CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, March 15, 2013

Sepatah kata..

Assalamualaikum & Salam Jumaat! =)

Minggu ni takde entry lagi sebab takde cerita sangat, weekend kami seperti biasa + sibuk dengan kerja-kerja kat ofis ni tapi tetap juga luangkan masa blogwalking :)

Harini pun takde nak cerita banyak cuma nak luahkan apa yang berlaku lately.

1. My boss dah pergi Doha, Qatar. Wife dia kena transfer sana. So dia takkan balik dalam masa 2-3 bulan ni, nak uruskan sekolah anak-anak dia kat sana. Ofis akan di ambil alih my colleague pd, and bos besar akan datang tetiap Isnin untuk pantau. Saya takde masalah, masih lagi cuba datang awal, tak lebih jam 9. Nanti kita tengok macam mana keadaannya nanti ye. Will see.

2. My parents & my brother akan mengerjakan umrah 1 April nanti. InsyaAllah. Doakan mereka dimudahkan segalanya, seronok rasa dapat melawat Makam Rasulullah kan? Jadinya Mizan Armany akan dijaga oleh my big sister, she will stay at parents house. Hmm berat hati sebab Mizan dah biase dengan atok & neneknya. Harap-harap dia okey & tak rindu. Huuu.. Erm dorang pergi sana 13 hari. Harap-harap takde masalah & we all can go thru this. Aminn..

3. Mungkin minggu kedua bulan April boleh bawak Mizan mandi pool kat Morib, dah beli tiket murah untuk stay on weekdays.

4. Ahad ni buat sikit makan-makan jemput sedara mara datang rumah parents saya. Nak bagitahu sebelum ke umrah camtu la..~


Mari doakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Masih rasa berat hati.


Much lurve.

Wednesday, March 6, 2013

Our Advanture Day

Assalamualaikum w.b.t

Kagum dengan diri sendiri, minggu ni dah 3 entry padahal baru hari rabu, satu hari 1 entry. Clap clap!! ;) Tengah banyak nak cerita boleh lah 1 hari 1 entry kan, kalau tak sedu je 1 minggu 1 entry, hihii..

Seperti sedia maklum, korang semua tahu kan yang Mizan menghabiskan masanya main kat Sogo Starz Garden, while mamanya shopping. So sedikit gambar diselitkan juga disini




 hanya mampu main kat sini je, tak berani lagi terjun dalam kolam bola tu.. 
huhuu, sobs :(








So, apa yang mama Mizan sambar kat warehouse tu? Tak banyak, henbeg selai (memang ada dalam list henbeg ni, hewhewhew) pastu belikan Mizan baju raya awal-awal jenama polo(ng)
Dapatlah baju raya in advance sepasang =) mama suke, mama suke!! (mama dia je yang excited ;)






Lepas tu plan konon-konon nak gi Midvalley pulak, dah siap tunggu tren komuter, last-last rasa malas + penat dah, tapi still nak bawak Mizan rasa naik komuter so kitorang naik komuter yang laluan ke Pelabuhan Kelang tapi turun kat KL Sentral pastu naik balik komuter ke Bank Negara balik. Hiks bunyi macam takde keje kan? Tapi betullah kitorang memang tengah takde keje pon ;p










Ni la tren komuter baru yang panjang tu, Besttt sebab kosong, Mizan buat macam bapak dia punye tren je.. memang la kosong sebab laluan ke Pelabuhan Klang, memang warga Nepal jela yang ramai :p kalau laluan ke Seremban EHEMMM KE PULAU GADUT ye, (dah ada laluan baru, me je yang tak tahu, so lame) memang tak dapat la nak main-main bising-bising camni -_-''


