CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Wednesday, August 13, 2014

Cerita Raya: Cameron Highland

Assalamualaikum w.b.t :)

Saya dah warm up dengan cerita macam-macam ni nak up di blog :)

Raya kedua lepas balik dari Sabak Bernam kami terus balik rumah kat Kajang. Raya ketiga balik Sg. Buloh balik. Kitorang dah biasa buat Kajang-Sg. Buloh tu macam dekat sebelah-menyebelah je, padahal dulu time bercinta kemahin jumpa kat KL sebab tengah-tengah kan.

Raya keempat (hari khamis), saya dan family mertua ke Cameron Highland saje berjalan. Menginap di Silverstar Apartment (Crown Imperial, Brinchang) nanti saya up pasal Apartment ni ye. Tempat wajib pergi untuk saya bila ke Cameron ni, wajib singgah minum teh kat Bharat Plantation. Pilih la macam-macam aneka teh pun, minum panas-panas kat atas tu. Best sangat! Kitorang memang sengaja nak stay kat Brinchang sebab boleh jalan kaki ke Pasar malam. Kat pasar malam tu boleh la shopping macam-macam. Beli teh perisa lemon, blackcurrent & premium yang sedap sangat! 3 kotak baru RM25 ;) Jangan lupa beli madu royal. Wajib beli broccoli goreng, asparagus goreng semua sedap-sedap! Memang 2 kali me & hubs keluar ke Pasar malam, second dating tanpa Mizan Armany ;) Tido sana sejuk dia lain macam, sampai ke tulang hitam. That's why kena sediakan stokin & sweater!

Pagi esoknya kemas-kemas terus check out. Tapi sebelum tu breakfast dulu kat Medan Selera depan KFC Brinchang. Then ke Kea Farm, my MiL nak beli ubi rebus yang manis & sayur-sayur.


 pemandangan dari my balcony apartment.
Tuu..nampak dah pasar malam.
Dekat je..
Turun best laa, nak naik balik hazabbb daki bukit!!


 goreng-goreng + strawberry cicah cokelat! Nyams :)
Broccoli goreng, cendawan goreng, asparagus goreng, sotong goreng tepung!
Semua sedap =)


my lil panda ;)


 at ladang teh~


famili mertuaku :)

my cute parents in-law :)




si comelku :)
sweater dia beli malam raya kedua, gigih ke H&M Avenue K ;)




On the way turun lalu Simpang Pulai, nak ke Kedah rumah family mashitah kat Tandop :)
Cerita kat Kedah takde ye. Ni la cerita raya short holiday kami :)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...