CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Tuesday, June 17, 2014

Mizan's New Pet. Meet The Birds~

Assalamualaikum w.b.t

Mizan Armany memang suka haiwan, sama macam bapak dia. Segala jenis binatang peliharaan Mizan sebenarnya datang idea dari bapak dia sendiri. Bapak dia yang excited lebih nak bela-bela ni semua. Tapi percayalah cakapku excited bapak dia sekejap je. Dia cepat bosan.

Mula-mula dua beranak ni bela ikan, kalau korang masih ingat la. Ikan dua peringkat. Batch pertama 4 ekor kot. 2 mati, lagi 2 dah selamat simpan dalam aquarium rumah atok. Pastu beli lagi. Siap bawak balik rumah atuk Sg. Buloh lagi. Pastu abis mati semua. (entry pasal ikan malas nak cari link tepet kat sini)

So, bapak dia semangat nak bela burung pulak. Mencarik la, masuk kedai pet sana sini survey.



Tengok ha kusyuk je dia tengok segala ayam itik, burung dll. Maknye dok dalam keta.. Nampak nau tak minat.

Tapi akhirnya bapak dia belikan jugak burung peliharaan Mizan. Beli kat Sg. Chua je. Sekali dengan sangkar, makanan dia + 3 ekor burung pipit. Harga dalam RM50.


Ni la haiwan peliharaan Mizan. Beli 3 ekor tapi sekor dah terlepas terbang keluar! Papa dia punye kerja! Jadi tinggal 2 ekor je & simpan kat rumah nenek Kajang. Bukan ape, kat rumah dia ni Mizan suka bagi makan dengan tangan sendiri. Dia nak tangkap la.. Pastu beberapa hari lepas bela burung ni Mizan kena HFMD. Terus letak burung ni kat umah atok kajang.

Walaupun takde kajian saintifik antara burung ni penyebab HFMD tapi si Mizan ni kadang-kadang dia terlupa basuh tangan. Hmm

Ni cerita burung. Nak tahu, baru-baru ni bapak dia + atok dia sediakan tempat untuk itik pulak kat rumah nenek Sg. Buloh tuuu... Haihh.. Nanti mak dia up cerita pasal itik pulak ye.. cute-cute!


Bye! =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...