CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, July 28, 2011

6 Cara Penjagaan Kulit Muka


more quote here

Permulaan kata bergamba yang tiada kena mengena dengan tajuk entry.. Haihh~


Kecantikan dan Wanita bagai Isi dan Kuku.. Ahaha betul tak? Jadi untuk mendapatkan kulit yang cantik haruslah ikut steps dibawah ni;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.

Kerana kalau kulit muka tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal. Nak ke kita kelihatan tua walaupun umur baru 20-an?? Owhh nightmare nightmare!! Jadi kesimpulan disini, haruslah rajin membersihkan muka dengan sempurna, pakai pelembap dan gunakan UV protector sebelum keluar rumah okie dokie?? Haa lagi satu kalau kita tak mampu pegi facial, boleh je buat facial sendiri kat rumah. Scrub muka supaya sel-sel kulit mati tertanggal dan buangkan bintik-bintik hitam sekali!! Buatla seminggu atau dua minggu sekali. Lepas tu tepek mask dan baringlah berehat. Wahh heavan kan? 

Oklah, itu saje dulu yang boleh dikongsi. Oh ye, minggu ni ade Parenthood Expo kat Midvalley. Macam nak pegi je.. *tak sedar sedang tunggu hari*



Major Exhibit
:
- Maternity & Children's Clothing and Accessories
- Medical Biotechnology & Management of Infertility Services
- Natural Nutrition Food for Weaning Babies & Organic Toddler Formula Products
- Diaper, Furniture and Toy Retailers
- Infant & Toddlers Safety Products
- Breastfeeding & Mommy's Groups
- Early Education Products
- Fitness & Slimming Beauty Services


Excited sikit je ^^

P/S: ade check-up lagi hari ni, hopefully berat tak naik lagi. Kalau tak, bising nurse kat situ. Haihh~~ Baby yang kuat makan bukan saye.. ~_~'' hee

Much Lurve~

Wednesday, July 27, 2011

Khas untuk bakal bapa diluar sana~ :)

Peranan suami ketika menanti kelahiran~ ;)

Isteri dah memasuki fasa terakhir kelahiran, kehidupan juga akan turut berubah. Perbualan suami isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran kan? Mencari nama anak pun dah macam satu assignment buat si bakal ibu dan ayah ni. Bagi para bakal mummy's kalau dapat keluar shopping barang bayi adalah satu keterujaan yang amat menarik sekali. ;)

Apabila sampai fasa kelahiran, bakal bapa juga harus bersiap dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama menyambut bayi apatah lagi ini adalah bayi pertama. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh si bapa?

Berikan sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. 

Kelahiran

Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :

•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian       belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.
Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini. 

•Air ketuban pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula.

Kontraksi tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin.

Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak. 
 
Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Sematkan saat-saat manis didalam kotak fikiran sebagai kenangan terindah pertama kali bergelar bapa ;)
Source here

Support ur wifey~ :)





Till then, Much Lurve~
Will update if i dah delivery okey :)


Tuesday, July 26, 2011

Adab melayan tetamu

Sekadar ingin berkongsi~


Kita seringkali datang menziarah atau melawat. Dan juga kita bakal menerima tetamu. Jadi layanan terbaik harus dipertunjukkan agar tetamu yang datang berasa seronok menerima layanan yang seadanya.

Kadang kala ada yang terlepas pandang, tidak sengaja ada tetamu yang terkecil hati tanpa sedari. Jadi mari kita berkongsi layanan yang bagaimanakah harus diberikan jika menerima tetamu dan juga adab kita sebagai tetamu.


Siapakah tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. 

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan
yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.”
Muttafaqun ‘Alaihi 
Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. 
Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;

1. Memberikan layanan yang baik Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir.

2. Menyediakan jamuan yang termampu. Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada
orang datang layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis. Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual.

Banyak kelebihan dalam melayan tetamu ni, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T. Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu. Hubungan silaturrahim bertambah erat.

Peranan sebagai tetamu:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan datang pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba je masuk tanpa dijemput tuan rumah.


