CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, July 28, 2011

6 Cara Penjagaan Kulit Muka


more quote here

Permulaan kata bergamba yang tiada kena mengena dengan tajuk entry.. Haihh~


Kecantikan dan Wanita bagai Isi dan Kuku.. Ahaha betul tak? Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik haruslah ikut steps dibawah ni;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

Kerana kalau kulit muka tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal. Nak ke kita kelihatan tua walaupun umur baru 20-an?? Owhh nightmare nightmare!! Jadi kesimpulan disini, haruslah rajin membersihkan muka dengan sempurna, pakai pelembap dan gunakan UV protector sebelum keluar rumah okie dokie?? Haa lagi satu kalau kita tak mampu pegi facial, boleh je buat facial sendiri kat rumah. Scrub muka supaya sel-sel kulit mati tertanggal dan buangkan bintik-bintik hitam sekali!! Buatla seminggu atau dua minggu sekali. Lepas tu tepek mask dan baringlah berehat. Wahh heavan kan? 

Oklah, itu saje dulu yang boleh dikongsi. Oh ye, minggu ni ade Parenthood Expo kat Midvalley. Macam nak pegi je.. *tak sedar sedang tunggu hari*



Major Exhibit
:
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Fitness & Slimming Beauty Services


Excited sikit je ^^

P/S: ade check-up lagi hari ni, hopefully berat tak naik lagi. Kalau tak, bising nurse kat situ. Haihh~~ Baby yang kuat makan bukan saye.. ~_~'' hee

Much Lurve~

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...