CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Showing posts with label family in laws. Show all posts
Showing posts with label family in laws. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

Cerita Raya: Cameron Highland

Assalamualaikum w.b.t :)

Saya dah warm up dengan cerita macam-macam ni nak up di blog :)

Raya kedua lepas balik dari Sabak Bernam kami terus balik rumah kat Kajang. Raya ketiga balik Sg. Buloh balik. Kitorang dah biasa buat Kajang-Sg. Buloh tu macam dekat sebelah-menyebelah je, padahal dulu time bercinta kemahin jumpa kat KL sebab tengah-tengah kan.

Raya keempat (hari khamis), saya dan family mertua ke Cameron Highland saje berjalan. Menginap di Silverstar Apartment (Crown Imperial, Brinchang) nanti saya up pasal Apartment ni ye. Tempat wajib pergi untuk saya bila ke Cameron ni, wajib singgah minum teh kat Bharat Plantation. Pilih la macam-macam aneka teh pun, minum panas-panas kat atas tu. Best sangat! Kitorang memang sengaja nak stay kat Brinchang sebab boleh jalan kaki ke Pasar malam. Kat pasar malam tu boleh la shopping macam-macam. Beli teh perisa lemon, blackcurrent & premium yang sedap sangat! 3 kotak baru RM25 ;) Jangan lupa beli madu royal. Wajib beli broccoli goreng, asparagus goreng semua sedap-sedap! Memang 2 kali me & hubs keluar ke Pasar malam, second dating tanpa Mizan Armany ;) Tido sana sejuk dia lain macam, sampai ke tulang hitam. That's why kena sediakan stokin & sweater!

Pagi esoknya kemas-kemas terus check out. Tapi sebelum tu breakfast dulu kat Medan Selera depan KFC Brinchang. Then ke Kea Farm, my MiL nak beli ubi rebus yang manis & sayur-sayur.


 pemandangan dari my balcony apartment.
Tuu..nampak dah pasar malam.
Dekat je..
Turun best laa, nak naik balik hazabbb daki bukit!!


 goreng-goreng + strawberry cicah cokelat! Nyams :)
Broccoli goreng, cendawan goreng, asparagus goreng, sotong goreng tepung!
Semua sedap =)


my lil panda ;)


 at ladang teh~


famili mertuaku :)

my cute parents in-law :)




si comelku :)
sweater dia beli malam raya kedua, gigih ke H&M Avenue K ;)




On the way turun lalu Simpang Pulai, nak ke Kedah rumah family mashitah kat Tandop :)
Cerita kat Kedah takde ye. Ni la cerita raya short holiday kami :)

Wednesday, July 30, 2014

Wordless Wednesday: Atok!!

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya =)

Cerita raya kite cerita kendian yek..

Ni gambor masa puasa. Kamera hp kat tangan Mizan. Dia dok snap pictures atok Sg. Buloh dia sampai 11 gambor! Then tunjuk kat atok, atok cakap... "Eh, hensem la atok, pandai mizan amik gambar atok ye" =)

Dah besar nanti amik gambar mama banyak-banyak pulak ye.. Mesti dia kate mama tak fotogenik arr!!





Takkan la mama nak letak seblas seblas gambar atok tepek kat sini kan, semua same je bila Mizan Armany jadik fotografer ;)

Mizan memang sayanggg sangat ngan atok nenek Kajang & Sg. Buloh :) Moga jadi anak yang soleh :)

Monday, April 28, 2014

Parents In Law Menunaikan Umrah




13 April 2014 tarikh ibu bapa mertua ku berangkat menunaikan Umrah. Dorang baru balik ari Jumaat aritu 25 April flight pagi. Hanya Suami yang menjemput sebab nak terus bawak dorang ke Hospital. Kan ade kes baru-baru ni. Alhamdulillah parents mertua ku baik-baik saje :)


 Mizan sayang, orang konpius sape yang nak pegi Umrah ni?? Hihii


kesayangan :)






Berdoa agar ku jua menjejakkan kaki ke tanah suci. Insya Allah

Lots of Love :)

Monday, December 9, 2013

Trip to Penang with my Family in-Laws ;)

Travel in Penang kali ini hanyalah meliputi Pantai Batu Feringgi sahaja ye.

Kami ke Pulau Pinang / Penang kerana ingin melawat adik suami yang dok kat Seberang Jaya lagi pun dorang dah lama tak balik Sungai Buloh, jadinya tentulah teramat rindu dengan si mulut riuh Bahira dan nenek Sungai Buloh pun rindu amat dengan cucunya yang sorang lagi baby Ma'qill.

Lepas solat jumaat dalam pukul 3 petang kitorang gerak dengan menaiki 1 kereta je. Perjalanan Alhamdulillah lancar cuma jemmed sikit bila dah masuk Penang. Sampai dah maghrib, okla perjalanan dalam 4 jam je. 


 bahira yang coleteh


Hari sabtu pagi baru bertolak ke Batu Feringgi. Kami naik feri sebab lagi dekat rasanya.






budak kecik ni sebelum ni takut dengan laut tapi kalini rileks je siap mandi-mandi lagi dengan acu dia, mula-mula je takut tapi terbalik pulak dengan bahira yang takut lepas kena nyakat ngan abi dia..






acu yang naik paragliding (betul eh nama dia?)


Balik tu masing-masing dah kepenatan, on the balik tu singgah solat dulu pastu cari jeruk yang femes kat penang iaitu jeruk pak ali, habis memborong singgah sat perkena nasi kandar Subaidah. Kat penang memang terkenal dengan nasi kandar macam nasi kandar line clear & macam-macam lagi tapi me dan suami prefer subaidah lagi sebab kat UUM dulu ade subaidah so dah biasa la dengan nasi kandar dia :) puas hati dapat makan, hehehee

Picture Mizan & Bahira. Dua sepupu ni memang seronok habis dapat main sama-sama.
Lebih kurang je dua beradik ni. Taktau apesal Mizan panggil Bahira dengan nama "DA".
Mizan tak fasih sangat lagi bercakap, dia sebut yang hujung-hujung je.
Mamanya kadang-kadang je faham ;)


Hari ahad tolong-tolong adik ipar kemas-kemas rumah sebab dorang pun dah nak pindah dah. Tak dok situ lagi. Dalam kol 11 kitorang gerak balik lepas naikkan barang-barang dalam lori. On the way balik KL, menyinggah Cameron beli strawberry, madu & sikit sayur-sayur. Sejuknyeee la sangat dengan kabus yang tebal. Kitorang mane bawak sweater semua, dah unplanned trip ke Cameron ni, menggigil la jugak si Mizan Armany.. hihii sian dia :)

sempat lagi menyinggah.


Travel log kalini hanya dapat cover Batu Feringgi je, dengan harapan dapat ke Penang lagi and terjah tempat lain & cuba makanan lain pulak. As for Cameron memang nak pergi lagi ke sana. Dalam banyak-banyak tempat kitorang laki bini memang suka pergi Cameron. Sejukkk je.. 

P/S: Berangan nak buat buku travel sendiri ;) Bye! Much Lurve~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...