CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Tuesday, July 26, 2011

Adab melayan tetamu

Sekadar ingin berkongsi~


Kita seringkali datang menziarah atau melawat. Dan juga kita bakal menerima tetamu. Jadi layanan terbaik harus dipertunjukkan agar tetamu yang datang berasa seronok menerima layanan yang seadanya.

Kadang kala ada yang terlepas pandang, tidak sengaja ada tetamu yang terkecil hati tanpa sedari. Jadi mari kita berkongsi layanan yang bagaimanakah harus diberikan jika menerima tetamu dan juga adab kita sebagai tetamu.


Siapakah tetamu?

Tetamu ialah orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak. Dalam Islam adalah dituntut untuk melayan tetamu yang menghadirkan diri ke rumah kita dengan layanan yang paling baik. 

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan member layanan kepadanya. Sahabat bertanya, “Apakah layanan itu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “ Layanan istimewa selama sehari semalam, dan tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalam masa tiga hari, layanan
yang diberikan selepas tempoh itu dikira sebagai sedekah.”
Muttafaqun ‘Alaihi 
Oleh yang demikian, adalah wajib bagi umat Islam melayan tetamu yang hadir ke rumah kita. 
Ada beberapa adab dengan tetamu kita. Antaranya ialah;

1. Memberikan layanan yang baik Kita perlu menyambut tetamu dengan muka yang manis, berjabat tangan dan jangan lupa kita tanyalah khabar tetamu tu. Janganlah jadi kera sumbang pula dengan buat tidak tahu sahaja apabila tetamu hadir.

2. Menyediakan jamuan yang termampu. Jamuan, satu kemestian bagi orang-orang tua zaman dulu, jika ada
orang datang layanannya memang kelas pertama. Sama juga dalam tuntutan Islam, sediakan jamuan tapi ikutlah kemampuan kita. Jangan menjamu selera secara membazir dengan menggunakan di luar kemampuan kita, kalau air bujang sahaja yang termampu, maka sediakanlah ikut kemampuan. Nabi pesan kepada kita, hendaklah kita makan bersama-sama dengan tetamu kerana tetamu segan makan bersendirian. Jadi selaku tuan rumah janganlah biar tetamu makan seorang diri.

3. Menunjukkan muka yang manis. Ingat, jangan buat muka yang tidak disenangi oleh tetamu yang hadir. Walaupun dalam keadaan penat, maniskan muka semampu boleh agar tidak timbul fitnah di belakang kita pula. Jangan sombong dengan tetamu, pilih topic yang sesuai dengan tetamu kita. Ajak berbual.

Banyak kelebihan dalam melayan tetamu ni, antaranya kita akan lebih murah rezaki dan akan ditambah keberkatan daripada Allah S.W.T. Dengan jamuan yang diberikan sebenarnya rezeki kita itu akan dibayar berganda dengan Allah asalkan pemberian kita ikhlas. Allah juga akan memberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda kerana kesungguhan kita melayan tetamu. Hubungan silaturrahim bertambah erat.

Peranan sebagai tetamu:

1. Mengunjungi rumah kawan pada waktu yang sesuai. Elakkan datang pada waktu makan, waktu tuan rumah berehat dan jangan duduk terlalu lama sangat hingga mengganggu masa peribadi tuan rumah yang kita kunjungi.

2. Berilah salam sebelum masuk ke rumah.

3. Masuk ke rumah setelah dijemput. Jangan selamba je masuk tanpa dijemput tuan rumah.


4. Makan makanan yang disediakan tanpa memberi sebarang ulasan yang tidak elok.


5. Jangan tunggu didepan rumah, sebaliknya berdirilah di tepi pintu atau di tepi dinding berhampiran pintu. Tujuannya, mungkin tuan rumah malu dengan pakaiannya atau ada aurat yang terdedah ataupun rumah berselerak. Hendaklah tunggu dengan sabar kerana kita tetamu.


Ucapkanlah terima kasih dengan layanan yang diberikan oleh tuan rumah tersebut dan salam mereka (yang dibenarkan syarak) sebelum berangkat pulang. Ada dalam melayan tetamu perlu supaya hubungan terus harmoni. Ingat akhlak kita sebagai tetamu supaya tuan rumah tidak jelek dengan karenah kita. Islam menggesa supaya kita mengeratkan silaturrahim tapi jangan lupa dengan adabnya.




info dapat disini


jangan la over sangat sampai macam ni melayan tetamu ye~                                                                                     



No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...