4. Makan makanan yang disediakan tanpa memberi sebarang ulasan yang tidak elok.


5. Jangan tunggu didepan rumah, sebaliknya berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Hendaklah tunggu dengan sabar kerana kita tetamu.


Ucapkanlah terima kasih dengan layanan yang diberikan oleh tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang. Ada dalam melayan tetamu perlu supaya hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.




info dapat disini


jangan la over sangat sampai macam ni melayan tetamu ye~                                                                                     



Thursday, July 21, 2011

Mempercepatkan proses kelahiran?

Hai, harini saya nak berkongsi cara-cara manual / natural yang boleh dipraktikkan sendiri untuk mempercepatkan proses kelahiran ;)

• Jika anda berbaring di katil dalam bilik bersalin, bangun. Pergerakan mungkin menguatkan kontraksi dan menolong anda menanganinya.

• Berjalanlah ke tandas - pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran anda kerana ia menghalang penurunan kepala bayi anda.


Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Source here


Doa permudah bersalin


 "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".



InsyaAllah semuanya dipermudahkan oleh-Nya, disini saya ingin memohon maaf jika ada salah silap, terkecil hati sama ada sedar atau tidak. Saya hanya manusia biasa. :)  Maafkan saya ye.


Much Lurve~


Monday, July 18, 2011

I'm searching for confinement product set.

This entry Specially for Mommy to-be ;)

Saya menghadapi masalah dalam menentukan set apa yang terbaik untuk digunakan dalam tempoh berpantang.
Dingg!!



Terlalu banyak set berpantang yang ada dipasaran sekarang. Juga pasti ada kekurangan dalam produk-produk tersebut kan? Jadi untuk memudahkan saya memilih, harus rajin membaca komen2 yang pernah mencuba produk tersebut. Setelah memberatkan kepala membaca ;) produk yang ingin saya cuba untuk anak sulung ni adalah Set Bersalin Daripada Amway.

Kenapa??

Untuk Kegunaan Dalaman

Teh Herba : Membersihkan sistem


Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
• Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
• Herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
• Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
 
Arahan:- 
Ini boleh diambil mulai hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum dua kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Letak satu uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan satu sudu kecil Madu, jika mahu.

Lepas Bersalin 1: Memulih tenaga dan menggalakkan laktasi



• Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan:-
Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10 , sebaik sahaja selepas menghabiskan Teh Herba. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil di waktu pagi dan malam.

Lepas Bersalin 2: Membantu ibu baru mendapatkan semula susuk badannya

 


Membantu ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
• Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
• Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
• Merangsang rembesan susu.

Arahan:-
Untuk dimakan selama 20 hari, bermula pada hari ke-25 selepas melahirkan, sebaik sahaja menghabiskan Lepas Bersalin 1. Dua kapsul harus diambil dua kali sehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.
Untuk Kegunaan Luaran

Herba Pembersih Wanita: Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan

 


• Herba Pembersih Wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina.
• Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
• Herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Arahan:-
Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna Herba Pembersih Wanita ini dua kali sehari. 
Cara membuat larutan herba: 
• Rendam satu uncang dalam air panas 500 ml selama 10 minit atau untuk larutan yang lebih kuat didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 mint.
• Biar larutan sejuk sehingga suam sebelum menggunanya atau tuang ekstrak yang panas ke dalam besen bulat dan campurkannya dengan 1 liter air.
• Letakkan besen dalam bingkai mangkuk tandas dan duduk dalam larutan itu, rendamkan vagina.
• Setiap uncang boleh diguna dua kali.

Herba Mandian: Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula.

 


Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
• Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak perlunya dan ciri-cirinya yang merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
• Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam.
• Mandi dengan Herba Mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.

Arahan:-
Boleh diguna dari hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara menyedia:
• Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit.
• Tuang ekstrak ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
• Guna sebagai air mandian.

Campuran Peramping Perut: Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen.

