihan yang cukup pada peringkat sebelumnya.TIP: Oleh itu, anda haruslah memperbanyakkan mereka untuk bergerak walaupun sekadar menendang bola. Kadangkala, pada ketika ini bayi anda akan mula sedar bahawa mereka mempunyai kaki! Ini kerana, pada awal peringkat tumbesaran mata mereka tidak dapat melihat keseluruhan badannya. Berikan perhatian dan galakkan mereka untuk berjalan dengan memberikan kepercayaan terhadap mereka. Percayalah, di saat bayi anda telah berjaya untuk berjalan, sesungguhnya itulah kejayaan yang besar bagi mereka.



Source here


My baby now dah berusia 2 bulan lebih. Lagi 3 minggu nak kena bawak ke klinik kesihatan untuk ambil suntikan 3 bulan pulak. So, ape yang sepatutnya bayi pada usia 2 bulan dah pandai buat?

Bayi mula mengenali Ibunya
Ibu adalah orang yang paling dikenal oleh bayi Ibu. Biasanya ia akan menggerakkan tangannya jika dia senang dan merasa nyaman dengan menghisap jemari jari.
~ my mizan suke hisap jari! ;) dan dia dah kenal saya! :D

Bayi mula belajar mengangkat Kepala
Bayi yang berusia 2 bulan, otot-otot tubuhnya mulai kuat. Ia mampu mengawal gerakan otot-otot seperti mengangkat kepalanya dan menopang lehernya selama beberapa saat ketika dia dalam posisi meniarap. 
~masa dia baru lahir, saya perasan tulang dia dah sememangnya kuat! Mula-mula angkat dia tulang leher dia memang kuat. Tak perlu tampung lagi. I'm impress!! Wah~ Dan sekarang dia dah boleh bangun! Saya hanya tarik tangan dia aje untuk dia bangun. Tapi tak selalu laa, saje bagi dia excersize ;) [baru perasan semalam]

Berkomunikasi
Meskipun baru berusia 2 bulan belum boleh bercakap, dia masih boleh berkomunikasi. Di usia ini ia mulai mampu mengeluarkan suara dari mulut kecilnya.  Suara Ibu mungkin jadi  suara favoritnya. Saat ia mendengar suara Ibu , maka dia akan merespons secara natural dengan mengeluarkan suara. bayi juga akan tersenyum manis dalam memberikan reapons. Bukan lagi senyum refleks pada saat tidur, tapi senyum yang memancing respon Ibu untuk membuatnya tersenyum lebih lebar.
~ Dalam hal saya, my baby mizan akan memberikan respons dengan mengangkat kening apabila kita memanggil namanya :) dan mulutnya sangat ramah bercakap dan bercerita! (Dia dah pandai berkomunikasi! hee :)

Menemukan Tangannya
Baru mula bermain-main dengan tangannya. ~setuju!

Senyuman awalan yang sebenar 

Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan,memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur.  =) Bayi saya juga sudah tersenyum dan ketawa! Happy sangat! Hilang segala penat lelah berkerja dan segala yang merunsingkan hati. Benarlah, anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-Nya! :))

Minat berkembang terhadap design yang kompleks 

Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu. 
~ Erm tak perasan lagi. Besok baru nak beli mainan mizan!! Hee, i'm soo excited!! =)

Tidur bagi tempoh yang lebih panjang 

Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari. 
~Belum lagi. My mizan masih lagi bangun tengah malam untuk menyusu. Purata bangun adalah 2-3 kali dalam satu malam. Hmm xpe, my eye-bag look nice on me ;p

Hee enuff of that, setiap bayi adalah tidak sama dari segi perkembangan. Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

I'm happy with what i read. Till then, Much Lurve~ :)

i leff yu~~ Mizan Armany :)

Thursday, October 20, 2011

Segmen: What's in my bag?

Haii.. ai tertarik nak join gak segmen ni lepas baca blog yun ~ The Journey Begin ;) Lepas baca terus selongkar keluarkan semua harta karun dalam my ofis beg yang besar gedabak nie ;)

Ahaa terus jatuh hati kali pertama tatkala melihat beg ni teruskekaunterdanbayar~ ;)
vincci je pon, but i love it to the bits!


Okey, nak tengok apa yang ada dalam beg yang ai bawak gi ofis?


