CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, February 20, 2014

Mandi manda at Pangsun, Hulu Langat



Hi! Lama tak update sebab dua tiga hari ni ketagih nak khatamkan blog kak Di ;)
Yupp, memang dah lama ahkak tu berkecimpung dalam blogging ni tapi baru-baru ni baru dapat seru ngadap blog dia.. eheh! So sebelum kite bukak blog dia sambung baca yang semalam punya, baiklah kita up dulu cerita mandi manda 2 minggu lepas..

Me booking chalet tepi sungai untuk sehari supaya bolehlah lepak-lepak makan-makan nak mandi salin baju supaya selesa skit. Tapi chalet tu punya sungai tak best sangat. So lepas makan nasik lemak ayam goreng, (oh my mum masak banyak sangat macam untuk 10 orang punya makan!) dengan akakku buat roti bun lagi, me and marin pelik, ni nak berkelah ke nak menetap terus? pasal banyak giler bawak bekalan. Ok sambung cerita, lepas masing-masing melantak nasik goreng, kiteorang decide nak carik tempat mandi yang best sket. Nak trekking naik ke Air terjun lopoh memang tak arr kan, dengan ade mak bapak + toddler lagi. Takyah nak susahkan orang tua, kita carik je tempat mandi kat bawah-bawah. 




simpang masuk~



chaletnya~

kecik skit dari dalam gambar.



Jalan punya jalan, jumpe tempat mandi kat Gunung Nuang sane tuh.. Boleh la kan, best airnye tapi agak deras sikit, so be careful yea! 










P/S: Orang kata kawasan sini "keras" sikit. Tapi Alhamdulillah kiteorang ok, just beringat jelaa.. insyAllah :)

Bye, Much Lurve!
Nak sambung baca blog kak Di ;)

Friday, February 14, 2014

Ahli Keluarga Baru




Ehemm,, tajuk di atas bukanlah bermakna ada baby baru dalam hidup yer... Harap maklum! Ni pertambahan creature comel dalam family kecilku.

Tadaaa..~~~





Beli bekas kecil je untuk 4 ekor ikan laga betina comel ni.. Sebabnya nak ajar Mizan Armany jaga haiwan. Dia kan suke ikan. Hari-hari dia nak bagi makan ikan ni. Pulak tu banyak-banyak dia bagi. Ni adalah ikan batch pertama ye kawan-kawan. Bajet ciput je, dalam RM10 dah dapat set camni. Ikan laga boleh hidup walaupun takde oksigen asalkan tukar air dengan kerap.



Lepas je tukar air 2 hari kemudian, sekor ikan tiba-tiba mati. Pastu dua tiga hari lepas tu tengok-tengok dah tinggal 2 ekor ikan je. Eh,, mane lagi sekor?? Ingatkan Mizan dah campak kat bawah melalui balcony sebab dia asik cakap "jatuh, jatuh" (tah ape dia campak buang kat bawah tu) tapi keesokan harinya tengok ade sekor ikan mati melekat kat dinding bekas tu. Saspek utama memanglah tak lain tak bukan si bijak Mizan Armany! Tah mane dia sorokkan ikan tu pandai pulak letak balik ye! 

Tinggallah 2 ekor ikan laga je. Masa cuti apetah aritu, bawak bekas ni gi umah nenek dia nak tukar air. Sekali atok isi air sepenuh-penuhnya, masa nak naik motor nak balik rumah, sekali jatuh bekas ni putus tangkai pemegangnya. Haaaa, kutip cepat-cepat ikan 2 ekor tu letak je dalam aquarium atok. Abis cerita! Dah takde ikan kat rumah lagi.


