CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, December 9, 2013

Trip to Penang with my Family in-Laws ;)

Travel in Penang kali ini hanyalah meliputi Pantai Batu Feringgi sahaja ye.

Kami ke Pulau Pinang / Penang kerana ingin melawat adik suami yang dok kat Seberang Jaya lagi pun dorang dah lama tak balik Sungai Buloh, jadinya tentulah teramat rindu dengan si mulut riuh Bahira dan nenek Sungai Buloh pun rindu amat dengan cucunya yang sorang lagi baby Ma'qill.

Lepas solat jumaat dalam pukul 3 petang kitorang gerak dengan menaiki 1 kereta je. Perjalanan Alhamdulillah lancar cuma jemmed sikit bila dah masuk Penang. Sampai dah maghrib, okla perjalanan dalam 4 jam je. 


 bahira yang coleteh


Hari sabtu pagi baru bertolak ke Batu Feringgi. Kami naik feri sebab lagi dekat rasanya.






budak kecik ni sebelum ni takut dengan laut tapi kalini rileks je siap mandi-mandi lagi dengan acu dia, mula-mula je takut tapi terbalik pulak dengan bahira yang takut lepas kena nyakat ngan abi dia..






acu yang naik paragliding (betul eh nama dia?)


Balik tu masing-masing dah kepenatan, on the balik tu singgah solat dulu pastu cari jeruk yang femes kat penang iaitu jeruk pak ali, habis memborong singgah sat perkena nasi kandar Subaidah. Kat penang memang terkenal dengan nasi kandar macam nasi kandar line clear & macam-macam lagi tapi me dan suami prefer subaidah lagi sebab kat UUM dulu ade subaidah so dah biasa la dengan nasi kandar dia :) puas hati dapat makan, hehehee

Picture Mizan & Bahira. Dua sepupu ni memang seronok habis dapat main sama-sama.
Lebih kurang je dua beradik ni. Taktau apesal Mizan panggil Bahira dengan nama "DA".
Mizan tak fasih sangat lagi bercakap, dia sebut yang hujung-hujung je.
Mamanya kadang-kadang je faham ;)


Hari ahad tolong-tolong adik ipar kemas-kemas rumah sebab dorang pun dah nak pindah dah. Tak dok situ lagi. Dalam kol 11 kitorang gerak balik lepas naikkan barang-barang dalam lori. On the way balik KL, menyinggah Cameron beli strawberry, madu & sikit sayur-sayur. Sejuknyeee la sangat dengan kabus yang tebal. Kitorang mane bawak sweater semua, dah unplanned trip ke Cameron ni, menggigil la jugak si Mizan Armany.. hihii sian dia :)

sempat lagi menyinggah.


Travel log kalini hanya dapat cover Batu Feringgi je, dengan harapan dapat ke Penang lagi and terjah tempat lain & cuba makanan lain pulak. As for Cameron memang nak pergi lagi ke sana. Dalam banyak-banyak tempat kitorang laki bini memang suka pergi Cameron. Sejukkk je.. 

P/S: Berangan nak buat buku travel sendiri ;) Bye! Much Lurve~

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...