CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, January 31, 2013

Beryl's, i'm in love :p

Assalamualaikum..
Minggu ni super busy! Sibuk sebab adik nak kahwin. Kakak pun sibuk jugak, banyak kena buat! Hihii


Hari khamis cuti Maulidur Rasul aritu ikut my mum, abang suma pegi Beryl's Chocolate Factory kat Seri kembangan. Best!! Wohh sape tak suka cokelat kan? Gi sana sebab nak beli cokelat for door gift.


Inilah rupe kilangnye.. actually senang la jugak nak cari, kat traffic light
(sumber google)


(spot si budak gomok jalan ngan neneknye :p)








 he is having so much fun here ;) NO, he is not interested in chocolate anyway..

 dia terujeee dengan si lembu ini!!
Mula-mula penakut giler, lama-lama jadi kawan baik..
ahaks

 takmau turun.. tinggal sini la Mizan, dok ngan lembu ni..


 si bakal perantin ni excited ngan aiskrim~
eh, ter-expose pulak gambar hantaran cokelat dia




LAGI...kan ai kate dia obses dengan ini lembu..
jom la kite bawak balik lembu ni maa..


Nak bergamboo jugakk~~


Hasil menjala, 3 beg plastik bosarr, rm300++ hangus~



Untuk saya, beli tabung botol macam kat bawah ni je tapi dalam dia ade cokelat beryl's macam-macam perisa! saya suke saya suke!! sebab boleh rasa semua perisa kan.. hat ni rm25 kot. Tak bawak bajet tinggi-tinggi, jadinya beli ni bawak balik bagi laki yang hantu cekelat jugak ;)







Sampai rumah apa lagi, isi la balang-balang kosong dengan cekelat sedap ni! Kawan-kawan kalau nak, meh la jemput datang adik saya kahwin hari sabtu ni =) Dapat la dalam 200 balang sahajo. Cukuplah sebab nak gantikan biskut sedap kakakku buat yang tak cukup..hihii


Pastu rupa-rupanya lagi, cokelat hantaran bell kena reject 2pcs oleh lembaga pengarah. Jadinya, cuti Thaipusam hari isnin tu kitorang pegi lagi nak buat tambahan cokelat yang direject (insert mode happy here) hihii kali ni pergi ngan abang ngan laki i & si mizan Armany je. Me pulak yang borong sakan ;p


 yang kiri sekali- Milk Hazel Chocolate buat keluarga mertua di Sg. Buloh


This is the best ever!! Sedap sangat!! Nah, dua ibu jari naik tinggi-tinggi 


My happy bowl.. =D


Oklah, itu aje dulu ye, me nak buat macam-macam ni.. Nanti me update kenduri kahwin bell ye, in sha Allah =) till then, much lurve! And thank you for read my blog entry.

Friday, January 25, 2013

Mu'izatul Bahira

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat semua! =)

Mood blogging dah kelaut sebab tengah kemaruk nak mengkhatamkan puisi tepi jalan. Kalau lah ianya novel, memang tak tidur malam nak habiskan baca. Kat rumah takde tenet, so bile free free takde keje baru la boleh ngadap. Ade kerja pun kepala asik nak bukak blog fynn..sorry la, i macam out dated sikit sebab baru berjinak-jinak nak kenal fynn tu.. Wuwuwuuu

Ok, berbalik pada tajuk di atas, sape Mu'izatul Bahira tu? Hee dia cousin Mizan iaitu anak sedara saya A.K.A anak adik suami saya ;) So, arini nak tepek gambar sahajo.











Bahira tua daripada Mizan setahun. Now umur dia 2thn +++
Sangat bijak. Dah hafal doa makan, ABC, Alif Ba Ta sampai Ya, 123-10.
Memang kagum dengan dia.

