CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Monday, May 16, 2011

Mommy to-be :D



Hey Hye!! Harini @ office bukan salah saya ngular je membaca cari info2 sebagai persediaan menjadi mummy-to-be tapi disebabkan salah MESIN FOTOSTAT yang telah habis ink hitam menyebabkan semua kerja2 tergendala. And dats why saya takde kije arini. Sekian. Syukur. Saya bukan makan gaji buta ye.

Baiklah, harini saya dok meng'google2 dan menghabiskan seharian membaca dan mencari ilmu ilmiah dan akan berkongsi dalam blog cantik berseri ini khas untuk ibu2 muda seperti saya ;) yang juga sedang menanti kelahiran anak pertama! Yupp, me suke :)

Perkara yang perlu kita tahu tentang bayi baru lahir (ececee, bunyi macam expert je kan? Padahal copy teh ais)

  1. Berapa kerapkah bayi kita patut membuang air kecil dalam masa sehari?
    Pada awal kelahiran pundi kencing bayi kita masih kosong dan ia tidak mempunyai kawalan terhadapnya. Pada kebiasaannya bagi bayi yang berusia 6 minggu, ia akan membuang air kecil 20 - 30 kali setiap 24 jam. Namun ini tidaklah bermakna kita perlu menukar lampinnya sekerap itu. Apa yang penting kita perlu pastikan lampinnya tidak terlalu basah dan tidak dibiarkan terlalu lama.

  2. Bagaimana kita boleh kenal pasti bayi telah membuang air kecil secukupnya?
    Petunjuk terbaik yang dapat membantu anda memonitor lampin bayi ialah berat lampin. Jika selama 3 jam atau lebih lampin bayi anda masih kering bererti bayi anda telah terdehidrat. Oleh itu anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor ataupun bidan yang datang membuat lawatan kesihatan.

  3. Bagaimana pula jika ada kesan darah dalam air kencing?
    Tidak mungkin ada darah dalam kandungan air kencing bayi baru lahir. Biasanya warna merah jambu atau kesan merah kelihatan disebabkan oleh garam kimia yang dipanggil urate. Ianya adalah bahan buangan biasa dalam air kencing. Sekiranya kencing bayi mengandungi darah maka ia adalah keadaan luar biasa dan serius. Anda perlu segera merujuk kepada doktor untuk menangani masalah ini.

  4. Apakah maknanya jika air kencing bayi berbau?
    Ada 3 kemungkinan besar yang menyebabkan kencing bayi berbau:
    1. Lampin dibiarkan terlalu lama.
    2. Air kencing pekat - berlaku disebabkan bayi kekurangan air dalam badan.
    3. Jangkitan pada saluran kencing bayi. Perlu rawatan segera.

  5. Berapa kerapkah pula bayi perlu membuang air besar?
    Kebiasaanya bayi baru lahir akan membuang air besar beberapa kali dalam sehari. Dalam 6 minggu pertama puratanya adalah antara 3 atau 4 kali sehari. Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya agak cair. Namun ini tidak bermakna ianya mengalami masalah cirit birit selagi bayi kelihatan sihat. Namun sesetengah ibu yang mengamalkan jamu perlu lebih prihatin kerana mungkin boleh berlaku masalah cirit birit. Penting diingatkan bahawa ada sesetengah bayi yang tidak membuang air besar dalam beberapa hari. Jika anda ada membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sejak lahir, biasanya tiada masalah.

  6. Apakah warna yang normal bagi tinja bayi yang baru lahir?
    Dalam masa 24 jam pertama hidupnya, bayi anda akan menghasilkan mekonium, bahan melekit dan berwarna hitam kehijauan, yang terdiri daripada hempedu dan mukus. Dalam tempoh 1 ke 2 hari, ia akan bertukar warna kepada coklat kehijauan - mungkin berair.

  7. Apakah bezanya tinja untuk bayi yang meminum susu ibu berbanding susu botol?
    Bayi yang meminum susu ibu biasanya tinjanya berwarna kuning keperangan atau kuning oren serta berbau seperti susu masam atau yogurt basi. Boleh juga didapati berwarna hijau terang. Manakala bayi yang meminum susu botol, biasanya tinjanya banyak. Berwarna coklat muda dan agak berbau. Ini kerana bahan buangan ini mengandungi campuran bakteria. Jika tinja berwarna hijau dan berair, ini menunjukkan bayi mengalami cirit-birit.

* Menurut pemahaman saya, tinja tu najis ye puan2 sekalian. Hihii credit to; http://mengandung.com/v5/penjagaan/perkara-yang-anda-perlu-tahu-tentang-bayi-baru-lahir.html

Sedikit info tambahan lain; (ain, nanti kalau ko pas bersalin sile re-Read semula entry ko ni balik okehh)

Bayi yang baru dilahirkan, mudah dijangkiti penyakit; antaranya
  • Penyakit Kuning - ambil RTD
  • Kembung Perut - sapu ubat Minyak Bidara
  • Batuk - minum Asmakur
  • Selsema - ambil B1




Hohoo, dah leh jadik doktor xyah sijil kan camni.. Oke, lets continue dengan barang2 persiapan bayi. *Okehh bab ni aku betul2 suke. Excited giler + memang mata shinning bling bling bile tengok baju bayi yang comel rase nak melompat. Enuff, sume orang get excited terlebih bile cakap hal ni kan..

Let's get started wif baju bayi dulu.Lengan panjang, lengan pendek. Xyah beli banyak sebab nanti mane tau ade yang murah hati nak hadiahkan ;p
~ pampers for new born
~sarung kaki/tangan
alaa, beli yg 1 set lam kotak tu je kan, complete set :) Tehee~
~selimut bayi
~napkin
~barut bayi
~tuala mandi
~beg bayi
~tikar getah
~wet tissues
~ most important things: tilam & bantal

ade lagi...
~botol susu, puting ikut siza, punting, berus botol susu (nak carik yg 1 set gak laa)
~haa, breast pump ni me not sure laa penting or tidak. carik yg murah2 je la kott..
~keperluan mandi jgn lupe; sabun, shampu, bedak, baby oil (beli yg travel set je and mesti johnson's product)
xpedihkanmata~
~ubat-ubatan seperti minyak kembung perot cam yu yi or minyak telon pon boley ;)

Oke, keperluan mummy bayi yang harus disediakan untuk dibawa ke wad bersalin:
~baju, kain batik, stokin (bwkla 2-3 pasang), tudung
~pad (prefer yg jenis biase overnight wing)
~nursing bra
~nursing pad

jamu semasa berpantang harus dibeli. Jenama ape belum di survey. Will let you all know later aite!

So far, itulah dulu yang boleh ditaipkan di sini. Nanti kalau ade mase saya hapdet lagi ye~

NOTAKAKI: just can't wait fer dis coming May 25th~

Much Lurve~

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...