Rasanya semua sedia maklum yang bila tiba weekend saya dan family tak lekat kat rumah. Jumaat malam atau sabtu pagi dah bertolak balik Sg. Buloh rumah family mertua. Petang atau malam hari ahad baru la terpacul di rumah sewa sendiri. Hee penat memang penat tapi dah biasa :) Ape yang best sangat di Sg. Buloh? Ohh suasana kampung yang nyaman dan mendamaikan. Yela, saya dah biasa dok di Bandar yang stress, hiruk pikuk, so sesekali duduk sini memang la rasa best. Segar je kan. TAPI yang paling seronok adalah anakanda ku yang sememangnya manja teramat dengan atok & neneknya. Tiap pagi atau petang dibelanjakan dengan aiskrim, tak penah miss. Pantang orang naik motor bunyikan loceng, laju je dia lari keluar minta aiskrim kat nenek dia.. haihhh ini budak, baru 2 tahun lebey dah pandai ye!
Lagi pun kat rumah atok nenek dia ade kolam ikan! Tak kira siang malam dia sebukk nak bagi makan ikan. Memang selalu habis stok makanan ikan atoknye. Pastu sekarang dia rajin sangat siram pokok, suka sangat main air kan!!
Haa ni la feveret dia! Bangun tido celik-celik mata je nak bagi ikan makan. Mesra hidupan laut sangat kan.. takut sangat ikan-ikan atuk dia kebuluq. Dia boleh tahan sejam dua kat luar ni, yang tak boleh tahan takde sape yang sudi teman dia main kat luar lama-lama.. haihh anak, kena gigit nyamuk sampai merah-merah kaki tangan pun dia ape pedulik..tak kisah je kan. Pastu kang dia main beskal kuning dia, takde orang tolong tolak, dia tolak dengan kaki sendiri. Sampailah kita panggil masuk,kadang dia buat tak layan je. Kena la umpan dia dengan cerita upin ipin ke, ajak mandi ke..
Ni abang-abang kakak-kakak kat kawasan kejiranan sini main dengan Mizan, rajin budak-budak ni tolak si Mizan melayan.. hihii
Petang-petang WAJIB bawak dia main kat sini, sini taman permainan baru tapi macam takde yang jaga sangat, tak ramai sangat yang datang main. Syiok la kan. Petang-petang jalan-jalan naik motor kat kawasan kampung sini memang best! Untunglaaa orang ade kampung kan? Hemohemo.
P/S: Rajin saya mengupdate lately kan? Macam-macam cerita nak diceritakan. Eh ape cerita BBW korang? :) Bye, Much lurve!
No comments :
Post a Comment