CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, October 22, 2012

Kacip Fatimah Orang Kampung~ Memang power!!

Hihii,

amboii tajuk tak beringat ye..

Sebenarnya, nak kongsi info je, sebabnya semalam i minum air kacip fatimah orang kampung, lepas minum memang bertenaga betul, kiranya balik kerja sampai-sampai rumah tak penat, siap boleh buat kerja umah macam masak, cuci kain, kemas dapur dan lain-lain la. Selalu tu kalau balik kerja sampai rumah dah malam, memang tak larat laa nak buat apa pun. Tapi rasanya macam pahit-pahit teh sikit. 

i pun wonder laa, ape khasiat lain kacip fatimah selain dari bagi tenaga: 


Herba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.

PENAWAR..kacip fatimah membantu masalah kesihatan dalaman tubuh wanita
Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.
Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.
Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.
Sumber sini juga sini


So, kepada kawan-kawan yang mana selalu ade masalah penat, letih, lesu boleh la cuba produk ni ;) 
Macam jadi duta pulak rasanya promote menda alah ni..

P/S: Sampai malam tenaga masih banyak.. Ehemm!!  Husband cakap, next time minum separuh tin je ;p Lepas ni nak buat review yang lain pulak.

Thursday, October 18, 2012

Typeless Thursday: Keep Calm~






Good one!! Nice :)

take my word~ Let's do the job. Bring it on!! ;)

ahahaa my desktop background~ nak amik mood eh?

Let's work people and be nice ;)

Salam khamis~

Monday, October 8, 2012

Kedah~Perlis & Penang Trip ;)

I'm taking leave on Friday. So, khamis malam gerak balik Sg. Buloh. Pagi-pagi subuh bertolak gi Penang. Singgah rumah adik hasben dulu hantar kerepek and other stuff. We had laksam for breakfast, Masyitah masak, sedap! Then dalam kol 11am gerak pegi UUM nak amik jubah. Dapat la solat jumaat & lunch kat UUM, kitorang memang rindu sangat dengan bakar-bakar kat cafe proton. Memang takkan dapat kat KL sini. Setel pusing-pusing dalam universiti, hilangkan rindu, kitorang jalan-jalan kat Bukit Kayu Hitam pulak. Nak gi The Zone "Free Duty". Borong cokelat yang takdela murah mane compare dengan Langkawi khen~ beli cokelat untuk hantaran tunang adik ipar nanti. 

4.30pm, straight ke Kangar untuk check-in kat Sri Mawarni Inn. Rehat & Mandi, malamnye dinner kat Kuala Perlis. Ohh ikan bakar yang sangat sedap!! Tempat makan yang wajib singgah kalau datang Perlis hokehh!! Memang puas hati. Wish nak datang dinner sini lagi. Mungkin 3-4 tahun akan datang mungkin? Hihii

Sabtu pagi, jalan-jalan beli Narita kat Padang Besar! Wah jalan sakan ye. Ahahaa i terasa seperti mak-mak beli toto ni okeh.. Ehemm memang pon u tu dah jadi mak, sayang! Mizan pun dapat patung ipin dia~ Suke bebenor anak mak dapat BFF seketul.. Dah tertunai hasrat mak sambar toto satu, dengan senyum sampai telinga we all pun balik laa ke UUM sebab hasben mak nak naik stage kol 2.30 kang~ P/S: Gambo jalan-jalan takde ye, tak memang tangan nak angkut barang-barang, mana nak capture gamba lagi. ;)

Once hasben dah masuk dewan,time ni laa mak stress nak uruskan control si Mizan Armany. Adoiilaa, dah habis sedaya upaya kudrat keringat dalam kurungan play ipong supaya dia behave dok diam dengar lagu,habis segala video i played untuk dia dengar NAMUN, agaknye dia dh boring, need a fresh air~ me pun buh dia dalam kusi tolak dia, tolak laa dia jalan-jalan. Ku sangka panas hingga ke petang, rupenya dia dah melalak nak keluar dari kusi tolak tu. Iskk budak nihh!! -_- me berenti kat skrin besar luar dewan (Ye,terjadinye insiden ni sebab kitorang takleh masuk dewan sebab ade budak kicik!) saje benti kat situ sebab nak tengok papa Mizan naik stage. Mizan ku biarkan dia tolak kerusi dia. Suka dia dapat main. 