TadDaAAaa~~


Semak Sangrass!!~
Ada ubat gigi..~ pasai apa ade ubat gigi? Sebab ubat gigi umah ai dah habis, so sempat beli kat watson ;)
~ my Red Recycle bag ;) suka! Sebab setiap hari sabtu kan no plastic bag, so memang sediakan sebelum hujan ('',)
~ Elle sunglases. Penting sebab selalu drive terik-terik >_<
~ Maybelline lip balm and tiny tont red ;) untuk bibir ye supaya berseri-seri. *wink wink*
~ kunci ofis dan kunci kereta.
~ Pendrive my hubby sebab dia suruh ai editkan gamba portfolio dia ;)
~ Milo Fuze dan Nesvita 3in1 supaya i'm not getting hungreh
~ Cable kamera dan charger BB
~ my beloved BB Bold 3
~ henpon Nokia 
~ yang macam jongkong emas tu cokelat ye.. if tetiba teringin makan cokelat, selongkar je dalam henbeg ;) hemohemo..
~ my wallet dan resit dobi. Haritu hantar carpet cum blanket kat dobi tapi belum amik-amik lagi.. Haihhh~~~
~ And last but not least, my digital camera yang berjasa snap picture-pictures yang cantik Sony Cybershot DSC-WX7, kalau takde kamera pemberian encik suami tersayang nampaknya terpaksa pakai kamera BB yang tidak berkualiti gambarnya. Sorry beloved BB terpaksa buka aib u  -_-''

Okay, hanya perlu salin tajuk: Segmen:What's in my bag?

  1.  Copy dan Paste gambar Banner atau Header kat atas tuh serta link kan ke post ini.
  2.  Tag beberapa banyak blogger korang nak.
  3.  Publish dan letakkan url entry korang di sini

Ai nak tag: 
Sape-sape yang baca blog ni, ai tag u all jugaks!! :)) Jum, kita selongkar beg ;)

Much Lurve~

Monday, October 17, 2011

Kekurangan G6PD

At first, saya juga tidak pernah dengar penyakit yang disebutkan di atas.

Masa doktor membawa khabar duka/sedih/nestapa bersama satu pamplet kaler hijau menerangkan apa itu G6PD, me tertanya-tanya pada diri. Why it's happen to me? Orang lain kawan-kawan rata-rata takde masalah ni pun. Semangat pulang yang berkobar-kobar mati begitu je. Si suami yang juga berperasaan sama (i guess) bijak menenangkan saya. Dia cakap "sabar ye sayang, alaa 5 hari je lagi duduk hospital" padahal saya tahu dia juga sedih. Dia janji akan temankan saya. Syukur, dia ada waktu susah senang sama-sama :')

G6PD sebenarnya tidaklah seteruk mana. Cuma kita kena tahan wad selama 5 hari supaya demam kuning yang tinggi dapat rawatan segera. 

G6PD (Glucose 6 Phosphate Dihydrogenase)adalah sejenis enzim dalam sel darah merah yang berfungsi untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan. Jadi kekurangan G6PD akan menyebabkan sel darah merah mudah dimusnahkan.Kemusnahan sel darah merah pula akan menyebabkan bayi mudah mendapat kuning (jaundice). Tahap kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran. 

Ia dikesan semasa selepas bersalin, sampel darah daripada tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan saringan enzim G6PD. Elakkan anak anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuklah:
  • Kacang parang
  • Ubat-ubatan traditional seperti jamu dan ubat-ubatan senseh seperti Chuen Lin dan San Chi. Ubat-ubatan tertentu tidak boleh diambil tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat
  • Penyembur serangga dan lingkaran nyamuk yang mengandungi "pryethium"
  • Sesetengah ubat preskripsi 
  • Ibu2 yang menyusu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan yang tersenarai di atas. Ubat demam, selsema dan batuk adalah selamat dan boleh dimakan mengikut dos yang di tetapkan oleh doktor.
Sekiranya anda termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas, anak anda akan mengalami:
  • Kekuningan pada kulit atau mata dengan serta-merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
  • Tidak bermaya
  • Pucat/demam/sesak nafas...

Jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku~ Setiap kali mendapatkan rawatan/bertemu doktor, kena bagitahu anak ada G6PD.

Perlu diingatkan, seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal TETAPI, mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai. 
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.



~
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

source here and more source here

Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T.

