Semalam (Isnin, 28 November 2011) Wardina membangkitkan 1 isu iaitu sunatkan lah bayi lelaki anda ketika masih kecil.
Saya tertarik sebab ada anak lelaki juga!
Lalu meng-google info, maklumat yang lebih terperinci.
Info #1
Tiada satu had umur afdal untuk berkhatan. Yang penting, lelaki yang akan berkhatan SESUAI untuk prosedur itu.
Tidak dinafikan, berkhatan jika dilakukan kepada lelaki ketika dalam peringkat bayi lebih mudah dijaga ibu berbanding peringkat kanak-kanak.
Kulit kulup yang dipotong itu kecil dan luka boleh sembuh dengan cepat. Jika ada masalah, hanya sedikit, iaitu apabila kulit dipotong itu terpotong pendek atau kulit kulup melekat pada kulit mukosa penghujung zakar.
Ketika umur muda, kemungkinan kulit penutup penghujung zakar melekat (adhesion) dan menyakitkan jika dilucutkan ketika proses berkhatan.
Jika budak itu gemuk, kemungkinan kulit terpotong pendek. Jangan bimbang. Ia jarang berlaku jika dilakukan oleh doktor berpengalaman.
Umur 10 tahun ke atas sesuai untuk dikhatankan. Oleh itu, berkhatan ketika umur anak lelaki mencecah 11 atau 12 tahun, ia boleh diterima.
Berkhatan menjadi wajib apabila pembukaan penghujung kulup zakar kecil, air kencing tak mudah keluar dan membuatkan kanak-kanak terasa sakit.
Ia dikenali sebagai phimosis apabila kulit kulup tak dapat dilurutkan untuk mendedahkan penghujung zakar.
Melalui berkhatan ia akan merawat masalah ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengisytiharkan, berkhatan baik untuk lelaki daripada segi pencegahan jangkitan penyakit kelamin, HIV dan kawalan kebersihan atau higen seksual.
Info #2
From soalan & Jawapan di Islam GRID
Soalan
Assalamualalaikum,benarkah kita seharusnya sunat kan anak lelaki ketika umur 7 hari,adakah ada hadis sahih yang mengatakan sunat kan anak lelaki ketika umur 7 hari.Ada yang menyatakan sunat anak lelaki ketika umur 11 atau 12 tahun itu adat,lebih baik sunat ketika umur 7 hari kerana ia sunat
Jawapan
Waalaikumussalam wrt. wbt
Terima kasih kerana menggunakan portal ini untuk mengemukakan soalan berkaitan agama.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat beberapa hadis yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan waktu melakukan khitan antaranya;
- Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
- Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
- Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)
Terdapat juga hadith yang menceritakan khitan yang dilakukan oleh para sahabat ketika si anak mencapai usia mumaiyiz (5 – 7 tahun).
Ibnu ‘Abbas ra bahawa beliau pernah ditanya, “bagaimanakah kamu ketika Rasulullah saw meninggal dunia ?” Beliau menjawab, “Saat itu saya baru dikhitankan. Malah para sahabat tidak melakukan khitan kepada anak-anak mereka kecuali setelah mereka mengerti sesuatu.” (HR; Bukhari, Ahmad, dan Thabrani).
Hadith ini menjadi sandaran kepada mazhab Syafi'i dan Hanbali yang berpendapat khitan dilakukan ketika usia baligh kerana khitan bertujuan untuk menyempurnakan thaharah (bersuci) dalam beribadah dan ketika ini mereka mula ditaklifkan seperti solat dan kefardhuan yang lain.
Sebagai kesimpulan Imam Al-Mawardzi berkata; ”Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapata keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).
Pendapat-pendapat di atas turut disokong oleh pengamal perubatan moden yang berpendapat umur antara sehari hingga sebulan adalah yang terbaik untuk bersunat. Lebih sesuai pada hari kedua selepas bayi dilahirkan kerana dapat mengurangkan kesakitan bayi. Mereka berpendapat;
i. “Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua kerana pada usia kurang dari satu bulan, manakala kesakitan yang dirasai juga tidak sesakit berbanding umur selepas sebulan,’’
ii. Kanak-kanak lelaki berusia enam atau tujuh tahun menjadi lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan dan sukar membendung perasaan tersebut.
iii. Proses penyembuhan bagi bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja berbanding kanak-kanak yang berusia enam atau tujuh tahun.
Wallahua'lam.
Puas hati dengan apa yang dibaca. Konklusinya, Mizan akan di sunatkan pada usia 10 tahun ke atas. Agak-agak, wujud lagi tak blog ni masa Mizan 10 tahun akan datang? >_<
P/S: Nak sunatkan Mizan tapi dia dah 3 bulan lebih. Lambat betul saya dapat info ni -_-''
No comments :
Post a Comment