Ada sekali tu dia pergi kedai dengan Maktik, belikan untuk Mizan air upin ipin sekali,
dalam kereta dia minum air tu, bila maktik tanya
"mana air bahira?"
"tu, kat belakang"
"abis yang bahira minum ni air siapa?"
"air mizan....."
"......................"


Kahkahkahkah!
Pandai dia ye, minum air mizan, yang air dia, dia simpan minum kat umah.
sampai separuh air tu dia minum.
sampai umah, "nah mizan, ni mizan punye"
Hahahahaha!!

Oh, budak berdua ni memang sangat sukakan air, tu pasal asik main kat kolam ikan atuk je.
Bahira bakal jadi kakak.
juga lasak bukan main!
InsyaAllah jadi anak yang solehah
;)
amin..

Tamat untuk entry kali ni, terima kasih sebab sudi baca. Ada kerja ni, pun selang seli baca puisitepijalan ;)

P/S: entry Beryl's minggu depan yek. ilefyu~

Monday, January 21, 2013

Amazing products : Sabun susu Beras

Assalamaualaikum 

Harini nak review pasal Sabun Susu Beras produk dari Thailand yang best ni!

I pakai dah 3 pcs, nasib baik beli yang sedozen so stok memang dah ade ;) Suka sabun ni sebab dia wangi dan kaya buih, pakai kat badan je sebab kulit muka jenis sensetif, takleh pakai sebarangan nanti lagi banyak minyak pastu banyak pulak jerawat yang keluar kang..  

Benefit sabun ni banyak:
~ menghilangkan bekas hitam ketiak, siku, celah kelangkang atau mana-mana tempat lain yang korang nak.
~ rasa segar sepanjang hari. Betul, pakai sabun ni rasa best, segarrr je..
~ menghilangkan bau badan.

Kalau nak pakai kat muka pun boleh. Tapi i tak pakai kat muka laa..
~ membuatkan kulit muka lebih cerah dan lembut. Pakai kat badan pun rasa kulit lembut je.
~ menghilangkan minyak, kotoran dan sel kulit mati.
~ membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak.
~ boleh digunakan untuk membersihkan mekap.





Inilah ghopenye... 5.5cm segiempat tepat~


Nanti i review produk lain lak ye, Terima kasih sebab sudi baca ;)

Oh, nak nyelit sikit, harini pakai Padieka 

Suke!

bye. Salam.

Friday, January 18, 2013

Mizan Armany botak.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Semalam sampai rumah lepas balik kerja tengok anakandaku si Mizan Armany dah botak!!

Kes atok dan neneknya bawak pi gunting rambut kat mamak!!

Haa baru atok dan neneknya tahu betapa susah cucunya yang sorang ni nak dipotongkan rambutnya, dah la lebat dan rambut cepat panjang. Hihihii

Semalam sampai lenguh-lenguh tangan nenek pegang si Mizan yang tak tahu duduk diam. Belum kira dia melalak, menangis, teriak taknak gunting rambut. Hihii sebab tu la dah tak bawak dia pi barber lagi. Bapak dia guntingkan rambut dalam bilik air pun dia menangis!! Hahahaa haihh la anak ;)



si botak~

Sebelum~



Selepas~




Much Lurve dan terima kasih sebab sudi baca! :)

Thursday, January 17, 2013

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA KESEORANGAN

BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKAKESEORANGAN .. 

Ramai orang yang keseorangan tanpa bantuan apabila mereka mengalami serangan jantung.
Apabila seseorang mengalami serangan jantung, (jantung tidak berdegup dengan normal) dan mula berasa lemah, mangsa tersebut hanya mempunyai hanya kira-kira 10 saat sebelum keadaan menjadi lebih teruk, iaitu kehilangan kesedaran atau pengsan.

Walau bagaimanapun, pada keadaan ini, mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berkali-kali dengan sangat kuat dan gigih. Cuba menarik nafas dengan sedalam-dalamnya sebelum setiap batuk. Batuk mestilah mendalam dan berpanjangan seperti apabila kita mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada.

