CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Showing posts with label mama mizan. Show all posts
Showing posts with label mama mizan. Show all posts

Tuesday, January 7, 2014

My 28th Birthday



Birthday saya jatuh pada 26hb Disember. Dah besar-besar gini memang tak celebrate la kan. Lebihkan celebrate birthday anak je. So memang tak expect pape pun. Cuma pasang niat nak jadi lebih baik sebelum ni termasuklah nak banyakkan ibadah sebab banyak sangat leka, lagha sebelum ni kan. Masa tak tunggu kita. Mungkin pertambahan umur jadikan kita matang. Dah tak huha huha remaja lagi ;)


 We are born in Disember! Yeayy
Err except lil boy.. dia tu birthday sape sape pun dia sebok excited join!
Me and my lil bro. Dianye D.O.B 11/12




 Cake by our home baker, my eldest sis.
Choc Cheese the best!
Kalau nak order boleh pm me yek ;)





Terima kasih atas ucapan hari jadi dari famili dan kawan-kawan. =)
Nanti kita gi minum-minum yek..

Much Lurve ;)

Friday, July 12, 2013

Alhamdulillah, Ramadhan Barakah =)

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Berpuasa, dah masuk Ramadhan ke-3 =)

Alhamdulillah, tahun ni insyaAllah berpuasa penuh tapi kena kuat & bertabahlah. Dengan pening-pening & rasa loya lagi. Memang harus bertabahlah. Selalu loya lepas sahur & time nak berbuka. Abeh tu camane? Bukan boleh makan asam pon! Hahahaa hidu balm ajela jawabnya taknak bagi muntah. Yerp, masa pregnantkan Mizan dulu pun iols loya-loya je jarang muntah. Ehh...?? Hee ye betul la tu, Mizan bakal jadi abang.. ;) Alhamdulillah. Yupp, me mesti la teruja happy jugak dalam masa sama bersyukur sangat sebab dapat merasa lagi. 


First i notice my period untuk bulan 6 tak datang, lewat dah 2 minggu. So iolls gigihla beli pregnancy test yang harga rm16 (mahal okeh) cari yang murah takde. Dulu time Mizan iolls beli rm6 saje hokeh tapi pharmacy tu dah tutup. Kecewa betul bila test jawapannya negatif! Campak masuk bakul (abehtu takkan nak simpan pulak kan) :p Tapi masih pelik sebab "anak bulan" tak jugak datang nih. Sampai la sehari sebelum puasa i tak sihat, amik MC pi jumpe dokter. Sembang ngadu sakit tekak la, loya-loya la, then dia offer tanya nak check if i pregnant tak? So, i pon oke jela, check-check yupp positif!! Kalau ikut kiraan ni baru nak msuk 8 minggu kot laa. =)

So, dah confirm Mizan bakal jadi abang. Haa cerita pasal si Mizan ni pulak. Orang tua-tua kata kalau nak dapat adik ni perangai dia mengada-ngada sikit. Memang betul pun! Hahaha mengada-ngada banyak okeh, tapi takpela, layankan ajela, nanti dah ade adik kesian dia, sebelum ni perhatian untuk dia 120% nanti ade adik sure dia terasa sikit. Takpela Mizan, mama tetap sayang Mizan sama je dengan sebelum ni. Mizan tetap baby mama lagi. Manja ya amat! Hihii



 Selamat Berpuasa daripada Mizan & mamanya =)



 Jom gi terawikh, saya behave tau ;)



Lama lagi ke nak berbuka ni mama? ;p



Semoga saya terus diberi kekuatan untuk berpuasa & beribadah. Insya Allah, =)
Doakan yang terbaik oke? 

Monday, March 4, 2013

Useful Tips From Drypers!

Assalamualaikum w.b.t people!! =)


Amboi ceria sokmo isnin ni ye, i had a very good weekend with my loved ones! Happy sokmo dapat bawak Mizan jalan-jalan and mama dia dapat "sedikit" shopping. Hehehee terima kasih papa Mizan! ;) Weekend yang sangat menenangkan! Ohoo dapat shopping = terapi tenang yek? Mitos bagi semua perempuan! :p

Harini nak kongsi sedikit tips yang i dapat daripada Drypers Club. Sebelum ni Mizan pakai Drypers tapi asik bocor je so me and hub bersependapat tukar jenama pampers which is kitorang prefer Diapex! Memang puas hati! =) So, dah tak dapat nak redeem hadiah-hadiah best dari Drypers dah. Ok, back to our topic, me selitkan gambar jela yek, pasal malas nak taip balik. Hewhewhew ;)