 


Untuk mengetatkan bahagian perut, yang boleh menjadi menggelebeh selepas bersalin.
• Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
• Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul di kawasan perut apabila ia mengecut.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Untuk hasil yang lebih berkesan, guna bengkung. Seeloknya guna selepas mandi dan berurut.
Awas!!! Jangan guna jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.
Cara menyedia:
• Masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes.
• Sapu pes dengan sekata pada kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
• Guna bengkung untuk hasil yang lebih baik.
• Bersihkan pes selepas membuka bengkung.

Minyak Urut Herba: Menyingkirkan angin dan merehatkan badan




Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
• Pengurutan adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk menyingkirkan angin, merangsang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
• Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin. Guna dua kali sehari, seeloknya selepas mandi. Tuang minyak ke tapak tangan dan gosokkan untuk memanaskan minyak sebelum diurut pada badan.
Catatan: Elakkan minyak daripada terkena pakaian kerana tanda boleh wujud akibat warna semula jadi herba.

Campuran Penghangat Badan: Menghangatkan badan, terutamanya 
tangan dan kaki
 


• Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke
kulit.
• Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan sedikit masalah kulit seperti
ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.
 
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Guna selepas berurut dan
membengkung bahagian perut. Jika tidak berurut atau mengguna bengkung, ia boleh diguna
bila-bila masa.
 
Cara menyedia:
• Masukkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan campur agar menjadi pes.
• Sapu ke seluruh badan kecuali muka, perut dan kawasan vagina.
• Biar kering atau seeloknya selama dua hingga tiga jam sebelum membersihkannya.

Campuran Penenang: Menenang dan menyamankan dahi

 


• Dibancuh dengan herba untuk kesan yang menenang pada dahi.
• Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur
dan letih menjalani tempoh pantang dan bayi baru lahir.
 
Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari. Tampal pada dahi,
elakkan kawasan mata.
Cara menyedia:
• Masukkan satu sudu kecil air panas ke dalam satu paket serbuk dan campurkannya
menjadi pes yang pekat.
• Sapu pada dahi.
• Biarkannya sehingga kering atau seeloknya satu jam sebelum mencucinya.

Minyak Bayi: Melegakan angin dan kembung



Beri yang terbaik kepada bayi anda. Rumusan semula jadi mengguna minyak yang telah dibuktikan berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
• Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat, dan selamat diguna pada bayi.
• Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
• Membantu mengurangkan kembung di kawasan perut.
• Menyamankan kulit bayi.
• Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.

Arahan:-
Boleh diguna mulai hari ke-7 untuk bayi. Tuang minyak pada tapak tangan dan gosokkan kedua-duanya untuk memanaskan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada
perut bayi. Sapu setiap pagi dan malam selepas mandi. 

Awas!!! Elakkan minyak daripada terkena mata dan bahagian sulit bayi. Elakkan terkena pada pakaian kerana ia boleh mengotorkan akibat warna semula jadi herba.

PERCUMA BENGKUNG ISTIMEWA!!!
Dengan Pembelian Set Lepas Bersalin Tropical Herb 


Cara mengguna Bengkung Lepas Bersalin
 
Langkah 1
Gaulkan Campuran Peramping Perut Tropical Herbs hingga menjadi pes, mengikut arahan
terkandung dalam sisipan (lihat di bawah untuk panduan langkah demi langkah).

Langkah 2



Letakkan bengkung di atas katil dengan tali pengikatnya menghala ke bawah.

Langkah 3

Baring di atasnya, selarikan hujung bahagian atas bengkung agar ia terletak bawah paras
bawah buah dada dan hujung bahagian bawah untuk menutupi pinggul. Sapukan Campuran
Peramping Perut di atas abdomen dan tutup dengan sekeping kain atau sapu tangan.

Langkah 4

Balut kain bengkung di sekeliling torso (bahagian di antara paras bawah buah
dada dan peha). Pilih baris (A) atau (B) untuk disesuaikan dengan saiz anda.

