CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Showing posts with label warehouse. Show all posts
Showing posts with label warehouse. Show all posts

Friday, January 24, 2014

First Warehouse on 2014




Ajak suami ke situ 4 January hari tu. (Nampak tak berapa lamanya cerita ni?)

Hihii sebab kebanyakkan produk-produk tu memang me guna. So nak tambah stok la walaupun diskaun tak gile-gile sangat macam previous sale kan. Klik here. I beli pun tak banyak. Barang-barang keperluan yang penting je. Nak beli gile-gile belum gaji kan. So this is what i get for myself.

 Ha'ahh beli 4 barang ni je. Barang yang digunakan sehari-hari


 Masih lagi sangat murah & untung. Krim muka ku RM22 je.
Kalau kat luar ni mau RM50++ and Magique BB krim tu RM27 je sekali dengan lip gloss.
Bestkan? ;)


Conditioner shampu ni RM7 je tak silap.
yang perfect clean tu belikan untuk adik ipar.

So total habis dalam RM60 ;)

Oh sebelum terlupa, tak beli barangan make up Maybelline sebab macam mahal sket. So tunggu next time!

Pasni nak pergi lagi! Bye, Much Lurve!

Wednesday, March 6, 2013

Our Advanture Day

Assalamualaikum w.b.t

Kagum dengan diri sendiri, minggu ni dah 3 entry padahal baru hari rabu, satu hari 1 entry. Clap clap!! ;) Tengah banyak nak cerita boleh lah 1 hari 1 entry kan, kalau tak sedu je 1 minggu 1 entry, hihii..

Seperti sedia maklum, korang semua tahu kan yang Mizan menghabiskan masanya main kat Sogo Starz Garden, while mamanya shopping. So sedikit gambar diselitkan juga disini




 hanya mampu main kat sini je, tak berani lagi terjun dalam kolam bola tu.. 
huhuu, sobs :(








So, apa yang mama Mizan sambar kat warehouse tu? Tak banyak, henbeg selai (memang ada dalam list henbeg ni, hewhewhew) pastu belikan Mizan baju raya awal-awal jenama polo(ng)
Dapatlah baju raya in advance sepasang =) mama suke, mama suke!! (mama dia je yang excited ;)






Lepas tu plan konon-konon nak gi Midvalley pulak, dah siap tunggu tren komuter, last-last rasa malas + penat dah, tapi still nak bawak Mizan rasa naik komuter so kitorang naik komuter yang laluan ke Pelabuhan Kelang tapi turun kat KL Sentral pastu naik balik komuter ke Bank Negara balik. Hiks bunyi macam takde keje kan? Tapi betullah kitorang memang tengah takde keje pon ;p










Ni la tren komuter baru yang panjang tu, Besttt sebab kosong, Mizan buat macam bapak dia punye tren je.. memang la kosong sebab laluan ke Pelabuhan Klang, memang warga Nepal jela yang ramai :p kalau laluan ke Seremban EHEMMM KE PULAU GADUT ye, (dah ada laluan baru, me je yang tak tahu, so lame) memang tak dapat la nak main-main bising-bising camni -_-''


Hari sabtu haritu memang kitorang bawak Mizan naik transport awam je, start dengan papa Mizan park kereta kat Chow Kit sebab nak beli barang sikit pastu kitorang naik bas ke Sogo, ni first time Mizan naik public transport bus so dia macam takut-takut sikit. Duduk pun macam nak peluk mama dia, hewhewhew.. Sampai kat Sogo jalan-jalan, pastu naik komuter lak, dari Sogo naik bas tapi mama dia tak dapat duduk, si Mizan ni sibuk la nak mama dia dukung sambil berdiri.. Haihh, seb baik antara Sogo dengan Chow Kit dekat.. itu la saje cerita pengalaman penat kami naik transport awam bersama si kecik, si lasak Mizan Armany ;)

Haihh penat!! Sampai umah Sg. Buloh kol 6 lebih, malamnya Mizan tido awal..hehee

Besoknya hari ahad petang ajak papa Mizan pegi Big Bad Wolf, nak belikan Mizan buku lagi, mama Mizan memang suka pegi sini sebab murah ;)

 hasil sambar-menyambar - buat tambah koleksi Mizan Armany
yang dua buku kecik tu best, sebelum ni belikan Mizan buku Kitty Kitty kat previous BBW
Mizan suke sangat buku tu habis lunyai dibaca (dikerjakan)
Memang belikan buku haiwan-haiwan je biar dia kenal,
pasni best bawak dia pi zoo..
RM11 je untuk 3 buku ni ;D

 buku yang dah lunyai ~

So, itu jela cerita hari minggu kami, jalan cerita macam bersimpang siur pulak, i am not that good storyteller, seriously..huhuu

Advertising: ;p
 power bank hadiah birthday. tq abang saya ;)


si comel nini, semalam pi lawat dia & ibunya,
my best fren Nurul Shahida..hihii
cute lilttle angel, i love u!!