Anggaplah ini semua dugaan dan cabaran dari-Nya. Dia kan sayang hamba-hamba-Nya.

i'm becoming a mommy!!

Hye there!!

I tahu entry ni dah berlapuk, my son pun dah 2 bulan lebih tapi as i promise, i'm gonna story mori about my delivery moment :)

                  04 August 2011 THURSDAY~
Puasa hari keempat (walaupun saya berkesempatan puasa 3 hari sahaja), selepas berbuka puasa dekat Pizza Hut Jusco Cheras Selatan (nak tahu, saya dah lama mengidam nak makan pizza hut, Alhamdulillah, termakbul juga walaupun hasben sampai umah lambat sikit petang tu) lepas makan, masuk jusco cari cereal bar konon-konon untuk makan time sahur esok. Sampai umah dalam jam 9 malam..lek lek (rileks) tengok tv.. Start jam 10pm terasa contraction. Kali ni tetap dan kerap. Pukul 1 pagi contraction masih tak hilang and we decide nak ke hospital check. Dalam kepala fikir takpelah kalau belum masanya, at least kita datang check la dulu. Barang-barang untuk bersalin memang dah simpan dalam bonet kereta awal-awal. 

Pukul 1 pagi tu encik suami memecut ke Hospital Serdang. Siap kena tahan dengan polis sebab langgar lampu merah. Alaa bukan ade kereta pun time tu. Hee si suami bagitahu wife dah nak bersalin (padahal muka i time tu rilex je) and polis pun lepaskan kitorang. Boleh lagi hasben i buat lawak tanya si polis "kalau nak escort kitorang pun boleh jugak ;) " 

Sampai-sampai je staff hospital suruh i masuk terus sebab dah memang tarikh bersalin, almost 40 weeks dah, kira lagi 2-3hari genap 40 minggu. Lepas register, dia suruh i masuk bawak beg bersalin sekali. Time tu i dah cuak sikit. Lepas ambil urine test, nurse suruh baring kat katil, dia nak ambil graf pergerakan bayi. Sang suami setia menunggu di luar. Lame gak tunggu graf tu sebab dorang kata baby tengah tido..tak aktif.. memang laa dah kol 2 pagi..huhuu baby tido.. Adalah dekat sejam tunggu (tak sabar tunggu sebenarnya sebab kesian si suami kat luar) baru dia cabut alat yang dipasang kat perut kita tu.. Lepas tu setengah jam kemudian baru doktor check bukaan kat bawah tu. Dah bukak 2cm, dia suruh tahan duduk wad. Dalam hati macam tak percaya, dah nak bersalin ke aku?? i pun keluar bagitahu hubby i kena tidur sini malam ni. Time tu dah 3++ am~~

me sebelum kena tuka masuk wad~ sempat snap-snap pic bersama perot  ;)



     05 AUGUST 2011 FRIDAY
Sepanjang hari duduk dalam wad. Kontraksi 6-12minit non-stop. Bila rasa sakit tengok jam, tengok hp, kira berapa minit sakit kontraksi. Tapi seorang doktor pun tak check. Mungkin saya bukan pesakit yang kronik. Tak perlu perhatian sewajarnya berbanding pesakit disebelah katil saya yang dah lewat 10 hari dari her expected due date tapi tak rasa sakit lagi. Ok itu memang psycho! So doktor dah bagi dia ubat untuk contraction. Me nonggeng-nonggeng rasa sakit, dia belum rasa sakit. Syukur sangat sebab saya dipermudahkan disitu. My mum adalah datang melawat petang tu. Hee incik suami datang pagi petang, wajib!! Bagi semangat :)

   06 AUGUST 2011 SATURDAY~~
Pagi ni saya bertekad nak suruh doktor check bukaan. Jam 8 pagi doktor buat rondaan dan saya request nak check walau apa pun terjadi! Heh. Bila doktor check, dia seluk kata dah bukak 4-5cm. Me teruja happy sebab semalam dah dimomokkan dengan cerita ada yang sampai seminggu bukaan 2cm aje~~ Haihh.. Doktor suruh saya siap-siap turun ke labour room. Serius saya happy tak terkira. Sempat lagi mandi padahal nurse dah tunggu kat katil dengan wheel chair!~