Hari sabtu haritu memang kitorang bawak Mizan naik transport awam je, start dengan papa Mizan park kereta kat Chow Kit sebab nak beli barang sikit pastu kitorang naik bas ke Sogo, ni first time Mizan naik public transport bus so dia macam takut-takut sikit. Duduk pun macam nak peluk mama dia, hewhewhew.. Sampai kat Sogo jalan-jalan, pastu naik komuter lak, dari Sogo naik bas tapi mama dia tak dapat duduk, si Mizan ni sibuk la nak mama dia dukung sambil berdiri.. Haihh, seb baik antara Sogo dengan Chow Kit dekat.. itu la saje cerita pengalaman penat kami naik transport awam bersama si kecik, si lasak Mizan Armany ;)

Haihh penat!! Sampai umah Sg. Buloh kol 6 lebih, malamnya Mizan tido awal..hehee

Besoknya hari ahad petang ajak papa Mizan pegi Big Bad Wolf, nak belikan Mizan buku lagi, mama Mizan memang suka pegi sini sebab murah ;)

 hasil sambar-menyambar - buat tambah koleksi Mizan Armany
yang dua buku kecik tu best, sebelum ni belikan Mizan buku Kitty Kitty kat previous BBW
Mizan suke sangat buku tu habis lunyai dibaca (dikerjakan)
Memang belikan buku haiwan-haiwan je biar dia kenal,
pasni best bawak dia pi zoo..
RM11 je untuk 3 buku ni ;D

 buku yang dah lunyai ~

So, itu jela cerita hari minggu kami, jalan cerita macam bersimpang siur pulak, i am not that good storyteller, seriously..huhuu

Advertising: ;p
 power bank hadiah birthday. tq abang saya ;)


si comel nini, semalam pi lawat dia & ibunya,
my best fren Nurul Shahida..hihii
cute lilttle angel, i love u!!

Last but not least, video si Mizan Armany, enjoyy!! Tq for reading this and Much Lurve =)



Tuesday, March 5, 2013

KL SOGO STARZ GARDEN

Assalamualaikum w.b.t

Hari sabtu haritu bawak Mizan Armany ke Sogo sebab mamanya terpedaya dengan iklan Sogo Warehouse Sale, jadi pergi naik ke tingkat 7, tengah mamanya shopping-shopping, papa decide nak bawak Mizan main-main dalam playroom kat sebelah tu. Mama dengan sangat berbesar hati sebab boleh shopping dengan aman tenteram. Hehehee

Bila mama Mizan dah habis shopping pi la jenguk dorang kat play area tu, Wallaahhh, bestnye, mama pun switch dengan papanya jaga Mizan kat dalam tu, staff yang jaga kids kat dalam tu pun ok. friendly sangat. Harga pun super murah, rm6 je sejam compare dengan mana-mana shopping complex yang rm10 sejam tu. Toys yang disediakan pun banyak & menarik sangat :)

Jom layan gambar~

 ada gelongsor dengan bola banyak-banyak



 budak ni tengah warming up main sendiri



 siap ada bilik tv pasang citer kartun,
ada bapak budak yang siap baring-baring lagi dalam ni.. hihii







 ada name tag yang comel.. hihii



 kat dalam ni mostly bapak-bapak yang temankan anaknya,
maknya sibuk shopping gaknye..ehemm!!



 konon-konon macam pandai main, padahal buat sepah..hiks



 sand art pun ade, kalau tak silap rm10 satu




So, pasni mana-mana mommy nak shopping tapi takde orang nak jaga anak, boleh la datang sogo tok shopping yek, bayar je bape-bape jam nak shopping. Ihik! Bapak-bapak pun kalau boring tunggu maknye shopping leh ajak anak masuk sini tok rehat-rehat golek-golek tengok kartun! 

Okla, nanti besok-besok i update lagi, update shopping ape pulak ye? Harini i half day sebab nak melawat my best fren yang tengah berpantang anak no. 3! Hihii Much Lurve all & terima kasih sebab sudi baca :)

Monday, March 4, 2013

Useful Tips From Drypers!