Langkah 5

Mulakan dengan tali pengikat yang paling bawah, ikat bengkung dalam corak bersilang
seperti yang ditunjukkan. Pastikan tali pengikat bahagian teratas dan di tengah diikat dengan seketat mungkin untuk keberkesanan yang maksimum.

Langkah 6
Biarkan bengkung sekurang-kurangnya setengah hari untuk hasil yang terbaik.

Langkah 7
Selak bahagian bawah bengkung ke atas jika anda perlu ke bilik air.
Lengkap semuanya kan?? :)
Akan continue later. Gonna buy it first. ;)

How much? RM280.

Wednesday, July 13, 2011

I'm 36 weeks of pregnancy


Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa.
me: owhh tapi saya selepas makan terasa perot sendat sangat. Tak larat rasenya. Mungkin sebab saya makan banyak sangat, kekenyangan terlebih? Mungkin.

Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas.  
me: buat masa ni, apabila berjalan tidak mengalami masalah melainkan rasa ingin buang air kecil. Tapi tak menjadi halangan kerana saya gemar berjalan! Sighh

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)  

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. Source here

Another source-
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

My personal opinion- Bagi saya yang bekerja, badan memang penat kerana sehatian duduk sahaja di kerusi dan menyebabkan sakit belakang. Bila sampai sahaja dirumah, badan kita hanya perlukan rehat. Bila dapat baring tu rasa indah sangat. Mungkin badan kita letih kerana baby bersandar di tulang belakang (telahan sendiri). Tapi sebagai isteri kena juga kita membuat beberapa kerja rumah kan. Takpe :)

Taken from Club Nutricia- Saat ini, Ibu mungkin mulai merasa sesak nafas. Keadaan ini bisa Ibu rasakan  hingga bayi Ibu turun ke rongga pinggul Ibu. Ini biasanya terjadi sekitar usia kehamilan 36 minggu.
Rahim yang membesar menekan diafragma ( otot yang biasanya mengontrol nafas Ibu) jadi tidak banyak ruang untuk udara. Cara terbaik mengatasinya adalah beristirahat.
Nafas tersengal-sengal juga bisa menjadi tanda anaemia. Jadi, sebaiknya Ibu ke dokter untuk memastikan Ibu baik-baik saja.

TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

    * sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
    * kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
    * sakit perut, memulas
    * kerap buang air besar
    * kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
*owhh saya selalu sakit belakang. Sakit sangat pinggang ni.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.



Ada tak para bakal ibu yang waktu-waktu begini sangat rajin. Rajin membawa perut membuat kerja-kerja harian di rumah setelah pulang dari kerja? Atau mungkin saya yang malas atau tiada stamina sebab kadang-kadang terlupa makan obimin?? Saya berharap selepas kelahiran akan lebih rajin untuk menjadi super momma and super duper lovely wife ;) hehee

Notakaki: Saya berazam ingin menjadi yang terbaik setelah membaca article isteri yang cemerlang. Sila baca disini ^_^


Signing off now,
Much Lurve~

Monday, July 11, 2011

Perempuan, Female dan .....

i had a new hobby in my life. Yupp, despite from eating, i love blogwalking and reading articles to spend time in my daytime.

i read infos and peoples emotion via their blog or even twitter. And i really understand how their feel especially women. Yupp thats our way to express ourself right.. me too!

And after i read one disillusioned blog, i really hope all women/girl/ladies can live happily and spread the love to the world. Yet, we are the one who create our path/journey right? So, STOP looking back and please don't live in a sorrow sad emotion.

Mungkin dia bukan jodoh kamu sebab Allah simpan lelaki yang terbaik untuk jadi pasangan hidup kamu. Ye, that 'perfect man' mungkin belum muncul lagi tapi bersabar la dan simpan diri kamu yang terbaik untuk dia :)

Jangan kenang hal yang lepas oke? :)




kat sini saya nak kongsi satu blog yang sangat indah, super duper shall i call~

It's about doktor cinta ;)) click here


i really-really fallin in love with this blog. Trying to 'khatamkan' kalau ade masa :)
Please spread this blog. Its really useful even though she still 20's
Nak tau kenapa saya suka dengan blog ni? Sebab ade gambar-gambar comel, dan khas untuk lelaki yang ingin memahami perempuan ;)


contoh; taken from her blog (dah minta permission ye)