Last but not least, video si Mizan Armany, enjoyy!! Tq for reading this and Much Lurve =)



Wednesday, January 9, 2013

Next Warehouse!

Okey, keterujaan bermula! *sikit*

Warehouse minggu ni melibatkan pakaian untuk si Mizan Armany. Sejak ade si kicik, semua melibatkan dia adalah penting, mak paknya belakang-belakang sikit pentingnya. Mak bapak mana yang tak utamakan anak ye dak? Tapi kali ni, mission utama nak sambar baju tidur, ye baju tidur Mizan. Yang ada sekarang sume dah kicik-kicik, badan si bulat ni kan semangat sikit. Baju yang ada sekarang dah kecik, singkat, sendat tapi pakaikan je jugak.. hehe

Harus ditegaskan berkali-kali aim ni supaya tak tersasar jauh. Maknye la, pantang tengok cantik sikit mesti sambar walaupun baju siang si Mizan dah banyak. Tapi tahu, baju tidur susah sikit and tak banyak choice sangat kot. Well, doakan jela ade~ 

Warehouse minggu ni ade 2:


Haa best tak? best tak?? 

10-13 January 2013 ( Khamis sampai Ahad)

Location
No.1, Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor

Time: 10 pagi sampai 5 ptg

Paling best: 
Additional RM4 discount with every RM20 purchases
(Apparels ONLY)


Ohhh harap-harap banyak baju tidur untuk budak size 2/3. 
Bior beli besar-besar sikit buleh pakai lame ;)
and paling penting, harap-harap memang murah gile-gile *double wink*

Nanti kalau pergi, i update yek! ^^

Okey, warehouse kedua dapat tahu dari blogger lain tapi bile i godek-godek tak jumpe advertise pun, tapi harap ada la..

Jualan Gudang Hytex
Disney. Tenderly.

5 & 6 januari 2013
12 & 13 Januari 2013
Dewan Serbaguna Taman Ehsan.


Taman ehsan ni rasenya kat area Kepong. 

Aim tetap sama, baju tidur Mizan. 

Info dapat dari Mommy Wawa. Thanx! 

Wednesday, January 2, 2013

Warehouse and Me! ;)

Selamat tahun baru 2013. 

Entry pertama untuk tahun baru ni nak mulakan dengan menunjukkan ke-obses-an ku pada Jualan Gudang! Haa, yang mana mak-mak pun mesti sama denganku kan, yelaa sape tak suka dengan SALES dan beli barang murah-murah ye dak? Kalau sebelum ni dah pergi Pureen Warehouse & Loreal- Maybelline Warehouse, harini pulak nak cheghita Big Bad Wolf ngan Mattel Warehouse ;)

Big Bad Wolf



Walaupun Big Bad Wolf Book Warehouse Sale ni lama jugak dorang buat 7-23 December, tapi me pergi sana 22 Disember Sabtu pagi around 10-11am sampai sana. Aim utama nak belikan Mizan Armany buku ABC sebab dok baca blog orang buku-buku untuk baby, toddlers banyakk and tersangat murah. Jadi harus terjah la jugak kannn..Lagipun tempatnye dekat je, kat Mines tu.. Usaha pujuk suami berjaya! hihii.. ;)

Sampai je sana orang okey la, tak sesak sangat..TAPIII, ye ada tapi.. tapinya tak bawak stroller si Mizan Armany ni.. penat laa pegang tangan, pulaknya kalau tahu diam takpe la jugak, ni tak tahu dok diam, so dokong la dia..tapi mana la larat sangat nak berdukung je si semangat ni.. bapaknya la pulak take over jaga. Time bapaknya jaga boleh la maknye cari buku dengan senang hati.. =)

Tapi jugak, buku ABC yang dicari takde, mungkin dah banyak habis, yelaa 2 hari sebelum nak tutup memang banyak laa buku habis. So far, memang best pergi sini, tahun depan (eh tahun ni laa) nak pergi lagi..kali ni malas nak bawak mizan :p sape suh tanak behave..

Ape yang dibeli?



Buku untuk maknya takde..huhuu :( Oh lupe, tak pergi kat bahagian malay novel pun. Takpela, sebab masa untuk maknya membaca pun kadang-kadang memang takde langsung. Twist dengan masa membaca untuk anaknye laa ye..