Setiap penarikan nafas dan batuk perlu diulangi setiap dua saat (lebih kurang) tanpa berhenti sehinggalah bantuan tiba, atau sehingga jantung dirasai berdegup dengan normal semula.
Menarik nafas dengan mendalam membolehkan oksigen disalurkan ke dalam paru-paru. Batuk pula menyebabkan tekanan memerah pada jantung dan ini membantu melancarkan peredaran darah.
Tekanan pada jantung juga membantu jantung mengembalikan rentak degupan normal. Dengan cara ini, mangsa serangan jantung boleh sampai ke hospital.


Taken from here.

Wednesday, January 9, 2013

Next Warehouse!

Okey, keterujaan bermula! *sikit*

Warehouse minggu ni melibatkan pakaian untuk si Mizan Armany. Sejak ade si kicik, semua melibatkan dia adalah penting, mak paknya belakang-belakang sikit pentingnya. Mak bapak mana yang tak utamakan anak ye dak? Tapi kali ni, mission utama nak sambar baju tidur, ye baju tidur Mizan. Yang ada sekarang sume dah kicik-kicik, badan si bulat ni kan semangat sikit. Baju yang ada sekarang dah kecik, singkat, sendat tapi pakaikan je jugak.. hehe

Harus ditegaskan berkali-kali aim ni supaya tak tersasar jauh. Maknye la, pantang tengok cantik sikit mesti sambar walaupun baju siang si Mizan dah banyak. Tapi tahu, baju tidur susah sikit and tak banyak choice sangat kot. Well, doakan jela ade~ 

Warehouse minggu ni ade 2:


Haa best tak? best tak?? 

10-13 January 2013 ( Khamis sampai Ahad)

Location
No.1, Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor

Time: 10 pagi sampai 5 ptg

Paling best: 
Additional RM4 discount with every RM20 purchases
(Apparels ONLY)


Ohhh harap-harap banyak baju tidur untuk budak size 2/3. 
Bior beli besar-besar sikit buleh pakai lame ;)
and paling penting, harap-harap memang murah gile-gile *double wink*

Nanti kalau pergi, i update yek! ^^

Okey, warehouse kedua dapat tahu dari blogger lain tapi bile i godek-godek tak jumpe advertise pun, tapi harap ada la..

Jualan Gudang Hytex
Disney. Tenderly.

5 & 6 januari 2013
12 & 13 Januari 2013
Dewan Serbaguna Taman Ehsan.


Taman ehsan ni rasenya kat area Kepong. 

Aim tetap sama, baju tidur Mizan. 

Info dapat dari Mommy Wawa. Thanx! 

Tuesday, January 8, 2013

Jaundis

Sedikit fakta mengenai Jaundis (taken from FB)

Apakah punca JAUNDIS?

Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen.

Didapati bahawa 50% bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas seminggu dan 80% bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Bagaimana untuk kenalpasti sama ada si manja anda menghidapi jaundis atau tidak??
Mama semua boleh buat ujian ringkas di rumah ya selepas 2-3 hari baby dilahirkan. Lakukan ujian di ruang yg mempunyai pencahayaan yg terang ya. Kemudian, tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi baby anda; jika terdapat warna kuning pada kulit semasa tekanan dilepaskan, anda perlu bawa baby anda utk rawatan selanjutnya. Teknik ini amat bagus bagi kanak-kanak yang berkulit cerah; jika bayi anda berkulit gelap, caranya ialah memeriksa warna kekuningan pada mata putih atau gusinya. Anda juga akan dapati bahawa najis bayi anda berwarna pucat.

Bagaimana pula cara rawatannya?
1. Melalui penyusuan ibu secara kerap..sekiranya baby sangat "malas" untuk menyusu dan kerap tidur...mama perlu kejutkan baby ya...at least setiap dua jam...paling baik utk menyusukan setiap sejam..agar bilirubin yg berlebihan dapat disingkirkan dengan cepat.

