CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 2nd pregnancy. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Perihal Kandungan Kedua

Assalamualaikum..

Sepatutnya harini saya MC dua hari, harini dan esok tapi datang opis jap nak ambil charger iphone & setelkan keje sikit-sikit tapi memandangkan bos besar pun ade opis keberangkalian untuk balik awal macam tipis. Huhuhuu

Anyway dah 3 hari saya period (kaler cokelat) pada usia kandungan sekarang 17 minggu. Tapi pagi tadi masa mandi keluar darah beku segedebuk, panik la apa lagi! Risaukan kandungan & bagitahu suami, dia suruh pergi Az-Zaharah untuk check. Bila dah sampai sana tunggu lebih kurang sejam, then MO check, scan Alhamdulillah baby masih okay, dengupan jantung okey, baby aktif, tangan, kaki semua cukup. Rasa lega syukur sangat. Then dia bagi MC 2 hari & bekalan ubat duphaston untuk 7 hari tapi kena follow up scan masa usia kandungan 28 minggu kalau tak silap.

Doakan saya & kandungan sihat ye =)


sorry up gambar darah beku ni.. huhuu



Doktor pesan lagi kalau mase makan duphaston ni darah masih banyak keluar, terus datang Az-Zahra lagi untuk check  dan kalau lepas 20 minggu masih keluar darah juga kena datang lagi. Huhuhuu

Wednesday, September 11, 2013

2nd Pregnancy: MC Seminggu

Ni kisah bulan lepas, tarikh tak berapa nak ingat. Isnin tu pergi keje macam biasa. Around 10am++ rasa macam ade air keluar. Cam keputihan tapi banyak pulak, check kat toilet ade darah sikit kaler cokelat camtu cam datang period, dalam hati kata "eh, aku pregnant, camne bole period ni." Masa tu 11weeks & tak buat buku merah lagi. Last time masa pregnantkan mizan pun pernah jadi camni gak tapi time tu kebetulan dah buat  habis buat check-up nak balik, terus kena hurung naik ambulans refer hospital terus. So i pun rilek lagi, lunch hour pergi makan ngan kawan-kawan & inform kat dorang pasal ni, dorang suruh pergi jumpe doktor untuk check. Time makan tu rasa sakit kat perut. 

Around 2pm tak tahan terus pergi ke Hospital Az-zaharah Bangi, check and doktor bagi MC seminggu, suruh rehat banyak-banyak kat rumah & dibekalkan ubat kuatkan rahim. Maybe sebab penat sangat kot. Alhamdulillah time tu scan baby, baby semua ok =) Esoknya terus buat buku merah & scan lagi sekali kat Klinik kesihatan. Semoga anak mama nombor 2 ni sihat :)

Tu la ceritanya lack updates untuk bulan 8. InsyaAllah pasni rajin update kalau me kerja la.. Hihii ;)

Perihal anak sulung mama pengarang jantung hati limpa si Mizan Armany semakin bijak, kenal haiwan2, tahu bunyi-bunyinya. Paling suka bila kita tanya dia jawab. Tak sabar nak bawak dia pi zoo!! Ohh minggu ni bz, adik ipar saya kahwin. Minggu depan sepupu saya kahwin pulak! September iz Wedding Month! Ok, sampai sini je, saya nak survey-survey beberapa perkara. Bye! Much Lurve. 

P/S: Sneak peak beberapa perkara yang buat saya sedikit sibuk menyusul esok! =) Jumaat saya cuti, Happy weekend all! *love*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...