Kat BBW tu masa nak bayar amik 3 je buku untuk Mizan, ni-hao Kailan (boleh picit-picit kuar bahasa mandarin), Kitty-kitty & Shuffle Stories Flash card je.. sekali mase nak bayar maknya boleh pulak terpandang A Guide to Sewing tu pulak..macam berkenan & nak, tengok buku yang dicapai tak banyak so gatal la tangan ni amik selitkan sekali. Entah bile nak menjahit pun taktahu. Haishhh, kalau boleh undur masa tak amik pun xpe :p




Lepas tu kat luar tempat bayar tu ade laa pulak lagi buku-buku untuk baby/ toddlers..laggggiii banyakkkk lagiiii muraaaahhhhh.. *pengsan*

Pastu rasa menyesal je amik buku sewing tadi sebab dengan duit tu boleh beli pop-up books untuk mizan kottt... Iskk :'(
So kat tempat tu beli Giant Flash cards ABC and wall chart untuk mizan :) Giant flash cards tu rm5 je, berbaloi-baloi..wall charts tu rm10 ke rm12 camtu..ade 4 helai..Dengan dua kad yang super comel rm3 je satu..hihii














So, total damage tak sampai rm100 ;) 


Next, Mattel Warehouse! 






Mattel warehouse pun first time pegi, sebelum ni dorang buat kat tropicana sana, so guess tempat-tempat berubah ikut suka hati. Kitorang pergi hari khamis, first day kott ;) ahahaa sebab time tu me & marin cuti uruskan beberapa perkara, petang tu dalam 4 lebih kitorang sampai.

Tempatnya penuuh habuk! Memang tak sesuai langsung dorang buat kat situ. Yelah yang pergi sure mak bapak bawak anak kan? Dust everywhere. Suami bawak mizan kuar, main-main kat luar, me je pilih-pilih toys sambil tutup hidung. Dorang tak bekalkan mask langsung! Iskk!! Ingat tempat shopping complex mane tau nak kena bawak mask sendiri ye tak? Hmm, harap bulan 3 nanti venue yang much better. Ape yang dibeli?



Dua ni je, yang monkey rattle tu rm10, beli sebab mizan dah dok pegang je yang itu baru dok diam and thomas ABC tekan-tekan ade bunyi ni "hyee, i'm thomas. Let's sing alphabet" RM45 ;)



Inilaa tempat berhabuk yang ku katakan tadi tu, ni amik kat page fb dorang. Gambar ni lepas dorang vakuum untuk hari besoknyaa (jumaat)





Antara toys yang ade dijual. Barang Barbie pun banyak, sebab anak i boy i pandang sebelah mata je! Toys daripada cerita Cars pun banyak jugak. 



Tengok kat FB dorang ade talipon dora tu, tapi masa pergi takde ponnn.. dah habis agaknya.. huhuu dengar cerita rm10 gak.. I WANTTTT!!!

Iskk, takpe-takpe bulan 3 Mattel buat warehouse lagi! Nak pergi lagi.. make sure time tu tepikan duit awal-awal, nak beli lagi.. Maknye pulak yang over kau! 

Hah, terserlah sikap gilekan warehouse dalam entry ni. Nanti akan meroyan lagi kalau dengar ade je warehouse best-best ;) Jumpe lagi!

Friday, November 30, 2012

WAREHOUSE SALE DI HARI MINGGU ;)

Amboii tajuk post CapsLock abiss, penting gempar sangat ke??

Hihihii dah nak masuk hujung minggu baru nak update hujung minggu lepas punye entry?? Mood kelaut nampak.. Kelaut sebab nak masukkan video Mizan jugak yang memakan masa 4 hari nak muat naik!! Apa pun tak beley~

Minggu lepas kemain banyak laa jualan gudang sana sini, heppy sokmo mama mizan ;)
Sabtu pagi-pagi mak pak Mizan dah kuar demi berebut-rebut di Jualan Gudang Pureen (Bahasa baku Sastera kemain) Kol 8.45 dah kuar umah my family-in-law kat Sg.Buloh, Mizan tinggal kat sana, takmo bawak. Kol 9.30 dah sampai, nasib sungguh baik sebab tunggu x sampai 10minit dorang dah bukak pintu!! Hoyehh ;) terus asak-asak masuk, aim terus ke tempat baju-baju. Heheh manage to grab emm 12 pasang kot baju Mizan, 2 pasang baju Bahira~ Puas hati terus ke tempat toiletries pulak, amik head-to-toe wash sampai 2, murah rm9 je satu =) Bottle cleanser refill sampai 6 pek, stok sampai jualan pureen akan datang ke??  sabun basuh baju jenis detergent liquid 2 botol, 3 botol susu, 3 pek teats, sikat, berus gigi jenis getah tu, emm apa lagi ek, bedak 1 set ade 3pcs tu..haa kat situ je total cost almost RM400! Hihii sejam dah setel sume task membeli barang-barang Mizan. Kol 11 pg dah sampai umah Sg. buloh balik, sume gagal nak tidokan si kecik Mizan Armany ;)

