Haiii!!!
I've been searching and found this good article about baby's development stage. Sebab perasaan ingin tahu pada peringkat umur begini apa baby kita dah pandai buat kan? ;) Jadi ada guide untuk kita sebagai ibu bapa untuk memahami perkembangan tumbesaran anak-anak mengikut keupayaan fizikal & mental mereka.
Peringkat Pertama : Mengenal pasti isyarat alam persekitaran dan orang sekeliling Mereka masih keliru tentang perubahan siang ke malam dan kadar frekunsi pendedahan bunyi yang diterima. Ketika ini mereka banyak menggunakan bantuan visual bagi melatih koordinasi mata untuk berfungsi sebaiknya. Tahukah anda bahawa, bayi anda bukannya tidur apabila hari sudah gelap, tetapi kerana isyarat deria mata menyuruhnya untuk tutup. Mereka akan mula mengenal muka anda sebagai orang yang dipercayai dan akan menangis apabila melihat sesuatu yang asing baginya.TIP: Pada peringkat ini, anda haruslah kerap menghantar isyarat melalui pandangan mata kepada anak anda. Kurangkan juga pendedahan cahaya yang melampau terhadap mereka dan banyakkan memeluk mereka bagi membuatkan mereka berasa tenang dan selesa di usia awal mereka itu.
Peringkat Kedua : Keseimbangan bagi separuh anggota badan Di bulan ketiga kelahiran, bayi anda akan mula menunjukkan keupayaan mereka untuk membalikkan badannya ataupun meniarap. Kebolehan meniarap ini adalah disebabkan oleh kematangan koordinasi mata mereka yang telah dilatih pada peringkat pertama tadi. Mereka akan menegakkan leher dan kepala untuk mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Melalui kematangan deria mata dan visual, bayi anda akan dapat mengawal kepalanya sebanyak 180 darjah pemandangan. Bayi anda membalikkan badannya agar merasa kestabilan melalui perutnya sendiri. TIP: ibu bapa haruslah mengalakkan bayinya dan membiarkan mereka untuk terus meniarap bagi menyokong tumbesaran anggota badannya terutama bagi menguatkan anggota tangan dan kaki. Keupayaan bayi anda untuk meniarap dalam jangkamasa yang lama akan memudahkan mereka untuk pergi ke peringkat seterusnya.
Peringkat Ketiga : Latihan pengukuhan dan kekuatan otot badan. Kematangan deria visual dan anggota badan mereka semakin cekap bertindakbalas. Keupayaan merangkak pada bayi anda terjadi apabila mereka telah dapat menggunakan fokus mereka pada objek yang jauh. Mereka akan mula ingin mengapai benda yang tinggi dan berusaha untuk mencari benda yang tersembunyi. TIP: Semakin banyak mereka merangkak semakin kuat otot badan mereka terbentuk.
Peringkat Keempat : Keseimbangan bagi keseluruhan anggota badan Segala keupayaan otot dan deria rangsangan bayi anda akan bergerak secara seiringan atau synchronise. Keseimbangan terhadap tarikan graviti juga telah dicapai dan kebolehan untuk mengawal anggota kaki untuk berdiri tegak dan bergerak. Keupayaan bayi anda untuk bertatih dan berjalan disebabkan oleh latihan yang cukup pada peringkat sebelumnya.TIP: Oleh itu, anda haruslah memperbanyakkan mereka untuk bergerak walaupun sekadar menendang bola. Kadangkala, pada ketika ini bayi anda akan mula sedar bahawa mereka mempunyai kaki! Ini kerana, pada awal peringkat tumbesaran mata mereka tidak dapat melihat keseluruhan badannya. Berikan perhatian dan galakkan mereka untuk berjalan dengan memberikan kepercayaan terhadap mereka. Percayalah, di saat bayi anda telah berjaya untuk berjalan, sesungguhnya itulah kejayaan yang besar bagi mereka.
Source here
My baby now dah berusia 2 bulan lebih. Lagi 3 minggu nak kena bawak ke klinik kesihatan untuk ambil suntikan 3 bulan pulak. So, ape yang sepatutnya bayi pada usia 2 bulan dah pandai buat?
Bayi mula mengenali Ibunya
Ibu adalah orang yang paling dikenal oleh bayi Ibu. Biasanya ia akan menggerakkan tangannya jika dia senang dan merasa nyaman dengan menghisap jemari jari.
~ my mizan suke hisap jari! ;) dan dia dah kenal saya! :D
Bayi mula belajar mengangkat Kepala
Bayi yang berusia 2 bulan, otot-otot tubuhnya mulai kuat. Ia mampu mengawal gerakan otot-otot seperti mengangkat kepalanya dan menopang lehernya selama beberapa saat ketika dia dalam posisi meniarap.
~masa dia baru lahir, saya perasan tulang dia dah sememangnya kuat! Mula-mula angkat dia tulang leher dia memang kuat. Tak perlu tampung lagi. I'm impress!! Wah~ Dan sekarang dia dah boleh bangun! Saya hanya tarik tangan dia aje untuk dia bangun. Tapi tak selalu laa, saje bagi dia excersize ;) [baru perasan semalam]
Berkomunikasi
Meskipun baru berusia 2 bulan belum boleh bercakap, dia masih boleh berkomunikasi. Di usia ini ia mulai mampu mengeluarkan suara dari mulut kecilnya. Suara Ibu mungkin jadi suara favoritnya. Saat ia mendengar suara Ibu , maka dia akan merespons secara natural dengan mengeluarkan suara. bayi juga akan tersenyum manis dalam memberikan reapons. Bukan lagi senyum refleks pada saat tidur, tapi senyum yang memancing respon Ibu untuk membuatnya tersenyum lebih lebar.
~ Dalam hal saya, my baby mizan akan memberikan respons dengan mengangkat kening apabila kita memanggil namanya :) dan mulutnya sangat ramah bercakap dan bercerita! (Dia dah pandai berkomunikasi! hee :)
Menemukan Tangannya
Baru mula bermain-main dengan tangannya. ~setuju!
Senyuman awalan yang sebenar
Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan,memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur. =) Bayi saya juga sudah tersenyum dan ketawa! Happy sangat! Hilang segala penat lelah berkerja dan segala yang merunsingkan hati. Benarlah, anak adalah anugerah yang tidak ternilai dari-Nya! :))
Minat berkembang terhadap design yang kompleks
Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu.
~ Erm tak perasan lagi. Besok baru nak beli mainan mizan!! Hee, i'm soo excited!! =)
Tidur bagi tempoh yang lebih panjang
Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari.
~Belum lagi. My mizan masih lagi bangun tengah malam untuk menyusu. Purata bangun adalah 2-3 kali dalam satu malam. Hmm xpe, my eye-bag look nice on me ;p
Hee enuff of that, setiap bayi adalah tidak sama dari segi perkembangan. Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.
I'm happy with what i read. Till then, Much Lurve~ :)
i leff yu~~ Mizan Armany :) |