Assalamualaikum w.b.t
Salam Jumaat. Harini tak banyak sangat kerja, boleh update blog ;)
Okey, minggu lepas Jumaat 28 Jun, me & my family gerak ke Johor sebab Sabtu nak masuk USS. Tiket USS dah beli lama dalam bulan 4 lagi, beli kat living social RM 168 seorang include tiket masuk, parking free, lunch, snack & voucher SD 5 nak beli cenderahati ke. Quite murah la kan? Hee
Tiket ni kita kena pergi ambil sendiri kat pejabat Living social kat Midvalley.
Sebelum pergi make sure tiket ada, pasport lambat lagi mati, duit Singapore dollar (SD) dah tukar sesiap!
So, hari Jumaat tu kitorang gerak dalam kol 10 pagi singgah breakfast kat D'bukit dulu yang famous sebab roti canai dia yang tersangat sedap! Sampai kat JB, dah booking hotel siap-siap 2 bulan sebelum trip ni. Saya pilih Kozi Hotel kat Danga Bay, okeyla bilik dia, kitorang book 4 bilik deluxe (katil queen). Check-in dalam kol 3 lebih. Siap-siap solat sume keluar cari makanan kat JB ni berpandukan apps Waze. Dia bawak kitorang pi makan tempat best punyeee.. ZZ Sup Tulang. Mee rebus tulang dia memang terrbaikkk.
Saya yang tak makan mee rebus ni pilih makan nasi goreng kampung kerang yang boleh tahan sedap jugak! Mungkin sebab perot tengah lapar kot.
muka puas hati. Eh kat sini memang sangat murah. Makan 7 orang habis dalam RM60++ je. Cuba kat KL, tak dapek la cekk..
Lepas tu jalan-jalan kat Jb, hari dah petang sangat, ingat nak masuk Singapore jalan-jalan tapi takyah la, masing-masing dah letih.
amik angin petang tengok orang mancing & kitorang bergamba ;p
ni pe kes? manjat je keje..
ikan besarr..
Dah maghrib balik bilik, malam tu keluar jalan-jalan kat Danga Bay.
Atok nak bawak Mizan naik tren ;)
Balik bilik dekat-dekat kol 11 malam. Semua pun dah penat, si kecik tidur siang sekali je. Semua pengsan sampai pagi. Mizan bangun minum susu malam sekali. Hari sabtu kita sambung next entry la ye. Much Lurve!
No comments :
Post a Comment