Gambar takde, tak sempat amik -_-''

Hari ahad pulak, berjaya ajak si suami pegi Loreal Warehouse pulak! Oh mak, mama Mizan dah gile membeli!! Murah tersangat murah!! Rugi pergi ari ahad, dah banyak barang habis. Macam i memang kebanyakkan guna produk Loreal & Maybelline, so memang rasa nak borong je semua!!
Cari 2 produk yang i selalu guna which are Loreal shampoo& conditioner takde pong....... Pastu me guna krim muka Loreal Revitalift yang memang sesuai dengan kulit tapi malangnya pun dah sold out T_T Sobs~ 

Dalam pada sobsobs tu pun total damage that day rm180~ Meh tengok apa i sambar oke?



Okey, Lipstick rm5 sahaja okeh!! me grab 2, 1 bagi my mum ;)
Lip balm tu 2 rm5!! Tak gile ke ko?? memang harus grab arr..
eye shadow rm15 satu~
Derma Genesis tu untuk kecikkan liang pori RM15 kot,
Loreal Perfect Clean tu ialah scrub RM5 (eh apasal aku start dari bawah ni? em xpelaa)
Toner Derma Genesis tu rm5 kot
Loreal White Perfect tu rm20 satu, i beli dua, satu nak bagi adik ipar~
haa dalam pek loreal white perfect tu, 1 kotak tu rm20 je..
Garnier eye lift tu rm10 kot
lastly, mascara serum tu rm10 je kot rasanye..
heheheh~
Eh lupe pulak, yang kaler biru tu Mizan punye, Loreal Shampu for kids perisa blueberry rm5 je.. Amboii Mizan, barang pun Loreal jugak?? Tu papa Mizan yang amik~

Agaknye kalau pergi ari Jumaat rasenye lagi banyak barang yang amik kot kan? Hihii apa-apa pun Loreal Warehouse adalah 1 tempat WAJIB pegi tetiap tahun. Leh stock up barang mekap yang sangat-sangat jarang beli. Beli setahun sekali je sebab sangat jarang pakai. Pergi kerja pun tak pakai mekap. Pakai krim muka je sebab untuk UV protect pastu tepek bedak talkum Mizan.. hehehe

Dalam banyak-banyak tu, i dah try krim muka Derma Genesis untuk kecikkan liang pori muka. Almaklumla, liang pori i besar-besar, so bila pakai tu nampak kecik sikit la (sambil tengok cermin) hihi..

Ok, enough entry warehouse kali ni, Selamat Berhujung Minggu lovelies readers & bloggers!
Much Lurve =)
me selitkan sekali gambar si buchuk my Mizan Armany!
Jom spend time with family!! 
=)


abaikan berselerak kat belakang tu, tengah lipat baju ;p



Allahhu Akbar ;)

Bye!

Thursday, March 22, 2012

Eagerly want to go HERE!!!

Mattel Warehouse Clearance Sale on 23-24 March 2012




Brands Offered
Hot Wheels
Fisher Price
Barbie
and other Mattel brands

Time
10am – 6pm (Friday)
10am – 5pm (Saturday)

Location:    1st Floor, Menara Lien Ho, Persiaran Tropicana Golf Resort, 47410 Petaling Jaya, Selangor

me nak pegi sangat sebab ade Fisher Price je! Dalam kepala nak belikan my Mizan Armany toys.
Sebab selalu tengok kat kedai bayi semua macam mahal-mahal! 
Tapi kalau tak pegi sini pun takpe je (gaji jatuh tanggal minggu depan) ;(
Takpe sebab dah survey-survey toys online! ngehngehngeh
me macam nak belikan Mizan ni

Sumthing soft toys block

or anything from my hub opinion?

Saya sangat suka semua pendapat sang suami. He's brilliant! 
bodek ade makna kaaa? Nope, it's true! =)
Suka bila dia cakap, beli ni laa.. ni camni camni camni~
which is for me, waaa betul jugak!~
Sumthing yang kadang-kadang me tak terpikir.. ;)

Ohhh u sooo completing my life *melt*

Much Lurve =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...