BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKAKESEORANGAN ..
Ramai orang yang keseorangan tanpa bantuan apabila mereka mengalami serangan jantung.
Apabila seseorang mengalami serangan jantung, (jantung tidak berdegup dengan normal) dan mula berasa lemah, mangsa tersebut hanya mempunyai hanya kira-kira 10 saat sebelum keadaan menjadi lebih teruk, iaitu kehilangan kesedaran atau pengsan.
Walau bagaimanapun, pada keadaan ini, mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berkali-kali dengan sangat kuat dan gigih. Cuba menarik nafas dengan sedalam-dalamnya sebelum setiap batuk. Batuk mestilah mendalam dan berpanjangan seperti apabila kita mengeluarkan kahak dari jauh dalam dada.
Setiap penarikan nafas dan batuk perlu diulangi setiap dua saat (lebih kurang) tanpa berhenti sehinggalah bantuan tiba, atau sehingga jantung dirasai berdegup dengan normal semula.
Menarik nafas dengan mendalam membolehkan oksigen disalurkan ke dalam paru-paru. Batuk pula menyebabkan tekanan memerah pada jantung dan ini membantu melancarkan peredaran darah.
Tekanan pada jantung juga membantu jantung mengembalikan rentak degupan normal. Dengan cara ini, mangsa serangan jantung boleh sampai ke hospital.
Taken from here.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment