CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Wednesday, July 27, 2011

Khas untuk bakal bapa diluar sana~ :)

Peranan suami ketika menanti kelahiran~ ;)

Isteri dah memasuki fasa terakhir kelahiran, kehidupan juga akan turut berubah. Perbualan suami isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran kan? Mencari nama anak pun dah macam satu assignment buat si bakal ibu dan ayah ni. Bagi para bakal mummy's kalau dapat keluar shopping barang bayi adalah satu keterujaan yang amat menarik sekali. ;)

Apabila sampai fasa kelahiran, bakal bapa juga harus bersiap dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama menyambut bayi apatah lagi ini adalah bayi pertama. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh si bapa?

Berikan sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. 

Kelahiran

Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :

•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian       belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.
Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini. 

•Air ketuban pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula.

Kontraksi tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin.

Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak. 
 
Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Sematkan saat-saat manis didalam kotak fikiran sebagai kenangan terindah pertama kali bergelar bapa ;)
Source here

Support ur wifey~ :)





Till then, Much Lurve~
Will update if i dah delivery okey :)


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...