CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Showing posts with label Mizan Armany. Show all posts
Showing posts with label Mizan Armany. Show all posts

Thursday, December 4, 2014

Disney Fairy Tales

Assalamualaikum w.b.t

Masih lagi cuba membalas entry tertunggak. Hewhewhew.. sambil menyiapkan kerja ;)

Fairy tales ni berlangsung tiga hari je bulan seploh haritu. Rezeki Mizan agaknya dapat tengok Mickey, Minnie, Goofy, Donald Duck & Disney Princesses secara live kat KLCC, bakal makngah dia dapat tiket free, jadi bagi kat Mizan.

Gambar dalam masa show tu tak berapa cantik. Sorry. So gambar selfie je dapat share kat sini. Kuikuikui ;p










Show start at 8pm. Tapi sejam je kitorang tengok show, sempat tengok snow white & half cerita Cinderella je sebab si Mizan ni dah ajak balik. Tak tahu la dia boring ke ngantuk ke takut ke tengok dalam gelap. Budak ni memang, dalam cinema pun dia bolek melalak ajak balik. Haihh.. takpela nak, walaupun maknye yang excited ;)


Ni video kejap yang dapat record. Dapat dengar music jela ye..





Wednesday, October 1, 2014

Wordless Wednesday: Choo choo Train!





Ni la sebab musabab mak bapak dia takut nak lalu depan the store hari sabtu ahad. Sebab dia asik nak main kat sini. Mau tak seronok mak bapak melayan je karenah dia.

Thursday, September 25, 2014

Horse Riding Day!

Assalamualaikum w.b.t    :)


Cuti Hari Malaysia haritu bawak Mizan gi Rabbit Farmland kat Broga, yupp kali kedua jugak datang sini..kes tak tahu nak kemana dah.. Lepas breakfast terus ke Broga. Orang agak ramai, haiwan-haiwan peliharaan makin sikit, tempat macam makin boring.

Mizan keep requested, "Ma, mizan nak naik horse, nak naik horse!!" bertasbih tanpa henti ditelinga maknya.. Yelah-yelah Mizan, jom la naik horse. Beratur..tak ramai sangat yang beratur. Sampai turn dia, pakaikan dia helmet, naikkan dia atas kuda. Sikittt tak takut budak ni :)







Nak naik kena bayar RM8 kat kaunter yek.







Anak aku ni naik horse tak takut, naik mendalah ni takut pulak.. haihh.. anak mama :)




Ko tengokkk, kat hujung je tak gerak-gerak. At the end, dia melalak suruh mama dia amik :p

Monday, September 8, 2014

Suatu Petang Di Sg. Tekala

Assalamualaikum w.b.t

Cuti Merdeka isnin lepas lepak-lepak kat rumah. Bila dah takde perancangan mula lah bosan taktau nak buat apa, pergi mana. Last-last decide nak pergi Broga tengok binatang-binatang sekalian. Jam menunjukkan pukul 2 petang, hari masih panas, tak jadi gi Broga kami ke Sg. Tekala! Owhh macam biasa, unplanned plan! Seb baik bawak baju spare Mizan, sebab dia je yang mandi! Hehee

Ni la gambar-gambar Mizan Armany, sebab mama dia boring taktau buat apa!

Ni video dia dulu:





Ahahaa dia menggigil kesejukkan, tapi taknak balik! Acanerr tu?













Si kesayangan ni dah pandai mintak dibelikan toys. Semalam dia pow mama dia aeroplane! Hihii :)

Bye! 

Friday, September 5, 2014

Potty Train Mizan Armany

Assalamualaikum w.b.t

Potty train Mizan Armany ni dah buat pun sebenarnya tapi baru dapat 2 hari bila maknye cuti sahaja. First day memang berjaya marvellous bertahan sampai tengahari sebab tengahari dah kuar berjalan. Dapat la 3 kali ke toilet dengan memberitahu mamanya :) Mama gumbira!! 

Hari kedua, mamanya siap ambil cuti sehari lagi semata-mata nak ngajar dia potty train! First of the day, dia gagal! Dah selesai kencing dalam bilik (seb baik bukan ataih katil) baru dia bagitau mama dia.. "mamaa.. jey kencing!" sambil jalan basah suar! Mama pasrah mop lantai. After that baru seploh kali tanya dia, jey nak kencing? jey nak kencing? jey nak kencing? Sampai dia malas jawab taknak banyak kali. Hihihii

Percubaan kali kedua dan ketiga dia BERJAYA! Dia bagitau siap-siap dengan nada terkocoh-kocoh, mama jey nak cing, nak cing!! Hahahaa Besttt!! Tapi bila mama dia cuti je boleh train dia, hari biasa nenek dia jaga. Pakai pampers lagi sonang! Haa sambung cerita tadi, percubaan sampai ketiga je, sebab pastu mama dia bawak pegi Giant pastu balik dia tidur! Memang pakai pampers balik. So next potty train tak tahu lagi bila sebab sabtu ahad kat Sg. Buloh asik keluar berjalan je kami lagipun Mizan sangat lasak asik main kat luar je. Hahahaa boleh?






