CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, October 4, 2012

Hujung Minggu kami =)

Hee Salam Khamis! Dah hari khamis baru nak update aktiviti hari minggu yang lepas..

Apa-apa pun saya eksaited nak balik Kedah esok. Tak sabar nak jejakkan kaki ke UUM semula :) Last masa konvo degree 2009. Masa tu boleh laa naik stage sama-sama but now husband naik sorang-sorang la ye, i tengok dari jauh, tu pun kalau boleh masuk, sebab bawa si budak kecik ni bukan boleh bawa masuk dewan kan. Huhuhuu

Ahaa saya rindu makanan sana jugak! Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu A.K.A tempat berdating! ;p hihii 

Hari minggu yang lepas kitorang gi Citta Mall. Ni first time kitorang gi sana. Niat di hati nak cari kasut untuk si suami. Parking senang dan dekat! Very convenient! :) Tapi kedai-kedai shopping lot tak banyak yang bukak. Sadness. Cuma restaurant-restaurant sedap banyakkkk ada! Hehee
At first kitorang rasa, Hmm boring ahh sini jom la balik! Then jalan-jalan sekali jumpa nursing room cum play room yang sangat selesa & bersih :) time tu takde orang dalam tu, so why not kite bagi mizan main-main dulu sebelum balik, takde laa rasa sekejap sangat terus check out keluar kan. Dapatla Mizan main-main dengan happy, lama jugak rasanya dalam tu, almost an hour.



Suke nyee dia ;)




budak ni suka daki gelongsor tapi takut nak turun >_<


oooo~ his favourite


Cakkk~ ;)






ngee..~ :)


Cukup-cukupla main tu Mizan, sampai tanak balik pulak dia ni -_-
Jum cari kasut papa pulak~

ini la dia rupenye nursing room cum play room yang best tu :)

papa Mizan berjaya dapatkan kasut idaman. Seterusnya banyak lagi kasut idaman yang lagi  cantik-cantik menanti dalam waiting list ;) Sabar ye dear ^_^ 
 Sebelum masuk kereta, i tibe-tibe nampak Wondermilk!! Wuwuuu.. jum tarik tangan papa Mizan, nak masuk situuu...
cupcake yang tersangat sedap! dap dap dap. I want more!!


love! Suke sangat interior design dia :D Agree?

si budak bijak aktif kesayangan

Hari ahad pula, kami ke Puchong join rombongan meminang bagi pihak best friend suami. Kawan dari kecik A.K.A pengapit suami masa kitorang kawen. Diorang tunang 2 bulan je, bulan Disember ni Kahwin!! Hihii ni namanye JODOH! Moga Bahagia & kekal hendaknya :) i am happy!


rombongan pihak laki~ untuk memetik bunga di taman~ hiks ;p

bincang-bincang-bincang cari kata sepakat membawa berkat.

cube zoom sket budak lorat duduk sama dengan orang besar/ tua ni.. sibuk je dia kan, macam paham~ hiks



tu diaaa aihhh, cube sopan sket Mizan!! >__<


si comel anak kak yuli

ini la dia, calon nyee :)

sarung cincin tanda~





Ini jelaa cerita hari minggu yang lepas. 

Eh ade lagi muka budak chubby ni? 
Much Lurve ~ :)

Tuesday, October 2, 2012

Cameron 2012


A short getaway to Cameron Highland!! 

Tujuan ke sana adalah sebab nak bawak cousin suami daripada Indon jalan-jalan makan angin & si suami pun belum pernah jejak kaki ke situ. As for me, trip kali ni adalah kali ketiga :D Tapi saya memang sangat sukakan Cameron!! Best! 

Gerak dari Sg. Buloh hari sabtu tengahari around 11-12 camtu, husband pilih ikut jalan Tapah which is lebih dekat tapi hazaaaabbbbbbbbbbb sangat! Mau tak azab, jalan pusing-pusing & bahaya sebab selekoh tajam. Perjalanan pergi memang pening ahh. Kalau ikut jalan Simpang Pulai, jalan dia tak pening sangat (simpang siur kurang) tapi macam jauh sikit la. 

