CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, January 26, 2012

Solid food!

25 Januari 2012, Rabu~ My lil Mizan 5 months 2 weeks

i'm a bit down gara-gara dipersoalkan apabila memberi anak saya yang ketika ini belum pun berusia 6 bulan tapi dah makan solid food. Lantas, saya membaca buku di hujung jari dan share dalam blog ni. Orang yang tanya saya tu bukan la kawan saya tapi dia lebih arif mengenai babies and food. 

Jadi para mommies di luar sana, jangan ikut macam saya ye, make sure your baby 6 bulan baru boleh bagi makan k! Macam kes saya, Mizan Armany 4 bulan lebih (lagi 2 minggu baru nak masuk 5 bulan) dah bagi makan tapi syukur sebab takde apa-apa kesan alergy dan dia kerap membuang air besar which is good kan? =)

So mommies, let enjoy reading~

Panduan Solid Food Untuk Bayi Berusia 4-6 Bulan

Memberi baby makan memang seronok lebih-lebih lagi kalau anak kita tu berselera dan banyak makan. Tapi INGAT jangan over excited lalu memberi dia makan apa saja dan pada waktu dia belum bersedia. Sebaik-baiknya anak kita diberi minum hanya susu ibu sehingga usianya 6 bulan, kemudian barulah slow-slow bagi anak itu makan solid food. Tetapi dalam kes baby tidak breastfeed secara exclusive, sudah bercampur aduk makanannya boleh lah baby itu diberi solid food seawal 4 bulan sekiranya perlu, dengan nasihat doctor.


Baby 4-6 bulan boleh makan apa?
Makanan utama adalah susu ibu atau susu formula. Solid food ni kira sampingan saja tahu. Solid food yang selamat untuk baby pada usia ini adalah:
• Bijirin – rice, barley dan oat (masak jadi bubur lah apa lagi)
• Buah-buahan – apples, pears (perlu di masak dan dilenyek) bananas and avocados (tak perlu masak just lenyek je)
• Sayur-sayuran – sweet potatos, acorn/butternut squash atau green beans (perlu dimasak dan dilenyek) 



Garam, gula serta bahan perisa lain TIDAK dibenarkan sama sekali! Baby kita masih terlalu kecil untuk makanan lain, mungkin sekarang nampak ok tapi later akan memberi kesan pada system penghadaman atau immunisasi mereka. Lagi satu, untuk mengelakkan allergy pada baby, lebih-lebih lagi kalau ada keturunan yang ada asthma, eczema atau diabetes.


Amalkan juga 4 days rule. Apakah? Maksudnya kita cube memperkenalkan satu jenis makanan saja untuk 4 hari, nampak baby ok je lepas tuh baru tukar lain. Jangan gopoh nak bagi baby makan macam-macam. 


Banyak mana boleh makan?
Nama pun baby, memang tak banyak lah bayi makan, anggaran 1 tablespoon saja. Kalau dah biasa boleh upgrade jadi 1 oz. Jangan risau kalau baby kita makan sikit saja. Buat masa sekarang memang tak perlu banyak pun kerana makanan utama masih susu ibu atau susu formula. Ambil solid food sekali sehari pun takpa, kalau perlu boleh lah ambil 2 kali sehari.




Antara sebab kenapa bayi sesuai diperkenalkan makanan pejal pada selepas bulan keenam:
  1. Mengurangkan risiko mendapat allegi dari pemakanan.
  2. Pemberian makanan selain susu ibu/susu yang sesuai untuk bayi sebelum masanya mendedahkan bayi kepada diabetes apabila dewasa nanti.
  3. Bayi akan kurang menyusu bila dah kenyang makan.
  4. Usus bayi masih belum matang.
PIC: FOODS FOR BABY (Saya jadikan ni sebagai rujukan) ;)





References:
http://wonder-wife.blogspot.com/2010/09/panduan-solid-food-untuk-baby-berusia-4.html , 
http://mysuperkids.net/makanan-pertama-bayi/ ,
http://dunia-anak-ku.blogspot.com/2010/09/solid-food-makanan-pertama-bayi.html

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...