Today i wanna share some info that i gain from nonaku website which are really good and helpful for me.
Habis segala tips-tips i baca and khatamkan.
As we know we MUST eat healthy food to give full and enough nutrition to the mummy and baby inside. Tapi jangan lupa dari segi rohani dan insani juga harus dititikberatkan. Banyak bertaubat dan memohon ampun di atas segala dosa2 yang telah dilakukan. Mohon ampun dan maaf kepada suami, ibu juga ibu mertua. Membaca ayat-ayat al-Quran seperti al-fatihah, ayat kursi, surah Yaasin, surah at-Taubah, Surah maryam, surah Yusuf, dan surah Luqman. Banyakkan berdoa memohon agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan zuriat yang soleh.
Saya juga dapat info mengenai adab suami-isteri. (Walaupun kita dah sedia maklum)
- Adab isteri terhadap suami ketika mengandung
1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.
- Adab suami terhadap isteri
1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selama
Adab-adab ini harus digunapakai walaupun tidak mengandung kan? InsyaAllah akan cuba menjadi yang terbaik.
Amalan-amalan ketika bersalin pula ialah semasa dah terasa sakit atau kontraksi berlaku dalam jangka masa kerap, setiap 5minit sekali dan disusuli dengan rasa sakit atau darah mengalir keluar atau air ketuban juga telah keluar haruslah segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Semasa menunggu atau "on the way" ke hospital bolehlah selawat ke atas nabi dan banyak-banyakkan berdoa juga membaca ayat Kursi.
Tanggungjawab bapa ialah dengan Mengazankan dan mengamatkan anak yang baru lahir
Tujuannya adalah untuk mengingatkan kembali perjanjian bahawa hanya akan bertuhankan Allah s.w.t. ketika di alam rohani. Ini bersesuaian dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al'Araf ayat 172 yang berbunyi
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian sari mereka sendiri, firmanNya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Mereka (roh manusia) menjawab: Benar! Kami telah menyaksikan. Nanti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan bahawa kami lalai tehadap hal ini."
o Menanam uri
o Mendoakan anak
Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t.- surah Al-Baqarah ayat 128
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Anak yang dilahirkan harus diberikan nama pada hari kelahirannya atau hari ketiga atau pada hari aqiqah atau beberapa hari selepas itu. Nama anak hendaklah dipilih dari nama-nama yang baik dan haram menggunakan nama yang mengabdi kepada sesuatu dari Allah s.w.t seperti Abdul Uzza, Abdul Kaabah dan lain-lain.
As for now, kandungan saya dah masuk minggu ke-34 dan dah mula rasa kontraksi Braxton Hicks.
Kontraksi ini dirasakan apabila otot-otot rahim menegang untuk selama 30 ke 60 saat. Ini mungkin terjadi beberapa kali dalam sejam, beberapa kali sehari. Hal ini tidak terjadi pada semua orang dan ia bukan tanda untuk bersalin. Kontraksi ini juga akan semakin lama semakin meningkat frekuensi, jangka masa dan jumlahnya. Braxton Hicks tidak dijangka and tidak menentu. Ia akan hilang (bermakna bukan kontraksi sebenar). Kontraksi bersalin sebenar biasanya lebih panjang, tetap, kerap dan sakit.
Jika rasa kurang selesa, berbaringlah. Atau jika berbaring dan rasa tidak selesa, cuba bangun dan berjalan.
Namun jika mengandung kurang 37 minggu, terdapat pengeluaran darah melalui vagina dan sakit belakang ini tanda bersalin pra matang. Perlu jumpa doktor dengan segera. Jika berlaku selepas 37 minggu, atau air ketuban telah pecah, mengalami pendarahan atau bayi kurang bergerak, perlu jumpa doktor juga. Mungkin tanda akan bersalin.
I dapat semua info ini
disini.
Thanx to my dear fren yang bagi cadangan suruh i banyakkan membaca supaya ai tak nebes mase dalam labor room nanti ;)
u can visit her blog
here
P/S: nanti ai share apape info pasal bayi lagi ;) tonight nak sapu minyak johnson baby supaya dapat mengurangkan stretch marks diperut :) Pada sesiapa yang tak tahu ape itu stretch mark. Ini adalah stretch mark ye tapi ini bukan gambar perut saya. Ini hanyalah Exhibit A. ;p
|
Exhibit A~ |
Signing off~
Much Lurve~~