Lepas tu rasa kesian kat Mizan sebab dia asik tanya, "Ma, ikan mane?" Seronok agaknya dia ade ikan kat umah. Ade menda untuk dia main. So, weekend aritu ajak la bapak dia pergi beli ikan lagi. Beli bekas baru lagi. Bila bagitau dia nak beli ikan, kemahin excited lagi. Seronok dia pergi tempat banyak-banyak ikan. Seronok dapat pegang ikan agaknya. So, ni la pertambahan ikan lagi dalam rumah ;)









Kalini beli bekas besar sikit dari yang merah and oksigen masih belum beli. Nanti hujung bulan kite beli oksigen ye. Bajet masih ciput RM10! Kalau ikan-ikan ni mati takde la meroyan sangat sebab murah.. hehee ni ikan sepat nama lily beli 4 ekor, pastu beli ikan kecik-kecik 1 plastik tapi separuh dah letak dalam aquarium atok sebab oksigen takde takleh letak ikan banyak-banyak.

Tapi balik keje malam tadi bau busuk, tengok-tengok ikan dah banyak mati. So update terkini hanya tinggal ikan sepat lily ni 3 ekor, ikan kecik tinggal sekor. Kita tengok cane riwayat ikan-ikan ni ye. Oh Mizan masih lagi suka masukkan tangan dan pegang atau tangkap. Dia suka kot, cam geli-geli.. hahaha~

Ok bye, Much Lurve ;)

Monday, February 10, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam



Ni entry lama sebab pergi sini masa bulan 1 haritu tapi baru nak cerita ;) takpe nanti i up cerita-cerita baru lagi ye..

Taman Botani atau Bukit Cerakah ni yang ada rumah iklim empat musim tu baru first time saya jejak seumur usia 28 tahun ni..mihmihmih itupun adik ipar saya bawak. Sebelum ni tahu melalui dengar nama saje. Masa kitorang datang tu tengah musim salji. Sejuknya Ya Allah, masuk kejap je, amik-amik gambar then keluar. Tak secantik dulu kata adik ipar.


Parking fee saya tak pasti berapa tapi tiket masuk RM3 untuk dewasa, macam Mizan dengan Bahira free je. Masa nak masuk rumah empat musim tu tak dikenakan charga pulak. Free time tu ;) Lepas dah bayar tiket tunggu tram untuk di bawa ke atas. Pemandangan dalam ni best sangat. Segar, nyaman je =)

 Mizan masuk pakai selipar je. 


 sejukk sangat~
tak berapa cantik dalam rumah ni,
tu pasal free kot.








 singgah di taman haiwan.



 budak-budak memang suka haiwan.


 landak.
datang time waktu makan.





balik tu singgah makan kat restoran upin ipin depan opis les copaque



Itu aje! Rasa nak repeat lagi masuk sini. Boleh try nek beskal pulak kalau stamina tinggi. Pastu dengarnya ade kolam mancing.

Bye, much lurve! :)

Thursday, February 6, 2014

Mr. DIY vs. Daiso!



Setiap perempuan, wanita, suri rumah memang giler kalau ke sini kan?
Me pun tak terkecuali.
Tiap kali gaji mesti ade percentage dari duit gaji tu nak bershopping kat sini.
Tak beli baju pun tak apa!
Asalkan dapat datang sini dan beli sebarang dua!
Bunyi macam kronik tapi ni terapi yang paling best bila dapat tengok or kadang-kadang beli barang colorful ni. Oh me memang penggemar barang-barang comel apatah lagi berkaler-kaler ni ;)

Tak ingat sejak bila tapi mungkin sejak Mr. DIY ni ada kat kajang kot. Kat kompleks Ostia tu, alaa dulu econsave sebelah KPJ Kajang. Tapi susah tang parking.

Hasil kegilaan di DIY kajang:




Suka sangat dengan Mr. DIY ni sebab barang-barang dia murah gilos! Pastu kalau sape-sape yang gilakan craft bolehla beli kat sini, macam-macam ade! Kalau Daiso semua RM5 kan, kadang-kadang barang kecik pun RM5, tak berbaloi!


Yang ni hasil rembatan kat Daiso Sunway Pyramid.



Yang ni the latest. DIY & Daiso. Apa-apa pun kena tengok bajet jugak, Takdela I meroyan nak macam-macam dalam tu. Kaison pun penah masuk gak. Best-best gak barangnye. Rembat wrapping paper polka dot je untuk opismet kirim.









Ok, have fun shopping barang-barang comel! ;)
Much Lurve!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...