CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, June 30, 2014

3rd Pet: The Ducklings

Assalamualaikum & Salam Ramadhan =)

Selamat menunaikan Ibadah Puasa & moga kita mendapat redha, rahmat Allah.

Harini nak cerita tentang binatang peliharaan Mizan. Haihh cerita Mizan, cerita haiwan. Takde cerita lain kan? Hiks.. 

Nak cerita pun cerita lama, ok lah dari takde ye..

Papa Mizan belikan dia 3 ekor itik telur ni..Jom tengok bertapa ekcitednya si Mizan Armany sama-sama berkubang dalam kolam ;)

 dia humbankan sendiri itik tu dalam kolam



 Anak itik. By the time nak raya dah boleh buat rendang itik ;)
Mau? Datang beraya kat Sg. Buloh.. hihii



 Seronok la dia main dengan itik3..




At the end, dia yang berkubang same.. haihh



Salam Ramadhan =)

Thursday, June 26, 2014

'Ayaqshishi' di Sungai Buloh

Did i tell u guys that 'ayaqshishi" means air kolam KLCC? 

Yupp, Bahira panggil ayaqshishi sebab bahasa kedah dia pekat likat ;p

Now Mizan pun dah pandai nak pergi ayaqshi (dia pendekkan lagi). Haihh laa, now tetiap minggu budak berdua tu dah pandai request nak ke sana! Tapi ni dah nak puasa memang tak layan la nak ke situ. Sabtu ni dah last day before puasa. Baju raya Mizan pun tak beli lagi. Hmm start puasa semua dah bz. Dunno sabtu ni plan camane. Sempat tak nak masukkan agenda shopping last menit dalam plan.

By the way, nak masukkan gambo budak berdua ni main air paip pecah kat rumah nenek dorang je. Lagi seronok macam mandi kat airshishi ;)






Sampai basah lencun budak-budak ni main air. Atok tutup paip pecah tu dorang bukak. Nenek geleng kepala je.. hihii

Tiap kali hujung minggu balik Sg. Buloh, Bahira la paling seronok sebab dia ade kawan, main dengan Mizan. =)

Until next entry, Bye!

Wednesday, June 25, 2014

Wordless Wednesday: Riding An Elephant




Naik gajah ni masa kat Safari Wonderland A'Famosa Melaka.

Mamanya yang over excited nak naik sebab belum penah lagi merasa naik gajah. Belum ade rezeki ke Thailand lagi. Hikhik

Beli baju Mizan sepasang yang berharga RM34 dapatlah naik gajah free anak beranak. Syukur Mizan tak takut, naik sama-sama walaupun tengok muka dia cuak jugak!

Ahahaa nice experience. 

P/S: Sebenornya maknye cuak jugak. Tinggi weyhh ;)

Thursday, June 19, 2014

My SWAG boy~

Assalamualaikum w.b.t   =)

Moh layan gambar-gambar anak bujangku dulu yek..


Ini penangan bila bapaknya masuk Mr. DIY. Sebab sawan dia tengok harga yang super murah, macam-macam dia amik untuk anak dia ni haa.. Tak cukup dengan mask zirafah, topi kokedai pun dia amik jugak. Belum lagi masuk spek mata gajah lagi yang maknye kena DIY. Tapi hampeh tak jadi!







Tengok la ni ha, selamber je jalan-jalan style gini.. Sambil berlari-lari cam shopping complex diri sendiri punye..

 Anak sapo ni? :)
Anak kesayangan beta ;)




Masih taknak bukak mask walaupun dalam kereta? 

Sukati la anak :)

Tuesday, June 17, 2014

Mizan's New Pet. Meet The Birds~

Assalamualaikum w.b.t

Mizan Armany memang suka haiwan, sama macam bapak dia. Segala jenis binatang peliharaan Mizan sebenarnya datang idea dari bapak dia sendiri. Bapak dia yang excited lebih nak bela-bela ni semua. Tapi percayalah cakapku excited bapak dia sekejap je. Dia cepat bosan.

Mula-mula dua beranak ni bela ikan, kalau korang masih ingat la. Ikan dua peringkat. Batch pertama 4 ekor kot. 2 mati, lagi 2 dah selamat simpan dalam aquarium rumah atok. Pastu beli lagi. Siap bawak balik rumah atuk Sg. Buloh lagi. Pastu abis mati semua. (entry pasal ikan malas nak cari link tepet kat sini)

So, bapak dia semangat nak bela burung pulak. Mencarik la, masuk kedai pet sana sini survey.



Tengok ha kusyuk je dia tengok segala ayam itik, burung dll. Maknye dok dalam keta.. Nampak nau tak minat.

Tapi akhirnya bapak dia belikan jugak burung peliharaan Mizan. Beli kat Sg. Chua je. Sekali dengan sangkar, makanan dia + 3 ekor burung pipit. Harga dalam RM50.


Ni la haiwan peliharaan Mizan. Beli 3 ekor tapi sekor dah terlepas terbang keluar! Papa dia punye kerja! Jadi tinggal 2 ekor je & simpan kat rumah nenek Kajang. Bukan ape, kat rumah dia ni Mizan suka bagi makan dengan tangan sendiri. Dia nak tangkap la.. Pastu beberapa hari lepas bela burung ni Mizan kena HFMD. Terus letak burung ni kat umah atok kajang.