Assalamualaikum w.b.t people!! =)


Amboi ceria sokmo isnin ni ye, i had a very good weekend with my loved ones! Happy sokmo dapat bawak Mizan jalan-jalan and mama dia dapat "sedikit" shopping. Hehehee terima kasih papa Mizan! ;) Weekend yang sangat menenangkan! Ohoo dapat shopping = terapi tenang yek? Mitos bagi semua perempuan! :p

Harini nak kongsi sedikit tips yang i dapat daripada Drypers Club. Sebelum ni Mizan pakai Drypers tapi asik bocor je so me and hub bersependapat tukar jenama pampers which is kitorang prefer Diapex! Memang puas hati! =) So, dah tak dapat nak redeem hadiah-hadiah best dari Drypers dah. Ok, back to our topic, me selitkan gambar jela yek, pasal malas nak taip balik. Hewhewhew ;)






Important Point (learning to talk):
  • bila bercakap dengan anak, pandang muka & matanya.
  • luangkan banyak masa bercakap dengan anak sebanyak mungkin.
  • cakap sambil tunjuk. Contoh:  "tukar pampers.. ni apa?? ni pampers" sambil tunjuk pampers. Sama jugak kalau kita ajar anak anggota badan. Tunjukkan matanya, hidungnya, telinganya, trust me anak-anak suka permainan ni =)
  • tunggu tindak balas dia. Selalunya dia akan sama-sama tunjuk ke mukanya.
  • selalu bagi kata-kata rangsangan seperti "pandainya anak mama ni" sambil cium dan peluk anak. Ini boleh bagi ransangan positif emosi anak =)

Games for 12-15 months:

  • Hide & Seek. Sembunyikan permainan kesukaan dia dan biar dia nampak dimana anda sembunyikan permainan tersebut dan suruh dia cari. Game ni dapat membuatkan anak anda memberi perhatian penuh dan rangsang mindanya untuk berfikir.
  • selalu tunjukkan gambar-gambar haiwan (contohnya) dan ajar dia ikut sekali perkataan tersebut. Contoh: "ini zirafah. Zirafah lehernya panjang" boleh juga selitkan bunyi-bunyi haiwan tersebut. 
  • ajari anak bermain dengan bola. Pada awalnya anak akan menangkap dan baling, belum pandai untuk menyepak lagi. Perlahan-lahan dia akan belajar untuk menggunakan kaki. Yang penting jangan putus asa dalam melatih motor skillsnya and HAVE FUN!! =)

Itu je tips yang nak dikongsi bersama, kalau awak-awak semua ada tips lagi mehla kongsikan dengan saya jugak! Hari sabtu lepas bawa Mizan ke Sogo sebab maknya nak terjah warehouse kat sana, kebetulan kat tingkat 7 tu ada play area yang sangat best plus murahhh je rm6 sejam! Can u believe it?? Harusla Walahh!! Hee tapi tu nanti-nanti saya akan upkan untuk next entry ye..saya up dulu 1 gambar Mizan ;)



Saya percaya play area macam ni sangat bagus untuk perkembangan Mizan juga nak develop social skills dia biar dia pandai berkawan dan bermain juga pandai bawa diri. Ni mak bapak dia kena ikut je dia, kalau takde mak bapak dia taknak (bagus juga yek?) hihii tapi sebenarnya saya nak develop self-confident dia, biar dia pandai berdikari sendiri sebab dia memang tersangat manja. Tapi takpelah, kita punya banyak masa untuk itu semua, yang penting kita happy!! hahaha yang penting anak kita membesar dengan suasana happy. Itu aje, okeylah banyak pulak membebel kali ni, selalu tu wordlesss memanjang. Hihii Much Lurve all & terima kasih sebab sudi baca =)


P/S: Minggu ni macam banyak entry, nak up entry hujung minggu yang best! Sebab mama Mizan dapat terjah Sogo & beli 2-3 buku Mizan kat Big Bad Wolf. Nantikan.. ecehh, macam ko ade follower peminat yang selalu tertunggu-tunggu je..perahsan! ;p 

Bye! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...