Jadi kepada lelaki, ketahuilah dalam istilah berkawan harus berjaga-jaga kerana hati perempuan sememangnya mudah terpikat, terdekat, terpaut dan sewaktu dengannya. Memanglah kita layan dia dengan baik tetapi harus diingat akan batas-batas pergaulan. Ingat dan sedar diri. Sekadar ingin berkongsi dengan viewers :)

Will end up my entry with picture ;)


PLEASE MOVE ON AND JANGAN KENANG CINTA LALU, will you?

Monday Life Quotes~

click for larger view

 
Most of the problems in life are
because of two reasons:

1st:
we act without thinking..

2nd:
we keep on thinking without acting..




Every friendship, every relationship, is bound to fall apart when you start keeping things to yourself.

Secrets don't destroy things...but suspicion does.. 


Its all about TRUST ;




Hehe, it's all about LIFE. We are the one who choose to be happy or sad. THINK wisely~


Notakaki: "Trust enables you to put your deepest feelings and fears in the palm of your partner's hand, knowing they will be handled with care."

- Carl S. Avery


Signing off~
Lurve u guys

Wednesday, July 6, 2011

I'm giving birth :in a month time::

While i am reading one good article about giving birth and baby, click here , i found one good jokes and like to share with you. =) It's about; Your name is..?

There was a woman who was pregnant with twins and shortly before they were due she had an accident and went into a coma. Her husband was away on business and unable to be reached. While in coma she gave birth and the only person around to name her children was her brother.

When the mother came out of her coma to find she had given birth and that her brother had named the twins, she became very worried, because he wasn’t a very clever guy. She was sure that he had named them something absurd or stupid.
When she saw her brother, she asked him about the twins.

He said: “The first one was a girl.”
The mother: “What did you name her?”
Brother: “Denise!”
The mom: “Oh, wow, that’s not bad at all! What about the second one?”
Brother: “The second one was a boy.”
The mom: “What did you name him?”
Brother: “Denephew!”


=)
Ok, what i would like to share today is What birth is like. There are 3 distinct stages of labour which are;
the contractions, next the birth, and finally delivering the placenta.

Stage 1:
By the power of your contractions and the pressure of your baby, your cervix (the opening to your womb) will start to open (dilate) to its maximum 10cm. Contractions will grow from feeling like mild period pains to being intensely painful. When your cervix is fully dilated you may go through ‘transition’, which is when you feel a huge pressure inside your bottom and an overwhelming urge to push.

Stage 2:
Once your cervix is fully dilated, your baby can pass through it and down the birth canal (your vagina). You’ll need to push very hard and follow the midwives instructions, and only push when she says so (breathe in-between) to prevent tearing. When the baby’s head reaches the outside world the midwife may say “it’s crowning” and may suggest you reach down and feel the top of the baby’s head. The head is usually the toughest bit to push out and you should get a moment’s breather before the rest of the body follows. The cord will then be clamped and usually cut.

Stage 3:
A little while after your baby is born your womb will continue contracting and naturally push the placenta out. You may have been given an injection of syntometrine just after the birth to speed this process up.

What happens next?
After he is born, your baby will have a quick check (known as the APGAR test to assess his heart rate, breathing, colour, muscle tone and reflexes). He’ll also be weighed and measured, wiped and wrapped and handed back to you. Finally the midwife will check the placenta to make sure none has been left behind, and any tear or cut in your vagina will be stitched up.

It's freak me out a bit. But for me, as Muslim; BERSERAH DAN BERTAWAKKAL kepada Yang Maha Berkuasa jelaa. Kita usaha yang termampu :)

P/S: Set my mind that LABOR PAIN IS GOOD. because our body is working really hard to do something that's incredibly important. Important part of this process is mental and emotional acceptance of this pain as good, rather than something upsetting that must be avoided.