Walaupun takde kajian saintifik antara burung ni penyebab HFMD tapi si Mizan ni kadang-kadang dia terlupa basuh tangan. Hmm

Ni cerita burung. Nak tahu, baru-baru ni bapak dia + atok dia sediakan tempat untuk itik pulak kat rumah nenek Sg. Buloh tuuu... Haihh.. Nanti mak dia up cerita pasal itik pulak ye.. cute-cute!


Bye! =)

Monday, June 16, 2014

Play Time with Mizan Armany Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Definisi hujung minggu bagiku adalah bawak si Mizan Armany berjalan & bermain. Sebab isnin-jumaat dia dah terperap kat rumah nenek, jadinya marilah bawak dia aktif & mengeluarkan peluh.

Selalunya bawak Bahira & Mizan pergi KLCC je, sebab dua orang budak tu sangat suka mandi main air & main taman tanpa kenal ape itu tengahari atau panas buta! Mak bapak is layankan jelaa asalkan mereka makan, kenyang & happy. Selalunya juga sebelum ke taman luar KLCC tu, kitorang siap belikan air macam coolblog or chatime atau kadang-kadang gong cha pun buleh dan beli roti bun sedap siap-siap. Kalau malas jalan jauh masuk cool storage angkut roti dan bayar. Budak-budak ni sambil mandi sambil datang kat kita makan, minum. Sangat senang jaga budak dua orang ni sebenarnya.









Ni la aktiviti bebudak ni tetiap minggu. Cumanya minggu baru-baru ni je tak pergi sebab Bahira ade aktiviti lain. Pastu hari ahad dia sibuk ajak makngah dia pergi "ayaqshishi" (that's what they call KLCC btw) sampaikan nenek dia kena call KLCC bagitau budak-budak ni ayaqshishi tutop! Haihh.. 

Eh, hari minggu haritu Mizan dapat anak itik! Kemain suka dia main dengan itik-itik tu. Tunggu next entry ye baru cerita ;)







Yang ni pulak bawak budak-budak ni main kat Aeon Kepong pasal bapak Mizan ni ade appointment dengan pakar mata. Mata papanya ade calar sikit. So kena pakai cermin mata anti silau.

Tu jela gambar yang ade dalam memory phone. Boleh jugakla up entry untuk ceritakan? Hikhik

Bye!

Wednesday, June 11, 2014

Basikal Baru

Assalamualaikum w.b.t =)

Nak update entry lama.

Bulan 4 ke 5 camtu belikan Mizan Armany basikal. Tercapai hasrat nak belikan si kecik tu basikal sebab dia suka betul main basikal papanya. So boleh la dia belajar kayuh basikal pulak kan. Beli kat kedai depan KFC Kajang, harga dalam RM150 jugak. Boleh la as a birthday gift Mizan 3 tahun bulan 8 nanti :) early present gitueww.


testing basikal di luar kedai

 muka happy malu-malu dapat basikal baru






So far sekarang masih lagi kayuh basikal separuh-separuh. Belum pandai kayuh penuh 1 pusingan. Tapi dia sangat sukakan basikal ni. Masa baru beli dia gemar main loceng. Basikal ni simpan dalam rumah nenek kajang, main dalam rumah je. Dan dia selalu/ kerap main, naik basikal ni :) 

Mizan ni memang dari dulu mainan dia semua tahan lama & dia memang main. Kiranya memang berbaloi beli apa je untuk budak ni. 

:)

Monday, June 9, 2014

SAFARI WONDERLAND A'FAMOSA MELAKA

Assalamualaikum w.b.t

Sambungan trip ke Melaka.

Pergi Melaka ni sebab dah beli tiket Safari Wonderland thru living social kot kalau tak silap. RM33 per adult. Bawah 3 tahun is free! Jadinya lepas breakfast kat hotel terus kemas barang and check out. Info: Kalau nak ke sini sila particular on time sebab ada 4 show, harapnya tak terlepas la.

Tapi masa kitorang sampai dah pukul 10.45 pagi. Show Elephant Encounter dah nak habis. Next show was on 4.30pm. Memang takla kan.

Ok, saya senaraikan dulu show & masa dia ye:

  • Elephant Encounter 10.15am & 4.30pm
  • Multi Animal Funtime 11.20an & 3.00pm
  • Color of The Bird 12pm & 3.45pm
  • Wild Wild West Show 2.15pm
So, kalau nak datang sini kena sediakan schedule dulu ye. 




Show gajah yang dah habis.~






Nak naik trem tapi beratur panjang yang hampun. Walk thru area dulu.
Jalan-jalan dulu.




Multi animal funtime. Macam-macam binatang buat show termasuk kucing!



 Habis je show ni terus jalan beberapa langkah tak jauh untuk tengok show burung pulak.


 Eagle. Boleh tahan besar jugak.
Habis show burung kita lunch dulu!
Lunch free yek sebab termasuk dalam pakej ;)



 Moh naik bot ke Monkey Island pulak





 Tak banyak sangat pun monyet-monyet kat sini.
Agak boring jugak~






 Wild Wild West Show.
Aksi tembak-tembak, letup letup.
Mizan dah sleepy sangat time ni. Tak tengok sampai habis pun.




 Sebelum balik kita wajib naik tram dulu tengok haiwan-haiwan secara dekat.
Kat Zoo Negara pun tengok dari jauh je.



 Macam rimau ni selamba je dorang lepas gitu.
Tapi dalam gate la ;)




Bye! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...