CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, October 17, 2011

Kekurangan G6PD

At first, saya juga tidak pernah dengar penyakit yang disebutkan di atas.

Masa doktor membawa khabar duka/sedih/nestapa bersama satu pamplet kaler hijau menerangkan apa itu G6PD, me tertanya-tanya pada diri. Why it's happen to me? Orang lain kawan-kawan rata-rata takde masalah ni pun. Semangat pulang yang berkobar-kobar mati begitu je. Si suami yang juga berperasaan sama (i guess) bijak menenangkan saya. Dia cakap "sabar ye sayang, alaa 5 hari je lagi duduk hospital" padahal saya tahu dia juga sedih. Dia janji akan temankan saya. Syukur, dia ada waktu susah senang sama-sama :')

G6PD sebenarnya tidaklah seteruk mana. Cuma kita kena tahan wad selama 5 hari supaya demam kuning yang tinggi dapat rawatan segera. 

G6PD (Glucose 6 Phosphate Dihydrogenase)adalah sejenis enzim dalam sel darah merah yang berfungsi untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan. Jadi kekurangan G6PD akan menyebabkan sel darah merah mudah dimusnahkan.Kemusnahan sel darah merah pula akan menyebabkan bayi mudah mendapat kuning (jaundice). Tahap kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran. 

Ia dikesan semasa selepas bersalin, sampel darah daripada tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan saringan enzim G6PD. Elakkan anak anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuklah:
  • Kacang parang
  • Ubat-ubatan traditional seperti jamu dan ubat-ubatan senseh seperti Chuen Lin dan San Chi. Ubat-ubatan tertentu tidak boleh diambil tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat
  • Penyembur serangga dan lingkaran nyamuk yang mengandungi "pryethium"
  • Sesetengah ubat preskripsi 
  • Ibu2 yang menyusu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan yang tersenarai di atas. Ubat demam, selsema dan batuk adalah selamat dan boleh dimakan mengikut dos yang di tetapkan oleh doktor.
Sekiranya anda termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas, anak anda akan mengalami:
  • Kekuningan pada kulit atau mata dengan serta-merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
  • Tidak bermaya
  • Pucat/demam/sesak nafas...

Jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku~ Setiap kali mendapatkan rawatan/bertemu doktor, kena bagitahu anak ada G6PD.

Perlu diingatkan, seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal TETAPI, mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai. 
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.



~
Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen).
Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

source here and more source here

Segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T.

Anggaplah ini semua dugaan dan cabaran dari-Nya. Dia kan sayang hamba-hamba-Nya.

2 comments :

  1. ohh ayn.. baby kn G6PD ke.. get well soon.. take care baby ayn elok2 ehh..

    ReplyDelete
  2. haii yun :)
    yupp, mizan dia kurang G6PD.. Syukur kuning dia dah hilang :)

    thanx 4 dropping by <3 !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...