CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, December 27, 2013

Big Bad Wolf 6-15 Disember 2013

Assalamualaikum...

Hee dah nak masuk 2014 baru terhegeh-hegeh update BBW ni ye. Kalau mood malas datang memang cenggini. BBW episod lepas boleh baca disini dan sini. Saya sendiri memang naik hantu kalau datang sini, buku memang meriah banyakk, murah sesangat pulak tu.

Kali ni kitorang datang awal, hari kedua buka kami serbu pagi-pagi. Time tu orang tak ramai lagi. Buku-buku pilihan serious banyak terutama untuk Mizan. Rambang mata nak pilih. Main ambil je dulu masuk kotak, dah puas pusing baru sorting yang mana tak mahu. Kendian baru bayar. Cumanya kali ni tak habis pusing, terkilan buku untuk diri sendiri tak ada. Ingat nak pergi second time tapi takde masa kelapangan. Pergi kalau bawa Mizan memang cepat penat sebab dia kadang-kadang nak mama dia dokong je. So total damage tak sampai rm50 pun. Habis rm33 sahaje. Tu pasal kalau boleh nak repeat tapi takde geng pulok..

Yang sempat grab, terfikir nape tak ambil yang 
lain lagi.. Big Nate tu untuk adik ipar.


buku koleksi Mizan yang terbaru.
To the Rescue tu dah habis lunyai sebab dia boleh tarik-tarik.
Macam kita baca kat Mizan, 
"What color is the police car?"
then tarik.. "Blue!!"
Memang best arr..
Dah koyak sebab Mizan tarik kuat-kuat T_T



Rak buku masih KIV, memang ingat nak buat mini library dalam bilik tidur. Dah terbayang sepahnya bila Mizan dah bawak keluar buku pastu sepah atas katil taknak kemas balik! Sobss..


Bye. Much lurve! =)

Friday, December 20, 2013

Another GIVEAWAY :: This is for Cik Puan Mimi A.K.A Ibu Rafif Giveaway Entry! :: =)

Assalamualaikum w.b.t =)

Perghh 2 days in a row join giveaway, apekah? Saje-saje untuk keriangan! Bersosial dalam blog ;p

Kali ni kita masuk giveaway dari Ibu Rafif. Syarat-syaratnya senang je:

1) Follow blog dia. Dah pi cepat!!

2) Buat Entry dengan meletakkan sekeping saje gambar.


Ok, ni adalah sekeping gambar yang dah dicantumkan. Boleh la kan? Boleh laa... kire Qualified la kan? Saya memang ada masalah nak pilih gambar.. Hahaha, tak ni serious..!!

Ni play area si kecilku Mizan Armany. Meja dan kerusi comel kalerful ni beli kat IKEA, supaya dia boleh improvekan motor skills dan bagi tumpuan sepenuhnya atas meja ni. Meja ni jugak sering jadi tempat Mizan buat aktiviti mewarna dan belajar ABC :) It's his favourite  place at the moment dan kalau ade mainan atau aktiviti baru antara Mizan dan mama Mizan!! 

That's all, simple je kan?  Ape lagi jom join! Tarikh tutup sampai hujung bulan Disember ni! Go check to Ibu Rafif belog now! [Link]


Bye, Much Lurve! :)

Thursday, December 19, 2013

Giveaway from baby Thaqif! :) ..:: SAYA NAK HADIAH DARI THAQIF ::.. IT'S A GIVEAWAY TIME!!



Assalamualaikum.. =)

Harini bila blogwalking nampak Ummi Thaqif buat giveaway (sila klik!) So saje-saje cuba nasib walaupun ade 2 entry masih tertunggak! Takpe-takpe, entry tu kite up besok atau minggu depan saje kan kan? Ok, ni cara-cara nak join giveaway ni:-

1) Follow blog Ummi Thaqif. - DONE!!

2) Pilih gambar dengan anak yang paling best.

Ku kasi up gambar ni




Kerana ANAK ADALAH ANUGERAH TAK TERNILAI KURNIAAN ALLAH BUAT KITA SUAMI ISTERI YANG SALING MELENGKAPI. Apabila ada anak kita tidak lagi mementingkan diri sebab anak keutamaan kita. Sebagai mama yang pergi kerja dengan jayanya (bekerjaya) bila balik rumah, rasa rindu sangat dengan anak, peluk cium dia dan spend masa dalam setengah jam ngadap dia dulu baru la makan atau buat kerja lain. ;) HARGAI ANAK KITA =)


Hoii sempat lagi buat pesanan khidmat masyarakat kaw kan~~ Terpanjang la pulak serupa karangan daa...


3) Buat entry kat blog & tepek picture Thaqif. 
Details, Nama: Mizan Armany
Umur: 2 tahun 4 bulan++
Jantina: boy!
 -DONE!

4) Bila birthday Thaqif: 25 Januari 2013, lahir kat Hospital Serdang :)

5) Tag kawan: Saya nak tag kawan saya mama cik Putri dengan ucapan, jangan sedey-sedeh!! Hihii ;)

Pastu tinggalkan link kat blog ummi thaqif yek.. Tenkiuuu ummi Thaqif =))

Ohh, giveaway ni lama lagi berjalan, tarikh tutup 14/1/2014, masih sempat! Jom join ramai-ramai!!


