CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, November 4, 2013

Transformasi Rambut Mizan Armany

Mizan Armany ni memang susah sangat nak potong rambut.

Tapi rambut dia cepat benor panjang. Acaner tu?

Both atuk & nenek dia memang setiap minggu jugakla pujuk dia gunting rambut. Tapi tak jalan.

Kalau bawak pi kedai gunting rambut pun dia taknak masuk.

Mak pak dia memang dah serender pasrah je rambut anak panjang.

Tapi dia kadang-kadang rimas. Yela rambut tu dah la tebal mencucuk-cucuk pulak tu. Panas lagi. Haihh..

Bapak dia pegang shaver rambut tu dia dah melalak dulu. Mak dia pening kepale.









Rambut dia takde la panjang sangat tapi rimas! Pastu dah lebih telinga rambut tepi tu. So mak dia pun cam dah gerammmm je nak gunting kan.

Satu hari masa mama dia tengah cuti baru lepas gugur aritu kan, nenek dia nak mandikan si Mizan ni, siap ambil besen supaya Mizan boleh berendam dalam tu and bawak masuk toys dalam bilik air supaya leka main la, tengah-tengah leka budak ni nenek dia gunting rambut depan. Pendek! Dah macam amoi baby doll. Senget pulak tu!! Adoii...


 .Amoi baby doll Senget.


Dah macam rambut Aishah Sinclair aku tengok.


Kelakar hokeh! Dah tu dapat gunting depan je. Belakang, tepi tak dapat. Budak ni dah lari keluar bilik air, taknak gunting lagi. Aku send gambar budak ni kat abang aku, tunjuk 'hasil kerja nenek". Dia kata nanti dia balik keje dia nak oter (alter).

Dalam kol 6 petang dia balik keje tu, timing yang sesuai adik lelaki aku balik keje jugak. So adik lelaki (acu) dukung Mizan, nenek pegang kepala, angah potongkan rambut. See, sampai 3 orang kena pegang dia ni, nampak tak kelasakan budak ni taknak potong rambut camane?? Hahahaa mama dia tukang tenangkan Mizan je supaya dia tak meronta lebih-lebih takut tergunting telinga atau luka. Mungkin sebab dia rimas rambut yang dah gunting tu jatuh kat badan so cam gatal-gatal la..atau mungkin dia fobia gunting rambut lepas? Tak tahu pulak..

So, hasil 3 orang pegang si Mizan Armany:



ok, hensem sikit. Cuma rambut depan tu still camtu takleh nak alter sebab pendek sangat.

 percubaan pakaikan dia topi kalau nak keluar rumah.
tak berjaya pun!

 dia kalau dapat naik kereta cam ni taknak balik tau.
takyah masuk duit. kalau gerak-gerak dia takut.
dasar penakut.




Dah, tu je. Much Lurve! :)

P/S: sekejap je panjang rambut budak ni. lepas ni tak tahu cmane style pulak rambut dia.

Salam Maal Hijrah & Selamat Bercuti :)

Apa plan? Hihii

Friday, November 1, 2013

My Kidz Playground, Metro Point

Kalau tercari-cari indoor playground berbayar untuk anak-anak kat Kajang kat sini tempatnya, Metro Point Kajang. Sebenarnya dah lama nak bawak Mizan main kat sini (anak sorang bolehla keluarkan belanja lebih sikit hihii), weekdays je murah RM18 untuk 2 jam. Okla, takkan sepanjang hari kau nak berkampung teman anak main sini. Masa datang sini hujung bulan 9 ritu sebab my family ke Kedah untuk majlis bertandang my cousin Shel, jadinya saya yang sememangnya cuti lama seminggu sebab turun darah/ bleeding ambil keputusan bawak Mizan datang sini main-main. Tu yang my mum bising, tak sihat patut dok umah rehat banyak-banyak tapi datang sini lagi. Tapi rasanya bukan sebab ni kot saya gugur. Dah perancangan Allah kan.

Fee kat sini tak ingat sangat, rasanya kalau weeken RM30 kot main sampai puas! Saya datang hari jumaat so tak ramai, Mizan main sorang-sorang je tapi budak ni penakut, mainan yang gerak-gerak, pusing-pusing dia tak main! Tu pun at first saya yang kena temankan dia naik gelongsor tu semua.. haihh..















Oh peringatan, kalau nak datang sini sila bawa stokin sendiri ye atau kena bayar rm3 beli stokin kat sini. As for me, masa datang sini dah bawak stokin Mizan, tak tahu pun maknye kena pakai stokin sekali! Haihh.. Much Lurve! :)

Thursday, October 31, 2013

Throwback Thursday: Wedding Shel~

Majlis Perkahwinan ni 21hb 9 aritu, seminggu lepas adik ipar kahwin tapi baru ade masa update. Jadila kan? Daripada takde langsung. Heheh, cover baik punye ye? 

Buat masa ni akan update sikit-sikit sebab banyak keje lain lagi. Kalau bosan & ade mood update datang banyak la sikit cerita & gambar akan di up. ;) Well enjoy!




she so beautiful aite~ ;)



pengantin baru jugak.. hahaa!!~


cutie pie ferris / adam

OK, tu je.. bye! Much Lurve! ;)

Wednesday, October 23, 2013

Kronologi Keguguran Kandungan Kedua

Assalamualaikum.. lama tak update.

Entry kali ni nak cerita pengalaman pertama kali keguguran.

