CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Showing posts with label rumah nenek sg. buloh. Show all posts
Showing posts with label rumah nenek sg. buloh. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Wordless Wednesday: Si Sefaidemen!

Assalamualaikum w.b.t

Entry malas nak membebel. Nak tepek gambar je.. boleh? 

Btw, Sefaidemen a.k.a cemen a.k.a Spiderman ye kawan-kawan..







mama dia pun kena paksa pakai gak! 

my lil superhero ;)

Balik Sungai Buloh rumah atok main-main bubbles! :) Rumah atok best ade ruang lapang kat tepi rumah. Dulu lepaskan arnab main kat sini now arnab dah mati kena makan ngan anjing! Huhuhuu :(












Bye!

Thursday, June 26, 2014

'Ayaqshishi' di Sungai Buloh

Did i tell u guys that 'ayaqshishi" means air kolam KLCC? 

Yupp, Bahira panggil ayaqshishi sebab bahasa kedah dia pekat likat ;p

Now Mizan pun dah pandai nak pergi ayaqshi (dia pendekkan lagi). Haihh laa, now tetiap minggu budak berdua tu dah pandai request nak ke sana! Tapi ni dah nak puasa memang tak layan la nak ke situ. Sabtu ni dah last day before puasa. Baju raya Mizan pun tak beli lagi. Hmm start puasa semua dah bz. Dunno sabtu ni plan camane. Sempat tak nak masukkan agenda shopping last menit dalam plan.

By the way, nak masukkan gambo budak berdua ni main air paip pecah kat rumah nenek dorang je. Lagi seronok macam mandi kat airshishi ;)






Sampai basah lencun budak-budak ni main air. Atok tutup paip pecah tu dorang bukak. Nenek geleng kepala je.. hihii

Tiap kali hujung minggu balik Sg. Buloh, Bahira la paling seronok sebab dia ade kawan, main dengan Mizan. =)

Until next entry, Bye!

Tuesday, December 10, 2013

Keseronokkan Kampung!

Rasanya semua sedia maklum yang bila tiba weekend saya dan family tak lekat kat rumah. Jumaat malam atau sabtu pagi dah bertolak balik Sg. Buloh rumah family mertua. Petang atau malam hari ahad baru la terpacul di rumah sewa sendiri. Hee penat memang penat tapi dah biasa :) Ape yang best sangat di Sg. Buloh? Ohh suasana kampung yang nyaman dan mendamaikan. Yela, saya dah biasa dok di Bandar yang stress, hiruk pikuk, so sesekali duduk sini memang la rasa best. Segar je kan. TAPI yang paling seronok adalah anakanda ku yang sememangnya manja teramat dengan atok & neneknya. Tiap pagi atau petang dibelanjakan dengan aiskrim, tak penah miss. Pantang orang naik motor bunyikan loceng, laju je dia lari keluar minta aiskrim kat nenek dia.. haihhh ini budak, baru 2 tahun lebey dah pandai ye!

Lagi pun kat rumah atok nenek dia ade kolam ikan! Tak kira siang malam dia sebukk nak bagi makan ikan. Memang selalu habis stok makanan ikan atoknye. Pastu sekarang dia rajin sangat siram pokok, suka sangat main air kan!!










 Haa ni la feveret dia! Bangun tido celik-celik mata je nak bagi ikan makan. Mesra hidupan laut sangat kan.. takut sangat ikan-ikan atuk dia kebuluq. Dia boleh tahan sejam dua kat luar ni, yang tak boleh tahan takde sape yang sudi teman dia main kat luar lama-lama.. haihh anak, kena gigit nyamuk sampai merah-merah kaki tangan pun dia ape pedulik..tak kisah je kan. Pastu kang dia main beskal kuning dia, takde orang tolong tolak, dia tolak dengan kaki sendiri. Sampailah kita panggil masuk,kadang dia buat tak layan je. Kena la umpan dia dengan cerita upin ipin ke, ajak mandi ke..


Ni abang-abang kakak-kakak kat kawasan kejiranan sini main dengan Mizan, rajin budak-budak ni tolak si Mizan melayan.. hihii







Petang-petang WAJIB bawak dia main kat sini, sini taman permainan baru tapi macam takde yang jaga sangat, tak ramai sangat yang datang main. Syiok la kan. Petang-petang jalan-jalan naik motor kat kawasan kampung sini memang best! Untunglaaa orang ade kampung kan? Hemohemo.


P/S: Rajin saya mengupdate lately kan? Macam-macam cerita nak diceritakan. Eh ape cerita BBW korang? :) Bye, Much lurve!

Tuesday, June 25, 2013

Introducing our new family member~ Ma'qill

Assalamualaikum w.b.t

Lama sesangat tak update blog kan. Mood malas memang cenggini, tunggu ada mood baru laa kita cerita yang best-best kan? Mood nak shopping je lately ;p hihii

Ok, hujung bulan 5 lepas, birasku belah suami selamat melahirkan baby boy! Diberi nama Ma'qill Necmettin.. Haa berbelit-belit lidah kau nak menyebutnya. So, keluarga belah suami dah ade 2 cucu lelaki & 1 cucu perempuan buat masa ni.


Ni la dia Ma'qill yang bermaksud "yang berakal"
Necmettin yang bermaksud "bintang agama"


Apa-apa nama pun semoga dia membesar menjadi anak yang soleh ye dak? ;) Hee


 Muka excited pegang baby ;)






 Yang tu kakak Ma'qill, Mu'izzatul Bahira


si Mizan Armany



P/S: Hari Jumaat ni tak sabar nak pi Singapore!! ;D

Bye! Thanks for reading. Much Lurve! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...