Much Lurve! ;)

Tuesday, December 10, 2013

Keseronokkan Kampung!

Rasanya semua sedia maklum yang bila tiba weekend saya dan family tak lekat kat rumah. Jumaat malam atau sabtu pagi dah bertolak balik Sg. Buloh rumah family mertua. Petang atau malam hari ahad baru la terpacul di rumah sewa sendiri. Hee penat memang penat tapi dah biasa :) Ape yang best sangat di Sg. Buloh? Ohh suasana kampung yang nyaman dan mendamaikan. Yela, saya dah biasa dok di Bandar yang stress, hiruk pikuk, so sesekali duduk sini memang la rasa best. Segar je kan. TAPI yang paling seronok adalah anakanda ku yang sememangnya manja teramat dengan atok & neneknya. Tiap pagi atau petang dibelanjakan dengan aiskrim, tak penah miss. Pantang orang naik motor bunyikan loceng, laju je dia lari keluar minta aiskrim kat nenek dia.. haihhh ini budak, baru 2 tahun lebey dah pandai ye!

Lagi pun kat rumah atok nenek dia ade kolam ikan! Tak kira siang malam dia sebukk nak bagi makan ikan. Memang selalu habis stok makanan ikan atoknye. Pastu sekarang dia rajin sangat siram pokok, suka sangat main air kan!!










 Haa ni la feveret dia! Bangun tido celik-celik mata je nak bagi ikan makan. Mesra hidupan laut sangat kan.. takut sangat ikan-ikan atuk dia kebuluq. Dia boleh tahan sejam dua kat luar ni, yang tak boleh tahan takde sape yang sudi teman dia main kat luar lama-lama.. haihh anak, kena gigit nyamuk sampai merah-merah kaki tangan pun dia ape pedulik..tak kisah je kan. Pastu kang dia main beskal kuning dia, takde orang tolong tolak, dia tolak dengan kaki sendiri. Sampailah kita panggil masuk,kadang dia buat tak layan je. Kena la umpan dia dengan cerita upin ipin ke, ajak mandi ke..


Ni abang-abang kakak-kakak kat kawasan kejiranan sini main dengan Mizan, rajin budak-budak ni tolak si Mizan melayan.. hihii







Petang-petang WAJIB bawak dia main kat sini, sini taman permainan baru tapi macam takde yang jaga sangat, tak ramai sangat yang datang main. Syiok la kan. Petang-petang jalan-jalan naik motor kat kawasan kampung sini memang best! Untunglaaa orang ade kampung kan? Hemohemo.


P/S: Rajin saya mengupdate lately kan? Macam-macam cerita nak diceritakan. Eh ape cerita BBW korang? :) Bye, Much lurve!

Monday, December 9, 2013

Trip to Penang with my Family in-Laws ;)

Travel in Penang kali ini hanyalah meliputi Pantai Batu Feringgi sahaja ye.

Kami ke Pulau Pinang / Penang kerana ingin melawat adik suami yang dok kat Seberang Jaya lagi pun dorang dah lama tak balik Sungai Buloh, jadinya tentulah teramat rindu dengan si mulut riuh Bahira dan nenek Sungai Buloh pun rindu amat dengan cucunya yang sorang lagi baby Ma'qill.

Lepas solat jumaat dalam pukul 3 petang kitorang gerak dengan menaiki 1 kereta je. Perjalanan Alhamdulillah lancar cuma jemmed sikit bila dah masuk Penang. Sampai dah maghrib, okla perjalanan dalam 4 jam je. 


 bahira yang coleteh


Hari sabtu pagi baru bertolak ke Batu Feringgi. Kami naik feri sebab lagi dekat rasanya.






budak kecik ni sebelum ni takut dengan laut tapi kalini rileks je siap mandi-mandi lagi dengan acu dia, mula-mula je takut tapi terbalik pulak dengan bahira yang takut lepas kena nyakat ngan abi dia..






acu yang naik paragliding (betul eh nama dia?)


Balik tu masing-masing dah kepenatan, on the balik tu singgah solat dulu pastu cari jeruk yang femes kat penang iaitu jeruk pak ali, habis memborong singgah sat perkena nasi kandar Subaidah. Kat penang memang terkenal dengan nasi kandar macam nasi kandar line clear & macam-macam lagi tapi me dan suami prefer subaidah lagi sebab kat UUM dulu ade subaidah so dah biasa la dengan nasi kandar dia :) puas hati dapat makan, hehehee

Picture Mizan & Bahira. Dua sepupu ni memang seronok habis dapat main sama-sama.
Lebih kurang je dua beradik ni. Taktau apesal Mizan panggil Bahira dengan nama "DA".
Mizan tak fasih sangat lagi bercakap, dia sebut yang hujung-hujung je.
Mamanya kadang-kadang je faham ;)


Hari ahad tolong-tolong adik ipar kemas-kemas rumah sebab dorang pun dah nak pindah dah. Tak dok situ lagi. Dalam kol 11 kitorang gerak balik lepas naikkan barang-barang dalam lori. On the way balik KL, menyinggah Cameron beli strawberry, madu & sikit sayur-sayur. Sejuknyeee la sangat dengan kabus yang tebal. Kitorang mane bawak sweater semua, dah unplanned trip ke Cameron ni, menggigil la jugak si Mizan Armany.. hihii sian dia :)

sempat lagi menyinggah.


