CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, July 12, 2013

Alhamdulillah, Ramadhan Barakah =)

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Berpuasa, dah masuk Ramadhan ke-3 =)

Alhamdulillah, tahun ni insyaAllah berpuasa penuh tapi kena kuat & bertabahlah. Dengan pening-pening & rasa loya lagi. Memang harus bertabahlah. Selalu loya lepas sahur & time nak berbuka. Abeh tu camane? Bukan boleh makan asam pon! Hahahaa hidu balm ajela jawabnya taknak bagi muntah. Yerp, masa pregnantkan Mizan dulu pun iols loya-loya je jarang muntah. Ehh...?? Hee ye betul la tu, Mizan bakal jadi abang.. ;) Alhamdulillah. Yupp, me mesti la teruja happy jugak dalam masa sama bersyukur sangat sebab dapat merasa lagi. 


First i notice my period untuk bulan 6 tak datang, lewat dah 2 minggu. So iolls gigihla beli pregnancy test yang harga rm16 (mahal okeh) cari yang murah takde. Dulu time Mizan iolls beli rm6 saje hokeh tapi pharmacy tu dah tutup. Kecewa betul bila test jawapannya negatif! Campak masuk bakul (abehtu takkan nak simpan pulak kan) :p Tapi masih pelik sebab "anak bulan" tak jugak datang nih. Sampai la sehari sebelum puasa i tak sihat, amik MC pi jumpe dokter. Sembang ngadu sakit tekak la, loya-loya la, then dia offer tanya nak check if i pregnant tak? So, i pon oke jela, check-check yupp positif!! Kalau ikut kiraan ni baru nak msuk 8 minggu kot laa. =)

So, dah confirm Mizan bakal jadi abang. Haa cerita pasal si Mizan ni pulak. Orang tua-tua kata kalau nak dapat adik ni perangai dia mengada-ngada sikit. Memang betul pun! Hahaha mengada-ngada banyak okeh, tapi takpela, layankan ajela, nanti dah ade adik kesian dia, sebelum ni perhatian untuk dia 120% nanti ade adik sure dia terasa sikit. Takpela Mizan, mama tetap sayang Mizan sama je dengan sebelum ni. Mizan tetap baby mama lagi. Manja ya amat! Hihii



 Selamat Berpuasa daripada Mizan & mamanya =)



 Jom gi terawikh, saya behave tau ;)



Lama lagi ke nak berbuka ni mama? ;p



Semoga saya terus diberi kekuatan untuk berpuasa & beribadah. Insya Allah, =)
Doakan yang terbaik oke? 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...