CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, October 31, 2013

Throwback Thursday: Wedding Shel~

Majlis Perkahwinan ni 21hb 9 aritu, seminggu lepas adik ipar kahwin tapi baru ade masa update. Jadila kan? Daripada takde langsung. Heheh, cover baik punye ye? 

Buat masa ni akan update sikit-sikit sebab banyak keje lain lagi. Kalau bosan & ade mood update datang banyak la sikit cerita & gambar akan di up. ;) Well enjoy!




she so beautiful aite~ ;)



pengantin baru jugak.. hahaa!!~


cutie pie ferris / adam

OK, tu je.. bye! Much Lurve! ;)

Wednesday, October 23, 2013

Kronologi Keguguran Kandungan Kedua

Assalamualaikum.. lama tak update.

Entry kali ni nak cerita pengalaman pertama kali keguguran.

Last tarikh period: 15/5/2013

19/8/2013: (at office) Mild sakit perut, keluar darah & sedikit air. Usia kandungan 13 minggu. Pergi Az-Zahrah untuk check. Kandungan ok, doktor bagi ubat Duphaston untuk kuatkan rahim & MC seminggu. [Jumpa MO (Medical Officer)]

20/8/2013: Pergi Klinik Kesihatan (KK) Sg. Chua buat buku merah.

** 2-3 hari lepas tu darah stop tapi still pakai pantyliner **

16/9/2013: Start keluar darah (bleeding) banyak macam period.

17/9/2013: Bangun tidur keluar darah beku besar macam hati ayam. Pergi Az-Zahrah check & dapat MC seminggu lagi. Darah masih keluar banyak (heavyflow) Pad sehari tukar 3 kali.

18/9/2013: Darah beku masih keluar bila bangun pagi. Buat scan kandungan lagi kat Klinik Ummu Salmah Bangi. Kandungan ok.

24/9/2013: Check up appointment kat Klinik Kesihatan Sg. Chua. Mengadu & bercerita kat doktor pasal darah beku semua. Doktor buat scan, baby ok & keluarkan surat refer pada pakar O&G Hospital Kajang. Terus pergi Hospital Kajang. Doktor buat speculum vagina & bagi MC seminggu.

25/9/2013: Pergi Az-Zahrah kerana darah masih keluar banyak dan tak berhenti. MO keluar surat refer pakar O&G. Set appointment untuk esok.

26/9/2013: Jumpa Doc Mashita pakar O&G Az-Zahrah. Dia scan baby ok, bagi ubat duphaston & zinnat. Set appointment untuk detail scan pada 2/10/2013 (rabu).

2/10/2013 (rabu) 2 pm: Detail scan at Az-Zahrah Bangi. Doc bagitahu air ketuban dah takde. Baby takde kantung & ruang baby sangat sempit tapi nadi baby masih ada. Doc Mashita suruh refer Hospital Serdang ASAP & warded.

Terus ke Hospital Serdang bahagian emergency PAC. Doc scan baby, masuk air, ambil darah, tekanan darah & warded. Doc terangkan baby dalam kandungan memang tak boleh survive. Peratusan gugur tinggi & dijangka.

3/10/2013 (khamis): 4 pagi nurse ambil denyutan jantung baby masih ada. 11 pagi denyutan dah takde, scan dan disahkan. Tunggu janin jatuh sendiri tapi yang keluar hanya sedikit tali panjang around 4cm terjuntai dari vagina.

4/10/2013 (jumaat) : 11 pagi doc masuk ubat (pil) kat punggung untuk sakit bersalin. 2-3 petang sakit mencucuk-cucuk. Berseorangan di katil sendiri. 3 + petang selamat lahirkan janin. Baby boy. Tinggi. Gugur pada usia kandungan 20 minggu (5bln). Less than 200gm. Pergi bilik scan untuk keluarkan tali pusat. Nurse bersihkan janin. 4.30 petang bawa janin balik Sg. Buloh untuk mandikan, kapan & tanam. 

Nurse cucuk kat punggung untuk kecutkan rahim & suruh start puasa pukul 2 pagi nanti untuk proses cuci rahim keesokan hari. Sakit perut masih terasa, mungkin kesan daripada ubat tadi.

5/10/2013 (sabtu) : Seharian berpuasa untuk proses D&C. Patutnya puasa 6 jam je tapi tak tahu bila kena panggil ke dewan bedah jadinya masih berpuasa sehingga dipanggil. Jam 8 malam siap-siap untuk ditolak masuk ke Dewan Bedah. Dalam tu sejuk sangat sampai menggigil-gigil dan diberi selimut panas. Dia bagi oksigen & ubat tidur. Masa proses D&C tu tak sedar apa-apa. Dah keluar bilik bedah baru nurse kejutkan. Ditolak balik ke bilik jam 9.45 malam. Kepala pening ya amat! Minum air sedikit dan gagahkan diri bangun ke bilik air untuk buang air kecil & tukar baju. 2 kali ke bilik air sebab tak selesa. Minum air milo kotak dan makan biskut je sebab lapar sangat seharian berpuasa. Tidur tak sedar apa-apa sampai pagi akibat kesan ubat dan keletihan.

6/10/2013 (ahad) : doctor check dan takde apa-apa lagi boleh discharge (keluar wad) harini. Alhamdulillah. Keluar wad ajak suami balik Sg. Buloh jap without abang Mizan yang tidur kat rumah atuk, lawat kubur. Insya Allah jumpe di syurga nanti anakku.


** sedikit notes from doctor, kalau nak mengandung lagi makan asid folik 3 bulan sebelum nak mengandung **

Now, saya masih berpantang tapi dah start kerja. MC from hospital 2 minggu je termasuk warded.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...