CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Wednesday, July 13, 2011

I'm 36 weeks of pregnancy


Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir 6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. 

Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa.
me: owhh tapi saya selepas makan terasa perot sendat sangat. Tak larat rasenya. Mungkin sebab saya makan banyak sangat, kekenyangan terlebih? Mungkin.

Namun begitu, perjalanan anda semakin kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas.  
me: buat masa ni, apabila berjalan tidak mengalami masalah melainkan rasa ingin buang air kecil. Tapi tak menjadi halangan kerana saya gemar berjalan! Sighh

Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu ialah lewat waktu atau post-term.)  

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan. Source here

Another source-
Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Puan perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini. Puan akan berasa perut puan begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

My personal opinion- Bagi saya yang bekerja, badan memang penat kerana sehatian duduk sahaja di kerusi dan menyebabkan sakit belakang. Bila sampai sahaja dirumah, badan kita hanya perlukan rehat. Bila dapat baring tu rasa indah sangat. Mungkin badan kita letih kerana baby bersandar di tulang belakang (telahan sendiri). Tapi sebagai isteri kena juga kita membuat beberapa kerja rumah kan. Takpe :)

Taken from Club Nutricia- Saat ini, Ibu mungkin mulai merasa sesak nafas. Keadaan ini bisa Ibu rasakan  hingga bayi Ibu turun ke rongga pinggul Ibu. Ini biasanya terjadi sekitar usia kehamilan 36 minggu.
Rahim yang membesar menekan diafragma ( otot yang biasanya mengontrol nafas Ibu) jadi tidak banyak ruang untuk udara. Cara terbaik mengatasinya adalah beristirahat.
Nafas tersengal-sengal juga bisa menjadi tanda anaemia. Jadi, sebaiknya Ibu ke dokter untuk memastikan Ibu baik-baik saja.

TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

    * sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
    * kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
    * sakit perut, memulas
    * kerap buang air besar
    * kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
*owhh saya selalu sakit belakang. Sakit sangat pinggang ni.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.



Ada tak para bakal ibu yang waktu-waktu begini sangat rajin. Rajin membawa perut membuat kerja-kerja harian di rumah setelah pulang dari kerja? Atau mungkin saya yang malas atau tiada stamina sebab kadang-kadang terlupa makan obimin?? Saya berharap selepas kelahiran akan lebih rajin untuk menjadi super momma and super duper lovely wife ;) hehee

Notakaki: Saya berazam ingin menjadi yang terbaik setelah membaca article isteri yang cemerlang. Sila baca disini ^_^


Signing off now,
Much Lurve~

2 comments :

  1. owh ain... i'm so excited dear...

    ReplyDelete
  2. owhh dear, i'm wishing u all the best of luck!! chayok chayokk!! *hugs*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...