Muka manyak hepi bile nampak Cameron welcome sign. Hepi sebab lega dah sampai tapi lupa kat puncak tu pun banyak simpang siur. *Redha* Ingat dah sampai, rupenya jauhhh lagi. Dah sampai Ringlet baru lega sket, berhenti kat Cameron Bharat Tea Plantation untuk rehat, minum-minum teh ais strawberry, pudina yang segarr sambil cuci-cuci mata tengok ladang teh yang menghijau.. i loike!! ;D


I am happy!! ;) Sedap sangat! ^^

my heart!!

i love dis place 



Setel je rehat minum-minum, kitorang terus ke Brinchang, nak check in. Dari Ringlet ni akan sampai Tanah Rata dulu baru Brinchang. Check in kat Chua Gin Hotel je sebab murah + dekat ngan pasar malam ;) Dah amik kunci bilik, check-in, letak beg, rehat, kitorang teruskan jalan-jalan kat ke arah utara which is kalau kita datang dari Simpang Pulai. Jalan-jalan kat Kea Farm, gi Ladang Strawberry :)

At Strawberry Farm



Nyum nyum!

have a sweet treat which chocolate Strawberry Aiskrim & Strawberry with whipping cream
yang sangat sedap! kitorang full oredi ;)


Teruskan perjalanan gi Cactus Point. Sambar 3 pokok cactus kecik nak letak kat balcony rumah ;)


me suke bunga!! Sadly umah apartment xde tanah nak letak.
Letak kat balcony kang Mizan Armany buat main, cabut-cabut T_T

cute huh



Uncle Diki & si chubby Mizan Armany ;)

Dah penat jalan-jalan kitorang balik hotel rehat, isi tenaga untuk sambung shopping kat pasar malam pulak ;) Kat pasar malam memang shopping sayur-sayur, jagung, ohh and bunga!! bunga kat sini murah-murah ooo, memang happy i mengabihkan duit kat sini :D Tak cukup pegi sekali, malam tu pegi pasar malam second round sampai tertido si Mizan Armany dalam kerusi tolak dia.. sian anak mama.. hihii

Ohh kat sana masa kitorang sampai kol 3 lebih tak sejuk sangat. Dah malam, hujan renyai-renyai kat situ and terasa sangat sejuk! Air dalam bilik air dia toksah cakap laa, dah macam air batu! cejuk ya amat!! Water heater xde, tak berfungsi pon! Sad! Mizan Armany mandi/cebuk kena panaskan air dulu baru boleh,kalau tak melalak-lalak takmo mandi.. huhuu mama dia pasrah je mandi air ais. 




rehat & main! tu bola strawberry beli untuk si mizan armany main~

Besoknya, pagi-pagi cari breakfast, mujur kat Brinchang memang mudah nak makan sebab ade food court. Okelah makanan kat sini, sedap-sedap jugak ;)

Teruskan perjalanan gi Bee Farm sebab semalam kitorang makan madu lebah asli yang sedap kat pasar malam, terus pagi ni gi jalan-jalan tengok lebah. Eh?


tu lebah tipu!


weee...~~

tak dapat nak capture real lebah~ hee
surrounding area jelaa 

Keluar dari Bee Farm kitorang nampak sign board look up point kat Gunung Brinchang. Si suami yang memang seorang yang adventures outdoor bersemangat nak naek! Nak tengok view katanya. Memanjat la kitorang gunung yang curam dan selekoh yang tajam (ecece) sambil main-main hon takut bertembung dengan kereta depan. one way la katakan. Tapi view sepanjang jalan tu memang cantekk!! Hijau je ladang teh.

benti amik gamba ;)

paling suke gamba nie ;)





SubhanaAllah



Dah sampai look up point! First time Mizan Armany daki gunung ye, Gunung Brinchang :D




Rehat-rehat, santai-santai

Kekuasaan Ilahi

My happy boy ;D



me lurve u soo much!!


Turun je gunung ni, kitorang terus balik bilik hotel, kemas-kemas and check out!! Time to go back~ Tamat laa percutian yang sekejap kat Cameron Highland yang sangat best!! 
Balik pun ikut jalan Tapah jugak sebab nak singgah Lata Iskandar tapi masa balik suami drive slow-slow je hingga amik masa 2 jam dari Brinchang ke Lata Iskandar!


Budak ni dalam kereta dia tidur, dah sampai sini kejut-kejut dia takmo bangun sampai papa
dia amik air renjis-renjis ke muka sebab nak kejutkan dia punye pasal! Haihh

Bangun je terus eksaited tengok air!! :)

love d view :)

cejuk la papa air ni.. huhuu


Much Lurve :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...