CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, February 14, 2014

Ahli Keluarga Baru




Ehemm,, tajuk di atas bukanlah bermakna ada baby baru dalam hidup yer... Harap maklum! Ni pertambahan creature comel dalam family kecilku.

Tadaaa..~~~





Beli bekas kecil je untuk 4 ekor ikan laga betina comel ni.. Sebabnya nak ajar Mizan Armany jaga haiwan. Dia kan suke ikan. Hari-hari dia nak bagi makan ikan ni. Pulak tu banyak-banyak dia bagi. Ni adalah ikan batch pertama ye kawan-kawan. Bajet ciput je, dalam RM10 dah dapat set camni. Ikan laga boleh hidup walaupun takde oksigen asalkan tukar air dengan kerap.



Lepas je tukar air 2 hari kemudian, sekor ikan tiba-tiba mati. Pastu dua tiga hari lepas tu tengok-tengok dah tinggal 2 ekor ikan je. Eh,, mane lagi sekor?? Ingatkan Mizan dah campak kat bawah melalui balcony sebab dia asik cakap "jatuh, jatuh" (tah ape dia campak buang kat bawah tu) tapi keesokan harinya tengok ade sekor ikan mati melekat kat dinding bekas tu. Saspek utama memanglah tak lain tak bukan si bijak Mizan Armany! Tah mane dia sorokkan ikan tu pandai pulak letak balik ye! 

Tinggallah 2 ekor ikan laga je. Masa cuti apetah aritu, bawak bekas ni gi umah nenek dia nak tukar air. Sekali atok isi air sepenuh-penuhnya, masa nak naik motor nak balik rumah, sekali jatuh bekas ni putus tangkai pemegangnya. Haaaa, kutip cepat-cepat ikan 2 ekor tu letak je dalam aquarium atok. Abis cerita! Dah takde ikan kat rumah lagi.


Lepas tu rasa kesian kat Mizan sebab dia asik tanya, "Ma, ikan mane?" Seronok agaknya dia ade ikan kat umah. Ade menda untuk dia main. So, weekend aritu ajak la bapak dia pergi beli ikan lagi. Beli bekas baru lagi. Bila bagitau dia nak beli ikan, kemahin excited lagi. Seronok dia pergi tempat banyak-banyak ikan. Seronok dapat pegang ikan agaknya. So, ni la pertambahan ikan lagi dalam rumah ;)









Kalini beli bekas besar sikit dari yang merah and oksigen masih belum beli. Nanti hujung bulan kite beli oksigen ye. Bajet masih ciput RM10! Kalau ikan-ikan ni mati takde la meroyan sangat sebab murah.. hehee ni ikan sepat nama lily beli 4 ekor, pastu beli ikan kecik-kecik 1 plastik tapi separuh dah letak dalam aquarium atok sebab oksigen takde takleh letak ikan banyak-banyak.

Tapi balik keje malam tadi bau busuk, tengok-tengok ikan dah banyak mati. So update terkini hanya tinggal ikan sepat lily ni 3 ekor, ikan kecik tinggal sekor. Kita tengok cane riwayat ikan-ikan ni ye. Oh Mizan masih lagi suka masukkan tangan dan pegang atau tangkap. Dia suka kot, cam geli-geli.. hahaha~

Ok bye, Much Lurve ;)

1 comment :

  1. Akak..tumpang tanye..saya baru beli ikan sepat lily 2 ekor..macam mane cara penjagaan dia ye? Saya baru nak belajar bela ikan..hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...