On the way ke labour room me sms suami bagitau nak beranak dah! Hahahaa terkejut dia dari tidur terus bersiap-siap datang hospital serdang. Time tu 9am dekat-dekat pukul 10 pagi me dah baring dalam labour room. Doctor tawarkan nak bagi ubat cepatkan bukaan 10cm, me agree, dia nak pecahkan air ketuban, me agree, buat jelaa apa-apa doc, asalkan saya dan baby bersalin dalam keadaan selamat. Contraction dah rasa semakin sakit yang teramat! Time tu ingat Allah, ingat mama.. Camtu laa sakitnya masa mama bersalinkan saya :'( mulut ni dah terkumat kamit zikir, berdoa.. Suami ada disisi :') Dia je tahu camane teruknya saya sakit melahirkan. Bila dah terasa sakit yang teramat sangat saya menjerit! Terkejut nurse dengan doktor, dorang masuk tengok saya dah nak bersalin. Entah ape tah dorang buat at 1pm my son Mizan Armany selamat keluar.. Fuhh teriak Syukur saya. (Teruk betul perangai sampai menjerit kan? Haihhh~~)

The fobia part mase doctor jahit! Sumpah, macam dah tanak ingat je.. Serius sakit! Dia bagi ubat tahan sakit pun rasa still sakit lagi. Sakit yang teramat kot. Next time nak request supaya saya tidak sedarkan diri time jahit ;p (huuyoo ade NEXT TIME lagi)

Setel je semua tu, ditolak masuk wad. My family in-law dah siap tunggu dalam bilik. My MIL sangat baik bawakan saya nasi siap suapkan lagi. Auww i'm bless to have her as my MIL :) Mizan dah siap sedia digomol ;) family saya pun sampai dah berkampung dalam bilik ni.




   07 AUGUST 2011 SUNDAY
Dah bersiap mengemas untuk pulang ke rumah. Dapat berita sedih sikit yang si kecik ada G6PD (akan buat satu entry khas pasal penyakit ini) so kena tahan wad lagi 5 hari. Sob sob, pasrah je dan sedih sedikit. Nasib duduk bilik first class so si suami boleh temankan saya disini. Dugaan dan cabaran sebagai pertama kali jadi ibu bermula disini. Yelah, mak kita takde nak guide camane nak handle bayi kan, so little bit stress :( 

  08 AUGUST 2011 MONDAY- 11 AUGUST 2011 THURSDAY
Macam-macam yang saya lalui sepanjang duduk hospital ni. Sampai satu tahap (isnin) saya request nak keluar hospital. Bila suami nak dapatkan tanda tangan doktor kerana apabila kita keluar apa-apa yang akan terjadi bawah tanggungjawab kita, doktor nasihatkan supaya saya stay dan suami bersetuju. Me pasrah tapi selepas mengetahui keputusan demam kuning dia yang tinggi saya bersyukur sangat sebab tak jadi keluar hospital. Mizan kena duduk bawah 2 cahaya UV dengan hanya berpampers. Nasib baik keputusan besoknya dah kurang sikit. So boleh keluarkan satu lampu. Dan saya sangat-sangat bersyukur hari rabu petang tu mizan dah tak duduk bawah lampu dah :) Terima kasih yang tak terhingga kepada adik ipar kerana membantu saya bersekang mata menjaga mizan dan bersusah payah bersama :) tahu dia tak baca blog ni~ 11 ogos selamat keluar hospital bersama baby dan resit menginap yang tinggi! huahuahua~~
my baby yang kena duduk bawah UV Light hanya memakai pampers.
Hari nak check-out spital~

Mizan yang masih kurus~ ;)


Dan selama 2 minggu lebih my mizan demam kuningnya naik turun. Berulang alik ke hospital, klinik kesihatan setiap hari untuk cucuk ambil darah walaupun masih dalam pantang berstokin bagai ke sana. Alhamdulillah, dia bebas juga daripada demam kuning walaupun kena pegi hospital sebab prolongue jaundice.

Once and for all saya bersyukur sangat dengan segala kejadian Allah :) ni semua pengalaman yang tak terhingga! 

I love my 2 M's!! :)




my baby yang kian demok~ ;)

Entry raya yang seciput~ hee
Haa dalam berpantang pun masih lagi boleh beraya. tanpa baju raya ;p pakai je baju-baju lama. Nasib boleh muat lagi walaupun ada certain part terasa ketat! :p


Keluarga belah incik Omar takde gambar raya sebab ketiadaan kamera. Huhuhuu..
Tata for now~

Much lurve~ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...