CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, October 17, 2011

i'm becoming a mommy!!

Hye there!!

I tahu entry ni dah berlapuk, my son pun dah 2 bulan lebih tapi as i promise, i'm gonna story mori about my delivery moment :)

                  04 August 2011 THURSDAY~
Puasa hari keempat (walaupun saya berkesempatan puasa 3 hari sahaja), selepas berbuka puasa dekat Pizza Hut Jusco Cheras Selatan (nak tahu, saya dah lama mengidam nak makan pizza hut, Alhamdulillah, termakbul juga walaupun hasben sampai umah lambat sikit petang tu) lepas makan, masuk jusco cari cereal bar konon-konon untuk makan time sahur esok. Sampai umah dalam jam 9 malam..lek lek (rileks) tengok tv.. Start jam 10pm terasa contraction. Kali ni tetap dan kerap. Pukul 1 pagi contraction masih tak hilang and we decide nak ke hospital check. Dalam kepala fikir takpelah kalau belum masanya, at least kita datang check la dulu. Barang-barang untuk bersalin memang dah simpan dalam bonet kereta awal-awal. 

Pukul 1 pagi tu encik suami memecut ke Hospital Serdang. Siap kena tahan dengan polis sebab langgar lampu merah. Alaa bukan ade kereta pun time tu. Hee si suami bagitahu wife dah nak bersalin (padahal muka i time tu rilex je) and polis pun lepaskan kitorang. Boleh lagi hasben i buat lawak tanya si polis "kalau nak escort kitorang pun boleh jugak ;) " 

Sampai-sampai je staff hospital suruh i masuk terus sebab dah memang tarikh bersalin, almost 40 weeks dah, kira lagi 2-3hari genap 40 minggu. Lepas register, dia suruh i masuk bawak beg bersalin sekali. Time tu i dah cuak sikit. Lepas ambil urine test, nurse suruh baring kat katil, dia nak ambil graf pergerakan bayi. Sang suami setia menunggu di luar. Lame gak tunggu graf tu sebab dorang kata baby tengah tido..tak aktif.. memang laa dah kol 2 pagi..huhuu baby tido.. Adalah dekat sejam tunggu (tak sabar tunggu sebenarnya sebab kesian si suami kat luar) baru dia cabut alat yang dipasang kat perut kita tu.. Lepas tu setengah jam kemudian baru doktor check bukaan kat bawah tu. Dah bukak 2cm, dia suruh tahan duduk wad. Dalam hati macam tak percaya, dah nak bersalin ke aku?? i pun keluar bagitahu hubby i kena tidur sini malam ni. Time tu dah 3++ am~~

me sebelum kena tuka masuk wad~ sempat snap-snap pic bersama perot  ;)



     05 AUGUST 2011 FRIDAY
Sepanjang hari duduk dalam wad. Kontraksi 6-12minit non-stop. Bila rasa sakit tengok jam, tengok hp, kira berapa minit sakit kontraksi. Tapi seorang doktor pun tak check. Mungkin saya bukan pesakit yang kronik. Tak perlu perhatian sewajarnya berbanding pesakit disebelah katil saya yang dah lewat 10 hari dari her expected due date tapi tak rasa sakit lagi. Ok itu memang psycho! So doktor dah bagi dia ubat untuk contraction. Me nonggeng-nonggeng rasa sakit, dia belum rasa sakit. Syukur sangat sebab saya dipermudahkan disitu. My mum adalah datang melawat petang tu. Hee incik suami datang pagi petang, wajib!! Bagi semangat :)

   06 AUGUST 2011 SATURDAY~~
Pagi ni saya bertekad nak suruh doktor check bukaan. Jam 8 pagi doktor buat rondaan dan saya request nak check walau apa pun terjadi! Heh. Bila doktor check, dia seluk kata dah bukak 4-5cm. Me teruja happy sebab semalam dah dimomokkan dengan cerita ada yang sampai seminggu bukaan 2cm aje~~ Haihh.. Doktor suruh saya siap-siap turun ke labour room. Serius saya happy tak terkira. Sempat lagi mandi padahal nurse dah tunggu kat katil dengan wheel chair!~