2. Kaedah fototerapi iaitu baby perlu dipantau oleh pihak hospital dan akan diletakkan di bawah pancaran lampu cahaya biru....darah baby akan diambil setiap hari utk memastikan kadar bilirubinnya.

Berikut dikongsikan beberapa petua untuk mengelakkan "kuning" dan cara untuk mengatasinya secara tradisional:

♥ Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya. Beri bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

♥ Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

♥ Ambil beberapa batang pokok "dukung anak" dan di rebus. Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

♥ Yang terbaik adalah amalan sebelum kelahiran (semasa mengandung) ialah dengan mengamalkan memakan sebiji kurma setiap hari sehingga kelahiran. Jangan lupa niat dan selawat.

** Pernah juga dengar petua org dulu2...katanya jauhkan baby dari semua benda yg berwarna kuning...sejauh mana kebenarannya wallahualam...ada juga yg kata utk jemur baby di bawah cahaya matahari pagi..sebelum pukul 10 pagi dan ada juga yg sarankan untuk amalkan susu kambing sejak preggy lagi...

Apa pun, sangat disaranka agar sebelum mencuba apa2 petua, eloklah untuk meminta nasihat dan pandangan daripada pakar terlebih dahlu.Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan. Walaubagaimanapun, jgn dibiarkan melarat kerana penyakit jaundis ini boleh membawa kepada masalah pendengaran dan juga boleh menjejaskan otak bayi.

I found it interesting and full of information that i care to share with my blog reader and also for myself.

P/S: Mizan Armany dulu pun ada jaundis, lama jugak sebab dia dikesan ada eficiency G6PD, kena tahan 5 hari lagi dok dalam wad, pastu hari 2-3 kena dok bawah lampu lagi sampai 2 lampu sehingga tahap jaundis dia kurang sikit. Pastu sebulan lebih ulang alik hospital/ klinik hampir setiap hari nak amik darah.

Friday, January 4, 2013

Cuti Tahun Baru part 2

Amboi, cutinye sehari je tapi sampai buat 2 bahagian? Feeling retis ko kan..
Ahahaa dah pergi 2 tempat pastu banyak pulak gambarnye, terpaksa la splitkan..

Ok, sambung cerita lepas Mizan sahaja mandi-manda, pastu hari hujan, pastu nak balik dalam kereta time tu pukul 4.30 ptg, hub and me decide nak habiskan tenaga si kecik ni, jadinya bawak la dia main-main kat Taman Tasik Cempaka Bangi. Oleh sebab awal and tak ramai lagi, makanya syok la si kecik ni konker tempat tu macam dia punye. Puas la dia main slide banyak-banyak kali tanpa perlu berebut-rebut. (Ok, gambar!)


mula-mula malu-malu la lagi~


again and again all over again :p


 weeeee~~~


 dah upgrade ke slide ni pulak ;)
first time. sebelum ni Mizan cam takut-takut turun slide.
Alhamdulillah. Mizan Armany nak masuk 1 tahun 5 bulan (17 months)



 nak naik dari bawah, taknak naik tangga. isk..


my happy boy :-*




 kelakar tengok mulut dia.. eksaited sangat kot ;)




Dalam kol 5 lebih camtu orang pun dah ramai, dia pun dah buat perangai nak main beskal orang pulak dah..mak pak dia pun dah penat melayan, moh ler kita balik anak oi.. sampai rumah, mandi, makan, kol 7 malam dia dah ajak tido. Yela, pagi tu tido sekali je sebelum keluar rumah. Jadinya senang la si Mizan Armany tido malam tu, senang mamanye.. heheh ;)

Itula serba sedikit cerita si Mizan Armany dan hari cuti tahun baru kami. Again, Selamat tahun baru 2013 walaupun harini dah hari ke 4/ 365 muka surat..hihii

P/S: Selamat mengupdate buku ASB ;) Gunakan duit secara berhemah ye ain! :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...