Amboi, cutinye sehari je tapi sampai buat 2 bahagian? Feeling retis ko kan..
Ahahaa dah pergi 2 tempat pastu banyak pulak gambarnye, terpaksa la splitkan..
Ok, sambung cerita lepas Mizan sahaja mandi-manda, pastu hari hujan, pastu nak balik dalam kereta time tu pukul 4.30 ptg, hub and me decide nak habiskan tenaga si kecik ni, jadinya bawak la dia main-main kat Taman Tasik Cempaka Bangi. Oleh sebab awal and tak ramai lagi, makanya syok la si kecik ni konker tempat tu macam dia punye. Puas la dia main slide banyak-banyak kali tanpa perlu berebut-rebut. (Ok, gambar!)
mula-mula malu-malu la lagi~
again and again all over again :p
weeeee~~~
dah upgrade ke slide ni pulak ;)
first time. sebelum ni Mizan cam takut-takut turun slide.
Alhamdulillah. Mizan Armany nak masuk 1 tahun 5 bulan (17 months)
nak naik dari bawah, taknak naik tangga. isk..
my happy boy :-*
kelakar tengok mulut dia.. eksaited sangat kot ;)
Dalam kol 5 lebih camtu orang pun dah ramai, dia pun dah buat perangai nak main beskal orang pulak dah..mak pak dia pun dah penat melayan, moh ler kita balik anak oi.. sampai rumah, mandi, makan, kol 7 malam dia dah ajak tido. Yela, pagi tu tido sekali je sebelum keluar rumah. Jadinya senang la si Mizan Armany tido malam tu, senang mamanye.. heheh ;)
Itula serba sedikit cerita si Mizan Armany dan hari cuti tahun baru kami. Again, Selamat tahun baru 2013 walaupun harini dah hari ke 4/ 365 muka surat..hihii
P/S: Selamat mengupdate buku ASB ;) Gunakan duit secara berhemah ye ain! :p
No comments :
Post a Comment