CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Wednesday, May 25, 2011

i wanna be gorgeous, pretty and beautiful ;)

Haiii, Lega rasenye dapat siapkan kerja untuk harini, so ade mase untuk blogwalking. Bukan blogwalking untuk tau gossip2 ye meskipun saya perempuan tapi niat untuk blogwalking kali ni untuk mencari info2. Saya kagum dengan perempuan/wanita yang sangat tinggi ilmunya sebab dengan ilmu orang akan memandang tinggi kan? setuju?

Ok, info kali ini membuatkan saya juga nak berkongsi dalam blog ni sebabbb sangat memberi kesan dalam kehidupan seharian. Sebenarnya niat asal nak kelihatan cantik je tapi saya tahu nak cantik kena la cantik dalam sekali kan? i'm still want to improve dat, dan jugak dengan wuduk kite boleh jadik cantik. Hee lagi satu jangan MALAS!! ;D

Tips kecantikan dibawah ni, dipercayai dicipta oleh Aundrey Hepburn; mari kongsi bersame :

  • Supaya bibirmu kelihatan menawan, tuturkanlah kata-kata yang baik.
  • Supaya matamu cantik bersinar, lihatlah kebaikan yang ada pada orang lain.
  • Supaya bentuk badanmu langsing, kongsilah makananmu dengan mereka yang lapar.
  • Supaya rambutmu lembut mengurai, biarkanlah anak-anakmu membelainya sekali setiap hari.
  • Supaya dirimu sentiasa berkeyakinan, hiduplah dengan ilmu dan engkau tidak akan keseorangan.
  • Manusia perlu diperbaiki, diperbaharui, dipulih, ditebus, dan diselamatkan; jangan pinggirkan sesiapa.
  • Ingat, jika engkau perlukan bantuan, engkau akan menemuinya di hujung kedua-dua tanganmu.
  • Apabila engkau meningkat tua, engkau akan dapati yang engkau mempunyai dua tangan, satu untuk dirimu, satu lagi untuk membantu orang lain....
Indah kan? Nak tahu sape Audrey Hepburn? Owhh dia seorang pelakon, model dan ikon fesyen zaman 50-60an.


Hehee tajuk entry ni bukan bermakna tak bersyukur dengan apa yg dikurniakan cume ingin menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Tak salahkan ?

Cantik itu subjektif. Saya suka mereka ;)

Notakaki: "Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia. Sesungguhnya pada-Mu aku bersujud"

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...