CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Tuesday, August 26, 2014

Mizan Armany 3rd Birthday Party

Assalamualaikum w.b.t

Si kesayangan Mizan Armany dah masuk 3 tahun pada 6hb 8 lepas.. Dalam tempoh seminggu tu mak pak dia sibuk beli barang nak buat beday party kecil-kecilan kat Sg. Buloh. Tema di decide last minute yang bertemakan spiderman!


with the maskot~








Pada hari kejadian:





Gambar tak banyak sebab too busy!! Hihii :)


Perkembangan my Mizan Armany:

  • Dah sebut banyak perkataan. Contoh: "mama dah mandi belomm?" Dengan nada cute terlampau! :)
  • Suka sangat tolong orang. Tolong atok buang sampah, Tolong mama kemas rumah dsb :)
  • Dah pandai mintak belikan toys. Hikhikhik
  • Rajin ajak papa solat kat surau / masjid :)
Alhamdulillah, Mizan Armany membesar sebagai anak yang soleh & mendengar kata orang tua. Penyejuk hati dan pendamai jiwa. Manja tak hilang :) Ohh and kuat berdrama! Drama feveret bila kita nak ketip kuku kaki dia punya susah!! Baru cakap nak ketip kuku kaki dia dah meraung dulu! 


Mama sayang Mizan Armany sangat! Semua sayang Mizan! Bila cakap baik aje.. tak tinggi suara.. Alhamdulillah, Terima kasih Allah berikanku zuriat yang soleh, moga mendoakan ibu bapanya kelak. Aminn







Friday, August 22, 2014

Welcome Home MH17 & Al-fatihah :'(

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat 22 August 2014, Jenazah 20 penumpang serta anak kapal selamat tiba di tanah air.

Kat ofis ni takde tv, kami tengok istiadat secara online via tonton.

Turut berasa sedih & hiba walaupun tidak kenal tapi turut terasa terkesan. :'(












All pictures credited to instagram.

This is a sad time for all of Msia Airlines. Its been a long and painful wait, hope the families will find the strength to endure the sudden loss of their love ones. Please do take a moment of silence and recite alfatihah at 10.30am while the official ceremony is being carried out at KLIA.






Thursday, August 14, 2014

Silverstar Apartment, Brinchang

Assalamualaikum w.b.t

Apartment ni dalam bangunan Crown Imperial Court. Hiasan dalaman dia memang nice. Rate dia pun acceptable la.. RM 350 untuk satu malam. Ada 3 bilik tidur, katil semua queen, ada 1 bilik tu ade katil queen + single bed lagi.

dining

living








So far okeyla, i puas hati ngan hospitality dia.. cuma bantal kepala keras.. ahaha. 

Bye!

Wednesday, August 13, 2014

Cerita Raya: Cameron Highland

Assalamualaikum w.b.t :)

Saya dah warm up dengan cerita macam-macam ni nak up di blog :)

Raya kedua lepas balik dari Sabak Bernam kami terus balik rumah kat Kajang. Raya ketiga balik Sg. Buloh balik. Kitorang dah biasa buat Kajang-Sg. Buloh tu macam dekat sebelah-menyebelah je, padahal dulu time bercinta kemahin jumpa kat KL sebab tengah-tengah kan.

Raya keempat (hari khamis), saya dan family mertua ke Cameron Highland saje berjalan. Menginap di Silverstar Apartment (Crown Imperial, Brinchang) nanti saya up pasal Apartment ni ye. Tempat wajib pergi untuk saya bila ke Cameron ni, wajib singgah minum teh kat Bharat Plantation. Pilih la macam-macam aneka teh pun, minum panas-panas kat atas tu. Best sangat! Kitorang memang sengaja nak stay kat Brinchang sebab boleh jalan kaki ke Pasar malam. Kat pasar malam tu boleh la shopping macam-macam. Beli teh perisa lemon, blackcurrent & premium yang sedap sangat! 3 kotak baru RM25 ;) Jangan lupa beli madu royal. Wajib beli broccoli goreng, asparagus goreng semua sedap-sedap! Memang 2 kali me & hubs keluar ke Pasar malam, second dating tanpa Mizan Armany ;) Tido sana sejuk dia lain macam, sampai ke tulang hitam. That's why kena sediakan stokin & sweater!

