CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, February 27, 2012

Thursday, February 23, 2012

Wish list Part 2~



Hati terus melonjak nak menda ni lepas tengok kat fb~

ni adelah cushion limited edition by Big Apple 

;)

i want, i want!!

minggu ni nak pi carik kat Big Apple la sambil-sambil makan donut dia yang sedap tu..

dah lama tak makan, air liur pon dah meleleh-leleh ~

harap-harap masih ade, baru boleh bawak balik dan senyum lebor sampai telinge

;) Much Love all~

Tuesday, February 21, 2012

Expo Awal Tahun ;)







Waiting for my pay-check day ;)

kalau ade rezki sampai laa

see u there mommies!

=)

Much Lurve all ~

Thursday, February 16, 2012

5 Favourite Pictures of my Mizan Armany =D

Ditangga ke-



muke ngantuk ke ni ehh? ;D

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ditempat ke-

Amboiii, tido ape gaya gini? hihii ;)
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Tempat ke



hai world ;D

mama, i'm hungry oredi ;)

beberapa jam selepas dilahirkan ;)




nd Place


bulatnyeeee~~~

o.O



Anddddd The Winner issss  




Olololooo~~

my baby mase kena dok bawah lampu~

Love all the pictures~
Until then, 


Wednesday, February 15, 2012

in memory ;)




me heavily 8 months preggie ;)

time ni kat Johor, on the way nak masuk singapore ;)

dalam tu ade Mizan Armany yang sangat baik, behave *loves*

berat sekitar 59kg~

Much Lurve =)

Tuesday, February 14, 2012

Mizan Armany 6 months!! ~




Quick update bout my lil son

~ dah makin aktif
~ bergolek ke kanan ke kiri..
~ malas nak meniarap walaupun dah boleh
~ suke explore new thing
~ happy little kid
~ banyak makan!!

berat: 8.3 kg
tinggi: 67cm

mama loves u very much =)

P/S: papa dia salu cakap, "mizan dulu mase baru lahir kecik je.. sekarang..." sila sambungkan ayat sendiri ;)

Monday, February 13, 2012

Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas dan Memukul?

Read / Taken from doc in fb~



Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Saya bertanya kepada bu mudah itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.

Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.


Ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri juga pada kawan-kawan yang ingin berkongsi. Semua org nak jadi Ibu yang terbaik kan? 

Buat my Mizan Armany =)

MY HEART <3
P/S: Sedang berusaha menjadi ibu yang terbaik melalui pembacaan


Much Lurve people!~  Let's spread LOVE not hatred!

Friday, February 3, 2012

Friday Word~






Ya Allah, janganlah Kau hilangkan kesabaran dari dalam diriku ini, ya Allah

Ya Latiff~

Thursday, February 2, 2012

Sebagai Rujukan kepada Ibu Bapa baru ;)

I'm just share from what i read on Facebook =)



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak-anak adalah suci seperti kertas putih kosong. Kita lah sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.

Saya cuma berharap agar apabila my Mizan Armany membuat salah, saya boleh mengawal kemarahan saya dan memberitahu setiap kesalahan dia dan berharap dia tidak mengulanginya semula. Tapi sape kita nak tahu apa yang bakal terjadi di masa depan kan? Allah Maha Mengetahui. 



i would never forget the moment when i first ever saw u on our first day meet ;)

i was very happy that the day i've waited for so long has finally came

u are my truly precious gift / amanah from Allah

insyaAllah, i will do my best to raise u up 



my son 



my Mizan Armany =)





Much Lurve~


Wednesday, February 1, 2012

my chubbs yang kian membesar =)




lagi beberapa hari Mizan Armany nak masuk 6 bulan!

mama hardly can't wait ;)

Nanti mama bawak Mizan gi inject lagi ye~

Mizan mesti tak nagis sebab Mizan kuat!

nanti Mizan dah boleh makan macam-macam sket daripada sebelum ni..

Sebelum ni Mizan banyak makan biskut Heinz yang campur air/ susu

atau puree apple

pasni mama bagi Mizan makan bubur & bermacam-macam buah lagi okey?

Mizan kan suke buah =)

i love u my honey bunch!

Moga membesar dengan sihat dan bijak!


Much Lurve~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...