Assalamualaikum dan hai untuk semua J
Harini saya nak jadi
fashionista & nak berkongsi fesyen-fesyen yang sopan dan up-to-date sesuai
dengan kita yang memakai tudung. Tak semestinya dah berumur dan beranak-pinak
kita harus berhenti bergaya, betul tak? Jadi dalam berfesyen kita harus pandai
mix & match agar tak nampak bosan & dalam masa yang sama kita dapat
berjimat. Dan dalam berfesyen pula, tidak semestinya
seseorang individu itu harus berhenti mengikuti trend fesyen terkini apabila beliau menjangkau usia
pertengahan. Lebih-lebih lagi bagi wanita bekerjaya yang sentiasa ingin tampil
bergaya di tempat kerja. Namun, perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa panduan
berfesyen khusus untuk wanita yang berumur 30-an agar penampilan yang digayakan
tampak sesuai dan ideal. Disini saya kongsikan beberapa pakaian yang boleh disuai padankan, yang penting trendy & menutup aurat! :)
Selain memakai baju kurung, kita boleh juga menggayakan blouse yang banyak dipasaran sekarang. Pilih koleksi blouse Muslimah yang
loose dan ringkas untuk kekal selesa dan sopan.
Blouse seperti di atas boleh disuai padan dengan skirt labuh atau mermaid skirt yang lebih mendapat perhatian sekarang. Selain itu juga, pelbagai jenis kain atau skirt labuh menggunakan fabrik yang pelbagai contohnya cotton, chiffon dan lace dengan pelbagai corak dan warna.
Pemakaian
jeans mungkin kurang bersesuaian lebih-lebih lagi jeans yang
berpotongan agak ketat. Oleh yang demikian, gayakan koleksi palazzo pants atau
harem pants seperti berikut untuk digayakan ke pejabat mahu pun aktiviti santai.
Amacam, dapat idea fesyen untuk ke pejabat esok? Well, i hope this short entry will help and make a good point for u to shop online ;) Jom shopping!! ;)
Bye for now, thank you for reading this!
No comments :
Post a Comment