Notakaki: tertarik dengan tagline sharifah sofia dalam blog dia; Yesterday is History, Tomorrow is Mystery but Today is a GIFT. Thats why we call it PRESENT. Nice huh :) till then, have a nice day peeps! 


"LABOR PAIN IS GOOD PAIN."
Signing off~ 
~Gonna have check up this afternoon~

bye~

Tuesday, July 5, 2011

backpackers traveller

Dengan kandungan berusia 8 bulan + or 35weeks, me berjalan sakan!! (Haks, ni kalau susah nak bersalin tak tau nak cakap pe ;p )

Our travel by car starts on friday 1st July, after muslim prayers we started our journey to pontian, Johor. Nenonenoneno, maghrib baru sampai hotel pontian (penginapan di sponser oleh pengantin lelaki, which is my hubs best fren since they are still kids hingus meleleh) ^_^ Star rate of hotel pontian shall i gave 3 stars sebab sebelah laut even though takleh mandi tapi nak komplen katil yang super duper keras tahap batu-bata tapi lena je sebab penat.

Lepas check-in, mandi-siap, konvoi ke rumah pengantin perempuan untuk acara nikah. DupdapDupdap, setel makan-makan malam yang sedap kitorang pun gerak balik hotel untuk berjalan-jalan di tepi laut tengok orang ramai memancing. At 11.30 pm, dengan kepenatan dan perut kekenyangan mari balik bilik untuk rehat tido dan tidak sedarkan diri hingga keesokan paginya.

Sabtu- 2 july~

Majlis persandingan dibuat di Dewan yang berhadapan dengan laut. Nice! Walaupun panas tapi terasa udara lembab je, tak terasa bahang sangat laa.. First time attend kenduri orang johor. Best! Makanan pun sedap-sedap! (Amboihh mentang-mentang makan untuk dua orang, semua nampak sedap je ye)

 the pelamin yang cantik~

 my escott ;) ehh no lah, hubs best pren

 air katira yang super duper sedap tak hengatt~
diorang cakap air ni hanya jual masa bulan Ramadhan je..
Alhamdulillah dapat gak merasa air yang sedap ni :))

 the pengantin~ ;)
ohh,pengantin lelaki kena tol banyak gilers..(see ade 's' menunjukkan sangat banyak, daripada makcik-makcik sampai anak-anak buah mintak duit ye bukan mintak penampar) sian pengantin lelaki cam kena dera je lagaknye, tapi dah jadi macam adat negeri johor la acara tol-tol ni. Mungkin nak memeriahkan majlis kan..

 mereka dan pengantin ;) 

saya dan laut~


Selesai je semua ni, kitorang pun heading towards to woodlands nak masuk singapore. Biase laa, payah sikit masuk singapore dengan kereta ni, macam-macam nak di check, isi borang beli autopass sume tapi alhamdulillah tak lama, ade laa setengah jam prosedur nak masuk. Mula-mula jalan-jalan je naik kereta ronda-ronda singapore tapi masing-masing dah start pening, Garmin bagi arahan lain, kitorang masuk lane lain. Sudahnye, kitorang decide nak cari tempat penginapan kat geylang serai je. Unfotunately semua dah penuh. :( sobsobs~ Cari punya carik, maghrib tu dapatlah kitorang check-in kat geylang jugak.

Lepas mandi, pengembaraan diteruskan lagi untuk mencari sesuap nasik. Ok tipu, malam tu makan chicken chop kat geylang serai kedai melayu. (saya makan tanpa was-was) Bukan apa, makanan di sini teramat susah nak cari sebabb kebanyakkan disini adalah cina dan tentulah taraf kehalalan toyyiba dia diragui. Iye, bak kut teh bersepah-sepah disini. Dah jadi macam menu wajib. Ok, tengok pada tempat la kan...