On the way ke labour room me sms suami bagitau nak beranak dah! Hahahaa terkejut dia dari tidur terus bersiap-siap datang hospital serdang. Time tu 9am dekat-dekat pukul 10 pagi me dah baring dalam labour room. Doctor tawarkan nak bagi ubat cepatkan bukaan 10cm, me agree, dia nak pecahkan air ketuban, me agree, buat jelaa apa-apa doc, asalkan saya dan baby bersalin dalam keadaan selamat. Contraction dah rasa semakin sakit yang teramat! Time tu ingat Allah, ingat mama.. Camtu laa sakitnya masa mama bersalinkan saya :'( mulut ni dah terkumat kamit zikir, berdoa.. Suami ada disisi :') Dia je tahu camane teruknya saya sakit melahirkan. Bila dah terasa sakit yang teramat sangat saya menjerit! Terkejut nurse dengan doktor, dorang masuk tengok saya dah nak bersalin. Entah ape tah dorang buat at 1pm my son Mizan Armany selamat keluar.. Fuhh teriak Syukur saya. (Teruk betul perangai sampai menjerit kan? Haihhh~~)

The fobia part mase doctor jahit! Sumpah, macam dah tanak ingat je.. Serius sakit! Dia bagi ubat tahan sakit pun rasa still sakit lagi. Sakit yang teramat kot. Next time nak request supaya saya tidak sedarkan diri time jahit ;p (huuyoo ade NEXT TIME lagi)

Setel je semua tu, ditolak masuk wad. My family in-law dah siap tunggu dalam bilik. My MIL sangat baik bawakan saya nasi siap suapkan lagi. Auww i'm bless to have her as my MIL :) Mizan dah siap sedia digomol ;) family saya pun sampai dah berkampung dalam bilik ni.




   07 AUGUST 2011 SUNDAY
Dah bersiap mengemas untuk pulang ke rumah. Dapat berita sedih sikit yang si kecik ada G6PD (akan buat satu entry khas pasal penyakit ini) so kena tahan wad lagi 5 hari. Sob sob, pasrah je dan sedih sedikit. Nasib duduk bilik first class so si suami boleh temankan saya disini. Dugaan dan cabaran sebagai pertama kali jadi ibu bermula disini. Yelah, mak kita takde nak guide camane nak handle bayi kan, so little bit stress :( 

  08 AUGUST 2011 MONDAY- 11 AUGUST 2011 THURSDAY
Macam-macam yang saya lalui sepanjang duduk hospital ni. Sampai satu tahap (isnin) saya request nak keluar hospital. Bila suami nak dapatkan tanda tangan doktor kerana apabila kita keluar apa-apa yang akan terjadi bawah tanggungjawab kita, doktor nasihatkan supaya saya stay dan suami bersetuju. Me pasrah tapi selepas mengetahui keputusan demam kuning dia yang tinggi saya bersyukur sangat sebab tak jadi keluar hospital. Mizan kena duduk bawah 2 cahaya UV dengan hanya berpampers. Nasib baik keputusan besoknya dah kurang sikit. So boleh keluarkan satu lampu. Dan saya sangat-sangat bersyukur hari rabu petang tu mizan dah tak duduk bawah lampu dah :) Terima kasih yang tak terhingga kepada adik ipar kerana membantu saya bersekang mata menjaga mizan dan bersusah payah bersama :) tahu dia tak baca blog ni~ 11 ogos selamat keluar hospital bersama baby dan resit menginap yang tinggi! huahuahua~~
my baby yang kena duduk bawah UV Light hanya memakai pampers.
Hari nak check-out spital~

Mizan yang masih kurus~ ;)


Dan selama 2 minggu lebih my mizan demam kuningnya naik turun. Berulang alik ke hospital, klinik kesihatan setiap hari untuk cucuk ambil darah walaupun masih dalam pantang berstokin bagai ke sana. Alhamdulillah, dia bebas juga daripada demam kuning walaupun kena pegi hospital sebab prolongue jaundice.

Once and for all saya bersyukur sangat dengan segala kejadian Allah :) ni semua pengalaman yang tak terhingga! 

I love my 2 M's!! :)




my baby yang kian demok~ ;)

Entry raya yang seciput~ hee
Haa dalam berpantang pun masih lagi boleh beraya. tanpa baju raya ;p pakai je baju-baju lama. Nasib boleh muat lagi walaupun ada certain part terasa ketat! :p


Keluarga belah incik Omar takde gambar raya sebab ketiadaan kamera. Huhuhuu..
Tata for now~

Much lurve~ :)

2 comments :

  1. uhh ayn.. yun mcm dh terasa2 ngilu kat perut ni.. huu... can't imagine cmne waktu nk bersalin nnt..

    ReplyDelete
  2. yun: banyakkan doa agar semua dipermudahkan. Setiap orang bahagian lain2.. ain doa agar semua selamat =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...