Pagi esoknya kemas-kemas terus check out. Tapi sebelum tu breakfast dulu kat Medan Selera depan KFC Brinchang. Then ke Kea Farm, my MiL nak beli ubi rebus yang manis & sayur-sayur.


 pemandangan dari my balcony apartment.
Tuu..nampak dah pasar malam.
Dekat je..
Turun best laa, nak naik balik hazabbb daki bukit!!


 goreng-goreng + strawberry cicah cokelat! Nyams :)
Broccoli goreng, cendawan goreng, asparagus goreng, sotong goreng tepung!
Semua sedap =)


my lil panda ;)


 at ladang teh~


famili mertuaku :)

my cute parents in-law :)




si comelku :)
sweater dia beli malam raya kedua, gigih ke H&M Avenue K ;)




On the way turun lalu Simpang Pulai, nak ke Kedah rumah family mashitah kat Tandop :)
Cerita kat Kedah takde ye. Ni la cerita raya short holiday kami :)

Tuesday, August 12, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

Assalamualaikum w.b.t :) 

Salam 16 Syawal =)

Semua dah cerita raya kan.

Now my turn ;)

Jumaat malam tu we olls dah balik Sg. Buloh, awal bebenor ye.. sebab sabtu & ahad si suami kena jaga kedai kat cokit. Adik beradik suami semua gerak balik kampung pasangan masing-masing sabtu tu. Dengarnya jem tersangat kan? Hiks.. Saya tolong my MiL masak pape yang patut ahad tu.. Isnin lepas solat hari raya, dah ada jiran yang datang beraya, selepas itu baru kami balik beraya di Kajang pulak belah my family. Untung kampung dekat-dekat ni kan. ;)


Sebelum balik Kajang, isi minyak dulu




 Salam ngan atok nenek yang dah susah-susah jaga Mizan bila 
mama kerja~


hugssss~~~

 raya ni Mizan tunjuk skill ambil gambar~
suka betul dia main dengan kamera.
Gambar beskal, kasut sendiri pun dia amik ;)


 my-RAYA family picture :)
takde dalam gambar, kakak sulung & adik bongsu yang keje~


 my kesayangan dunia akhirat :)


mi familia :)
kebetulan ramai tema biru tahun ni.
As for me, cari baju Mizan dulu then baru pikir baju untuk diri sendiri.


 



Raya pertama puas la ke rumah wajib maklang ampang-makteh ampang then ke kampung pandan (family belah ayah pulak). Yep, saya memang asal KL, takde kampung. Dulu-dulu mase kecik-remaja-sebelum kahwin, raya kedua kitorang dah pegi holiday. Pergila mana-mana, Langkawi ke Johor ke, utara ke.. memang dah habis pusing satu Malaysia, Alhamdulillah. Now dah kahwin takde dah berjalan holiday raya kedua :)

So raya kedua tahun ni, saya dan suami ke Sabak Bernam, pegi beraya rumah mak angkat suami. Raya kedua pun jem oi kat ijok lagi dah tak gerak-gerak. Suami ikut jalan tali air yang sebelahnya hijauuu sawah padi. Best betul mata ni tengok kehijauan. Rasa macam nak behenti tepi dan terjun dalam tu. ;)

ni masa pergi. Hujan sejuk sikit. :)
rumah mak angkat suami

self-us ;)


 hee masa nak balik tu lalu kat jalan ni lagi,
sempat berhenti sebab suami nak check air kereta.
Dapatla iolls snap picture menghijau ni ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...