Sebelum papa Mizan masuk dewan =)

suke je dia jalan sebelah papa dia ;)

heart melts ;)

mama, jomm!!

entering the Hall... Sob sob T_T dun leave me wif mizan armany ALONE!!~

si Mizan Armany yang ligat!!

from his view~





1001 kenangan disini ;D  i love dis place~


dah macam keluar dari AF je~


i love dis picca!! ;)
 Habis bergambar, ingat nak jalan-jalan lagi sekitar UUM, tapi si bucuk Mizan Armany dah tertidur keletihan. Sian anak mama, so kitorang just singgah cafe proton beli bakar-bakar lagi and heading to Penang, bermalam kat rumah adik hasben.

So, itula cerita si suami konvo, bini yang sakan nak ikut berjalan ;) hihii

Anyway, saya sangat suka dapat jejakkan kaki semula di sini, tempat menuntut ilmu yang sangat berjasa, such memorable place. Will always in my mind & heart~

P/S: saya sangat bangga dengan awak sayang! =)

Much Much Happiness & Love!

Thursday, October 4, 2012

Hujung Minggu kami =)

Hee Salam Khamis! Dah hari khamis baru nak update aktiviti hari minggu yang lepas..

Apa-apa pun saya eksaited nak balik Kedah esok. Tak sabar nak jejakkan kaki ke UUM semula :) Last masa konvo degree 2009. Masa tu boleh laa naik stage sama-sama but now husband naik sorang-sorang la ye, i tengok dari jauh, tu pun kalau boleh masuk, sebab bawa si budak kecik ni bukan boleh bawa masuk dewan kan. Huhuhuu

Ahaa saya rindu makanan sana jugak! Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu A.K.A tempat berdating! ;p hihii 

Hari minggu yang lepas kitorang gi Citta Mall. Ni first time kitorang gi sana. Niat di hati nak cari kasut untuk si suami. Parking senang dan dekat! Very convenient! :) Tapi kedai-kedai shopping lot tak banyak yang bukak. Sadness. Cuma restaurant-restaurant sedap banyakkkk ada! Hehee
At first kitorang rasa, Hmm boring ahh sini jom la balik! Then jalan-jalan sekali jumpa nursing room cum play room yang sangat selesa & bersih :) time tu takde orang dalam tu, so why not kite bagi mizan main-main dulu sebelum balik, takde laa rasa sekejap sangat terus check out keluar kan. Dapatla Mizan main-main dengan happy, lama jugak rasanya dalam tu, almost an hour.



Suke nyee dia ;)




budak ni suka daki gelongsor tapi takut nak turun >_<


oooo~ his favourite


Cakkk~ ;)






ngee..~ :)


Cukup-cukupla main tu Mizan, sampai tanak balik pulak dia ni -_-
Jum cari kasut papa pulak~

ini la dia rupenye nursing room cum play room yang best tu :)

papa Mizan berjaya dapatkan kasut idaman. Seterusnya banyak lagi kasut idaman yang lagi  cantik-cantik menanti dalam waiting list ;) Sabar ye dear ^_^ 
 Sebelum masuk kereta, i tibe-tibe nampak Wondermilk!! Wuwuuu.. jum tarik tangan papa Mizan, nak masuk situuu...
cupcake yang tersangat sedap! dap dap dap. I want more!!


love! Suke sangat interior design dia :D Agree?

si budak bijak aktif kesayangan

Hari ahad pula, kami ke Puchong join rombongan meminang bagi pihak best friend suami. Kawan dari kecik A.K.A pengapit suami masa kitorang kawen. Diorang tunang 2 bulan je, bulan Disember ni Kahwin!! Hihii ni namanye JODOH! Moga Bahagia & kekal hendaknya :) i am happy!


rombongan pihak laki~ untuk memetik bunga di taman~ hiks ;p

bincang-bincang-bincang cari kata sepakat membawa berkat.

cube zoom sket budak lorat duduk sama dengan orang besar/ tua ni.. sibuk je dia kan, macam paham~ hiks



tu diaaa aihhh, cube sopan sket Mizan!! >__<


si comel anak kak yuli

ini la dia, calon nyee :)

sarung cincin tanda~





Ini jelaa cerita hari minggu yang lepas. 

Eh ade lagi muka budak chubby ni? 
Much Lurve ~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...