Last tarikh period: 15/5/2013

19/8/2013: (at office) Mild sakit perut, keluar darah & sedikit air. Usia kandungan 13 minggu. Pergi Az-Zahrah untuk check. Kandungan ok, doktor bagi ubat Duphaston untuk kuatkan rahim & MC seminggu. [Jumpa MO (Medical Officer)]

20/8/2013: Pergi Klinik Kesihatan (KK) Sg. Chua buat buku merah.

** 2-3 hari lepas tu darah stop tapi still pakai pantyliner **

16/9/2013: Start keluar darah (bleeding) banyak macam period.

17/9/2013: Bangun tidur keluar darah beku besar macam hati ayam. Pergi Az-Zahrah check & dapat MC seminggu lagi. Darah masih keluar banyak (heavyflow) Pad sehari tukar 3 kali.

18/9/2013: Darah beku masih keluar bila bangun pagi. Buat scan kandungan lagi kat Klinik Ummu Salmah Bangi. Kandungan ok.

24/9/2013: Check up appointment kat Klinik Kesihatan Sg. Chua. Mengadu & bercerita kat doktor pasal darah beku semua. Doktor buat scan, baby ok & keluarkan surat refer pada pakar O&G Hospital Kajang. Terus pergi Hospital Kajang. Doktor buat speculum vagina & bagi MC seminggu.

25/9/2013: Pergi Az-Zahrah kerana darah masih keluar banyak dan tak berhenti. MO keluar surat refer pakar O&G. Set appointment untuk esok.

26/9/2013: Jumpa Doc Mashita pakar O&G Az-Zahrah. Dia scan baby ok, bagi ubat duphaston & zinnat. Set appointment untuk detail scan pada 2/10/2013 (rabu).

2/10/2013 (rabu) 2 pm: Detail scan at Az-Zahrah Bangi. Doc bagitahu air ketuban dah takde. Baby takde kantung & ruang baby sangat sempit tapi nadi baby masih ada. Doc Mashita suruh refer Hospital Serdang ASAP & warded.

Terus ke Hospital Serdang bahagian emergency PAC. Doc scan baby, masuk air, ambil darah, tekanan darah & warded. Doc terangkan baby dalam kandungan memang tak boleh survive. Peratusan gugur tinggi & dijangka.

3/10/2013 (khamis): 4 pagi nurse ambil denyutan jantung baby masih ada. 11 pagi denyutan dah takde, scan dan disahkan. Tunggu janin jatuh sendiri tapi yang keluar hanya sedikit tali panjang around 4cm terjuntai dari vagina.

4/10/2013 (jumaat) : 11 pagi doc masuk ubat (pil) kat punggung untuk sakit bersalin. 2-3 petang sakit mencucuk-cucuk. Berseorangan di katil sendiri. 3 + petang selamat lahirkan janin. Baby boy. Tinggi. Gugur pada usia kandungan 20 minggu (5bln). Less than 200gm. Pergi bilik scan untuk keluarkan tali pusat. Nurse bersihkan janin. 4.30 petang bawa janin balik Sg. Buloh untuk mandikan, kapan & tanam. 

Nurse cucuk kat punggung untuk kecutkan rahim & suruh start puasa pukul 2 pagi nanti untuk proses cuci rahim keesokan hari. Sakit perut masih terasa, mungkin kesan daripada ubat tadi.

5/10/2013 (sabtu) : Seharian berpuasa untuk proses D&C. Patutnya puasa 6 jam je tapi tak tahu bila kena panggil ke dewan bedah jadinya masih berpuasa sehingga dipanggil. Jam 8 malam siap-siap untuk ditolak masuk ke Dewan Bedah. Dalam tu sejuk sangat sampai menggigil-gigil dan diberi selimut panas. Dia bagi oksigen & ubat tidur. Masa proses D&C tu tak sedar apa-apa. Dah keluar bilik bedah baru nurse kejutkan. Ditolak balik ke bilik jam 9.45 malam. Kepala pening ya amat! Minum air sedikit dan gagahkan diri bangun ke bilik air untuk buang air kecil & tukar baju. 2 kali ke bilik air sebab tak selesa. Minum air milo kotak dan makan biskut je sebab lapar sangat seharian berpuasa. Tidur tak sedar apa-apa sampai pagi akibat kesan ubat dan keletihan.

6/10/2013 (ahad) : doctor check dan takde apa-apa lagi boleh discharge (keluar wad) harini. Alhamdulillah. Keluar wad ajak suami balik Sg. Buloh jap without abang Mizan yang tidur kat rumah atuk, lawat kubur. Insya Allah jumpe di syurga nanti anakku.


** sedikit notes from doctor, kalau nak mengandung lagi makan asid folik 3 bulan sebelum nak mengandung **

Now, saya masih berpantang tapi dah start kerja. MC from hospital 2 minggu je termasuk warded.


Tuesday, September 24, 2013

My Sis-in-Law Wedding: Majlis Yanty =)

Sedikit gambar sepanjang majlis perkahwinan adik iparku.


 Khemah VIP



 Guest Book




 Marhaban cukur jambul & akikah Ma'qill




 ummi bahira & Ma'qill


 Cousin belah suami from indon & my sis-in-law


 Mizan & abang boy from indon





 pelamin bali style



 with the bride-to-be


 Bik Lilis the make up artist ;)





 akad nikah



 cupcake yang me tempah


 with my mama =)


 our flower girl & boy ;) tapi in the end, flower girl dah tido keletihan tunggu.
Terpaksa la flower girl tua ni (me) yang temankan mizan. Huhuhuu



 Maktik & Mizan



 the pengantin~






Ok, that's all for now, will update later. Much Lurve! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...