CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, October 16, 2015

Fesyen Terkini Untuk Wanita Muslimah

Assalamualaikum dan hai untuk semua J


Harini saya nak jadi fashionista & nak berkongsi fesyen-fesyen yang sopan dan up-to-date sesuai dengan kita yang memakai tudung. Tak semestinya dah berumur dan beranak-pinak kita harus berhenti bergaya, betul tak? Jadi dalam berfesyen kita harus pandai mix & match agar tak nampak bosan & dalam masa yang sama kita dapat berjimat. Dan dalam berfesyen pula, tidak semestinya seseorang individu itu harus berhenti mengikuti trend fesyen terkini apabila beliau menjangkau usia pertengahan. Lebih-lebih lagi bagi wanita bekerjaya yang sentiasa ingin tampil bergaya di tempat kerja. Namun, perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa panduan berfesyen khusus untuk wanita yang berumur 30-an agar penampilan yang digayakan tampak sesuai dan ideal. Disini saya kongsikan beberapa pakaian yang boleh disuai padankan, yang penting trendy & menutup aurat! :)

 

Selain memakai baju kurung, kita boleh juga menggayakan blouse yang banyak dipasaran sekarang. Pilih koleksi blouse Muslimah yang loose dan ringkas untuk kekal selesa dan sopan.
 Blouse seperti di atas boleh disuai padan dengan skirt labuh atau mermaid skirt yang lebih mendapat perhatian sekarang. Selain itu juga, pelbagai jenis kain atau skirt labuh menggunakan fabrik yang pelbagai contohnya cotton, chiffon dan lace dengan pelbagai corak dan warna.



Pemakaian jeans mungkin kurang bersesuaian lebih-lebih lagi jeans yang berpotongan agak ketat. Oleh yang demikian, gayakan koleksi palazzo pants atau harem pants seperti berikut untuk digayakan ke pejabat mahu pun aktiviti santai.


    

Amacam, dapat idea fesyen untuk ke pejabat esok? Well, i hope this short entry will help and make a good point for u to shop online ;) Jom shopping!! ;)

Bye for now, thank you for reading this!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...