Important Point (learning to talk):
  • bila bercakap dengan anak, pandang muka & matanya.
  • luangkan banyak masa bercakap dengan anak sebanyak mungkin.
  • cakap sambil tunjuk. Contoh:  "tukar pampers.. ni apa?? ni pampers" sambil tunjuk pampers. Sama jugak kalau kita ajar anak anggota badan. Tunjukkan matanya, hidungnya, telinganya, trust me anak-anak suka permainan ni =)
  • tunggu tindak balas dia. Selalunya dia akan sama-sama tunjuk ke mukanya.
  • selalu bagi kata-kata rangsangan seperti "pandainya anak mama ni" sambil cium dan peluk anak. Ini boleh bagi ransangan positif emosi anak =)

Games for 12-15 months:

  • Hide & Seek. Sembunyikan permainan kesukaan dia dan biar dia nampak dimana anda sembunyikan permainan tersebut dan suruh dia cari. Game ni dapat membuatkan anak anda memberi perhatian penuh dan rangsang mindanya untuk berfikir.
  • selalu tunjukkan gambar-gambar haiwan (contohnya) dan ajar dia ikut sekali perkataan tersebut. Contoh: "ini zirafah. Zirafah lehernya panjang" boleh juga selitkan bunyi-bunyi haiwan tersebut. 
  • ajari anak bermain dengan bola. Pada awalnya anak akan menangkap dan baling, belum pandai untuk menyepak lagi. Perlahan-lahan dia akan belajar untuk menggunakan kaki. Yang penting jangan putus asa dalam melatih motor skillsnya and HAVE FUN!! =)

Itu je tips yang nak dikongsi bersama, kalau awak-awak semua ada tips lagi mehla kongsikan dengan saya jugak! Hari sabtu lepas bawa Mizan ke Sogo sebab maknya nak terjah warehouse kat sana, kebetulan kat tingkat 7 tu ada play area yang sangat best plus murahhh je rm6 sejam! Can u believe it?? Harusla Walahh!! Hee tapi tu nanti-nanti saya akan upkan untuk next entry ye..saya up dulu 1 gambar Mizan ;)



Saya percaya play area macam ni sangat bagus untuk perkembangan Mizan juga nak develop social skills dia biar dia pandai berkawan dan bermain juga pandai bawa diri. Ni mak bapak dia kena ikut je dia, kalau takde mak bapak dia taknak (bagus juga yek?) hihii tapi sebenarnya saya nak develop self-confident dia, biar dia pandai berdikari sendiri sebab dia memang tersangat manja. Tapi takpelah, kita punya banyak masa untuk itu semua, yang penting kita happy!! hahaha yang penting anak kita membesar dengan suasana happy. Itu aje, okeylah banyak pulak membebel kali ni, selalu tu wordlesss memanjang. Hihii Much Lurve all & terima kasih sebab sudi baca =)


P/S: Minggu ni macam banyak entry, nak up entry hujung minggu yang best! Sebab mama Mizan dapat terjah Sogo & beli 2-3 buku Mizan kat Big Bad Wolf. Nantikan.. ecehh, macam ko ade follower peminat yang selalu tertunggu-tunggu je..perahsan! ;p 

Bye! =)

Friday, December 28, 2012

Dua-Puluh-Tujuh

Alhamdulillah Allah masih beri saya kesempatan untuk terus jalani kehidupan. Syukur masih mampu dan akan terus kejar amalan, in sha Allah. Baru masuk ke angka 27 beberapa hari lalu.. dan in sha Allah akan terus bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan.

Pada usia ini, dah punya keluarga dan seorang anak yang makin lasak. Punya azam yang ingin dicapai tahun depan. Punya suami yang penyayang..Alhamdulillah :) Moga akan terus diberi kesihatan yang baik untuk terus menjaga keluarga ini, mendoakan agar rezeki melimpah ruah dan juga mendoakan keluarga ibu bapa kami terus sihat sejahtera..Aminn

my everything ;)


anak yang makin lasak 

Mizan Armany semalam macam dah start tantrum which i worried plus know it is normal for baby/ toddler to  react how her/his feels kan? Atau mungkin sebab dia nak tunjukkan dia sedang sakit gigi / gusi. Ohh gigi dia sekarang sedang mencanak-canak tumbuh / naik.. Gigi geraham atas bawah, dengan gigi taring lagi atas bawah, Alhamdulillah.. mesti dia rasa tak selesa sangat. Poor my baby. Sabar jelaa ye sayang.. Dia nak mengigit mama dia, kalau tak dapat dia campak/ baling barang..tapi dekat-dekat jelaa + tak mencederakan orang. Huhuhuu ada apa-apa tips tak yang boleh kongsikan? Tq dear mommies! Much Lurve! :)

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday~ 14 March 2012


My Favourite picture ;D
*syok sendiri*
ehehee~

Agaknya sebab suke, extra Large kan gamba ni!~
hee
Much Lurve all ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...