Ni haa si kesayangan membalas kata-kata mama dia :)

Alhamdulillah membesar dengan bijak! Dah start masuk fasa "Apa ni ma?" "Ni apa ma?"
Selamat menjawab di ucapkan ;)




Bergaya dengan towel hood baru gambar sefaideman ;)


Bye! Much Lurve :)

Tuesday, August 26, 2014

Mizan Armany 3rd Birthday Party

Assalamualaikum w.b.t

Si kesayangan Mizan Armany dah masuk 3 tahun pada 6hb 8 lepas.. Dalam tempoh seminggu tu mak pak dia sibuk beli barang nak buat beday party kecil-kecilan kat Sg. Buloh. Tema di decide last minute yang bertemakan spiderman!


with the maskot~








Pada hari kejadian:





Gambar tak banyak sebab too busy!! Hihii :)


Perkembangan my Mizan Armany:

  • Dah sebut banyak perkataan. Contoh: "mama dah mandi belomm?" Dengan nada cute terlampau! :)
  • Suka sangat tolong orang. Tolong atok buang sampah, Tolong mama kemas rumah dsb :)
  • Dah pandai mintak belikan toys. Hikhikhik
  • Rajin ajak papa solat kat surau / masjid :)
Alhamdulillah, Mizan Armany membesar sebagai anak yang soleh & mendengar kata orang tua. Penyejuk hati dan pendamai jiwa. Manja tak hilang :) Ohh and kuat berdrama! Drama feveret bila kita nak ketip kuku kaki dia punya susah!! Baru cakap nak ketip kuku kaki dia dah meraung dulu! 


Mama sayang Mizan Armany sangat! Semua sayang Mizan! Bila cakap baik aje.. tak tinggi suara.. Alhamdulillah, Terima kasih Allah berikanku zuriat yang soleh, moga mendoakan ibu bapanya kelak. Aminn







Thursday, July 24, 2014

Pre-Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum w.b.t =)

Amboiii anak teruna kecilku dah pandai nak bergaya hensem-hensem.. Hari Jumaat malam haritu ajak papa dia beli baju melayu untuk Mizan Armany. Jey nak kaler blue katenya! Suka betul dia.. lepas tu terus pi amik sampin & songkok kat kedai bapak dia..

Hari Sabtu sampai 3 kali try baju melayu dia, Sibukk tanya, mane KEDU JAN? (Kaler blue jan) Means mana baju raya dia yg warna biru tu? Haihh.. Belum kira dia test lagi hari Ahadnya pulak. Excited betul dia nak raya. Dia mane tahu lagi maksud raya tu apa. Cuma dia seronok dia nampak hensem pakai baju melayu tu.. Ekekee



Ni gambar hari Sabtu, testing yang kedua.. Sambil cakap dengan maktik nya..



Ni hari Ahad, dah gunting rambutnya. Bertambah hensem ;) hihii


Udah-udah ler tu, kang belum raya tapi baju dah koyak pasal asek pakai aje..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga bloggers :)
Ampun maaf dipinta
Berhati-hati di jalan raya!

Wednesday, July 23, 2014

Wordless Wednesday: My SWAG boy Part II

Assalamualaikum =)

Mizan ni peel dia, apape barang yang kita belikan, mula-mula dia taknak, lama-lama baru dia heran nak pakai atau main barang tersebut.

Contoh memang banyak. Tapi harini nak cerita pasal angah dia ada belikan dia shades oakley, lama dah sebenarnya. Mula-mula dia tanak pakai, pujuk macam mana pun tetap TAKNAK! kata dia. Haihh...

Tapi tah macam mana satu hari tu dia nak pulak pakainyee!! Pakai sampai taknak bukak pulak tuh! Ni ha makan sampai pakai speks. 







Yupp, Mizan masih lagi guna kerusi ikea ni sebab kerusi ni je buat dia disiplin makan dengan betul. Tapi kalau makan bersuap lagi banyak dia makan =)

Bye!

Tuesday, July 22, 2014

Ceritera Si Mizan Armany

Assalamualaikum w.b.t :)

Setiap hari dok becerita pasal anak bujang kesayangan ni. Yelah baru sorang kan, so memang tertumpu kat diaaaa jelaa. Tangkai jantung hati kesayangan. Al-kisahnya masa hari minggu yang sudah-sudah, mamanya ajak la family gi aeon Bandar Mahkota Cheras sebab kat situ ade Daiso, misi mengemas rumah katenyee...

Kat situ kan boleh sewa troli mickey ni, tinggal 1 je, rezeki Mizan nak naik lettew..layankan saje..


 malas nak layan mama~



Punyela seronok ini budak dapat naik troli ni.. Masa dah habis shopping nak pulangkan troli ni boleh pulak budak ni buat drama air mata. Taknak turun, nak bawak balik katanyee! Uwaaa..

Mama dia pun pujuk la macam-macam, kata jom naik atas, kita main game. Baru la dia nak turun, sekali naik atas terus ke tempat parking. Pelik budak ni, kata nak main game? Tak kuasa nak layan dahh nak oii... Moh ler kite balik ;) Haihhh



Ni gambar melayan budak ni nak belon kat Sogo, tengah tunggu maktiknya. Habis dibuli mamanya suh pakai belon jugak.



Si kesayangan ni nak masuk 3 tahun lagi 2 minggu! Jey nak potong kek katanye.. Tengok tu dia memang dah pandai demand.

Terima kasih Allah atas pemberian ni. Penceria dan kebahagiaan kami dalam keluarga =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...