Selesai isi perut, kitorang amik MRT dan jalan-jalan di Bugis Street. Best gak, alaa tapi macam Petaling Street je jugak kat tempat kita. Kalau nak beli barang murah-murah, souvenior boleh laa.. :) Tapi masa kitorang datang pun dah pukul 9.30 mlm camtu, so tak sempat nak berjalan tempat lain area bugis street ni. Sobsob, kedai pun banyak yang dah nak tutup. huhuu oke xpe, next time nak datang lagi dok lame sket ;)



Bangunan yang unik bersama lampu-lampu~


Ok, dah sangat tired, mari balik charge bateri badan untuk hari besoknye~~


Ahad 3 July~

Naik MRT turun kat stesen Raffles Place sebab nak tengok singa berkaki duyung atau dikenali sebagai Merlion. Tempat ni wajib dilawati kalau datang Singapore.


the Merlion~ (Mermaid Lion)

I'm at Raffles Place station

Esplanade~





Perjalanan diteruskan ke Chinatown

 Haa kat sini pun best nak cari barang-barang murah. ;)



Next station~ Clarke Quay :)

 This is Clarke Quay. Tempat yang indah untuk berjalan jika anda cukup masa.
i will definitely come again one day untuk berjalan-jalan lagi disini ;)


 Sini ade extreme sport. Would you dare to try??

 Ohhh sumpah saya suka tempat ini. *drools*

 the aiskrimmm :)) nyummmyyy!! 
puas hati baby dalam perot ni dapat rase ye ;)

 the choices~ for sweet tooth like meeee~~ gimme gimme..

 ahh, totally like heaven. U must try!

 i choose a shake sebabbb BELI SATU PERCUMA SATU HOKEHHH!!
*sile jeles untuk buat saya puas hati ;) *

Lucky me sebab datang hari yang dorang buat promosi *grin*
Serious, kalau ade branch camni kat malaysia sure orang ramai dah beratur bersesak-sesak nak beli.

aiskrim shake dia sedapp.. macam2 pilihan ade.

Oke enough,sile pegi singapore untuk cube sekarang!

Dah puas hati, kite gi Orchard Road pulak ye untuk shopping!! Hahaa ;)


*Put on my WILL COME AGAIN list ;) *
Kalau datang time singapore shoppin spree sale memang akan buat kaum wanita yang gile shopping pengsan sawan berbuih~



My conclusion is, singapura adalah bandaraya unik yang gemar saman orang. Yeahh, 'Fine' country! ;)
Tapi alhamdulillah kitorang tak penah kena saman laa sebab masing-masing takut gile nak buat salah! hiks
i had nice journey here. Owh this was my first time i came to singapore.
And why i said singapore is soo unic?

 At first, i thought this building senipis kertas. Seriousss!! 
And me like jakun kejap. ahhh~~


 kerusi-kerusi kat sini pun unik-unik, macam-macam bentuk


 bangunan ni bau wangi gilerrr. Must be the smell of the flowers.


bangunan yang cantik-cantik.

Dengan masa yang singkat dan perjalanan yang tidak dirancang, hanya inilah entry yang dapat saya tulis mengenai pendapat dan pengalaman yang sedikit berada di negara orang Singapore. InsyaAllah nanti nak datang lagi, nak gi Sentosa Island pulak. Tapi bukan dimasa yang terdekat ni sebab masa dah semakin hampir untuk bersalin. Ehehee ;) 

Thanx dear, bawak saya jalan-jalan :)) ohh dengan baby sekali ;p nanti leh suruh anak baca blog mama dia, sure dia jeles nak ikut lagi sekali.. ;)

Ahh entry kali ni terlupa nak edit gamba, buh dalam frame, masukkan watermark. dah tulis-tulis baru teringat. 
-_-'' terus macam takyah la edit nanti terlupa pulak nak tulis hapa~ Sorry.. ada certain gamba tak cantik. Need to improve later.

Notakaki: bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar. Ikut suka hati je nak susun ayat camane pun. Need a comment pasal my gaya penulisan. Apadaaa english + melayu = menglish. Ikut sukaa kaw!! ;)

Signing off from tuesday~
Lots of Lurveliesss ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...