CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Wednesday, June 4, 2014

HFMD

Assalamualaikum..

Maaf lama sangat berhibernasi. Sibuk dengan pelbagai urusan =)

Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa.

Nak cerita perihal si kesayangan yang dapat HFMD baru-baru ni. Sedih sangat!

Start dengan demam hari rabu minggu lepas 28 Mei. Pagi tu masuk ofis tengahari sebab bawak Mizan Armany gi Klinik Azzahra ambil ubat demam, selsema & antibiotik. Doktor cakap ade ulser kecik dalam mulut dia. Esok Khamis 29 Mei, ulser dah merebak dalam mulut. Si kecik start merengek crancky sebab sakit. Tak boleh makan dan minum. 



Nampak tak ulser yang besar tu? Gambar nk di ambil hari rabu. Khamis dah tak boleh bukak mulut. Asik cakap sakit je dia, pastu merengek. Kesian sangat :( Malam khamis tu masih bawak Mizan gi Klinik Azzahra, doktor hanya mampu bagi ubat spray dalam mulut tapi Mizan taknak bukak mulut pun sampai bapaknye kena paksa dia.

Jumaat me memang cuti. Dah ambil cuti awal-awal untuk hari Jumaat & Isnin. Plan nak ikut mama & abang beli barang-barang hantaran pasal esok Sabtu abang bertunang. Pagi Jumaat tu bawak Mizan gi KPJ Kajang pulak sebab bintik-bintik merah dah start timbul kat tapak kaki. Me dah suspek Mizan kena HFMD (Hand, Foot and Mouth Disease) sebab simpton-simpton sama kena kat Mizan. Doktor cakap dia kena tahan Mizan kat wad since Mizan taknak makan & minum. Bahaya takut dia dehydrate. Kalau dah start dehydrate akan effect lungs, lagi bahaya. Me dah start nak berair mata, mintak kat doktor ubat makan je dulu, nak kawal dari rumah dulu. Habis jumpa MO, singgah cafe KPJ, belikan dia aiskrim vanila yogurt, vitagen, air kotak, roti semua untuk Mizan. Dalam kereta tu dia minum vitagen & aiskrim. Nak makan roti tapi mulut dia sakit. Air liur meleleh je sepanjang hari tu.

Balik rumah suapkan dia bubur, Alhamdulillah banyak jugak dia makan. Lapar agaknya. Then dia tidur. Dalam pukul 3 lebih tu dia bangun and sesiap nak ikut nenek & angah beli barang. Pergi Publika sebab nak beli kek Wondermilk as hantaran and singgah Moo belikan Mizan aiskrim lagi sebab dalam kereta dia asik nagis sakit sakit katanya :(

  on the way back from kpj. Happy makan aiskrim.
Makan la nak, banyak-banyak pun asal terisi & berikan tenaga untuk tersenyun :)

Second ice cream of the day.
Untung Mizan, semua aiskrim mahal-mahal.

Lepas tu pitstop kat Bangsar sebab nak beli fresh flower. Sampai rumah dah 9 malam. Mizan dah taknak makan. Paksa-paksa pun dia taknak. Belikan stock vitagen je banyak-banyak. Malam tidur memang tak lena since Mizan sakit. Dia nagis malam-malam mintak susu tapi bila kita buat dia tak minum sebab sakit mulut.

Sabtu pagi tu ade appointment dengan PAED KPJ, pagi tu dia minum vitagen. Doktor cakap menda yang sama, kalau dia tak makan tak minum kena warded, masuk drip semua. Kitorang booking ward dekat Azzahra je sebab ikut bajet kad AIA. Balik tu belikan dia aiskrim & vitagen lagi. Balik rumah siap2 untuk majlis bertunang abang. Mizan macam biasa crancky, setel je petang tu family belah suami semua datang rumah bagi semangat sokongan kat Mizan minum air, nenek dia suapkan bubur. Alhamdulillah dia minum susu agak banyak pakai straw :) Jadilaa kan..

Malam tidur area kol 3 pagi dia mintak susu. Me bangun buatkan. Bagi dia minum pakai sudu. Alhamdulillah dia minum banyak =) Pagi tu dia makan aiskrim, tanda-tanda dia lebih better :) Husband suggest kitorang teruskan niat untuk bercuti kat Melaka sebab ticket Safari Wonderland dah beli lama. Dalam kol 2 petang kitorg gerak. Petang tu belikan Mizan bubur McD, Alhamdulillah habis dia makan sambil main. Siap minum coconut shake, malam naik bot pun dia dah boleh habiskan 1 air tin. Dan macam-macam air lagi dia minum :) Alhamdulillah malam tu dia tidur lena.

Pagi Isnin dia dah boleh makan nasik lemak. Tanda ulser dia dah baik :) Malam tu dia dah boleh minum susu pakai botol. =) Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Mama dah boleh tidur lena malam2.



Info yang tak seberapa: If kalian punya masalah yang sama, courage je anak-anak minum sebanyak yang boleh. Bagi je makan aiskrim sebab ulser ni panas, so kalau ade makanan sejuk2 bagi je. Cepat sikit ulser ni hilang/ kecut :) And untuk makanan, bagi yang lembut contoh bubur, puding, jelly etc.

Thanks kawan-kawan =)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...