Travel log kalini hanya dapat cover Batu Feringgi je, dengan harapan dapat ke Penang lagi and terjah tempat lain & cuba makanan lain pulak. As for Cameron memang nak pergi lagi ke sana. Dalam banyak-banyak tempat kitorang laki bini memang suka pergi Cameron. Sejukkk je.. 

P/S: Berangan nak buat buku travel sendiri ;) Bye! Much Lurve~

Saturday, December 7, 2013

Stay fit & Energetic

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai perempuan yang merupakan isteri juga seorang ibu yang berkerja tentulah perlukan tenaga extra nak buat semua kerja-kerja rumah kan? Yelah balik rumah sendiri pun dah malam. Selalunya saya sampai ke rumah my mum around 6pm, suap Mizan makan, basuh botol susu dia, mandikan dia, sendiri makan, papa mizan sampai rumah dalam kol 7 lebih gitu, dalam kol 8 mlm baru sampai rumah sewa kitorang. Time tu la nak basuh baju ke pastu malam-malam tu jugak sidai kat balcony, nak cuci pinggan mangkuk cawan, nak masak untuk suami kalau dia belum makan, mengemas apa yang perlu dikemas, lipat baju ke.. haa senarai je dah panjang berjela kan?

So lepas saya keguguran itu hari, suami belikan saya JAMU RATU DARA! Bagus supplement ni, jadikan saya bertenaga! Hihii so far ni botol yang kedua, so dah lebih kurang 2 bulan laa saya makan pil ni.



Ok, ni khasiat-khasiat dalam Jamu Ratu Dara:

  • Sangat berkesan untuk merapatkan dan menghangatkan bahagian keintiman wanita persis perawan.
  • Mengembalikan tenaga batin wanita
  • Merawat keputihan dengan sangat berkesan
  • Melancarkan perjalanan haid
  • Membantu mengatasi sengugut ketika haid
  • Membantu normalkan semula kitaran haid.
  • Membantu mengeluarkan sisa-sisa darah haid yang tidak lawas.
  • Sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan
  • Membantu mengatasi sakit urat
  • Membantu menghilangkan lesu dan letih badan.
  • Memulihkan kembali tenaga
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Membantu membuang toksin dalam badan
  • Mengecut dan menguatkan rahim bagi wanita lepas bersalin
  • Membantu memperbanyakkan air susu ibu
  • Membantu memulihkan dalaman wanita yang keguguran
  • Meningkatkan kesuburan wanita
  • Membantu mendapatkan zuriat
  • Melawaskan pembuangan air besar dan kecil
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu mencegah barah payudara dan rahim
  • Membantu mecantikkan kulit dan menjadikan muka segar kemerah-merahan
  • Seri awet muda dan melambatkan penuaan



  • Haa banyakkan khasiat dia? 60 kapsul ni untuk sebulan. I makan sebiji pagi lepas makan and 1 biji malam. Baru-baru ni i baru amalkan jus bidadari pulak. Nanti kalau ade apa-apa progress i inform sini key ;) tapi lately i sakit kepala rasa pusing-pusing je dunia ni, tak tahu apesal mungkin sebab angin tapi i try stop consume bidadari jap kalau sakit kepala lagi nak try cari ubat lain pulak.

    Friday, December 6, 2013

    Souvenior from Aussie

    Bulan lepas my elder sis balik dari Australia sebab visa 3 bulan je, so memang banyak la barang dia bawak dari sana especially chocolate! Cokelat dari sana semua sedap-sedap!! 

     gambar disnap sebelum balik Mesia. Penuh katil! hoho~


    Jom pi airport amik mummy!

    mummy & Mizan

    hasil punggah beg ;p


    ini adalah sedap!

    ni semua untuk Mizan anak buah terchentaa.. hihii tenkiu mummy!! :D


    Ohh mummy, nanti pi aussie lagi bawak balik stok banyak-banyak lagi yek.. we love u mummy. Btw, my sis ni laa yang buat kek sedap-sedap! Memang mabeles, ohsem semua ade.. Selagi mummy ade kat rumah nenek, memang happy je perut ni.. hemo hemo.. tenkiu so much mummy :)

    Thursday, December 5, 2013

    Jatuh





    Anak jantan memang camni kan? Kuat, tahan sakit tapi bila jatuh dia punya menangis, teriak.. haihh kalah anak perempuan! Hihii tapi si Mizan Armany ni memang tahan lasak sikit.


    Tengok tu sampai darah kaki, dagu, tangan semua.. tapi ni cerita 2 minggu lepas kot, now dah takde calar-calar melainkan dia balik Sungai Buloh memang merah-merah kaki tangan kena gigit dengan nyamuk.. 

    Much lurve!

    Doakan agar banjir kembali surut dan kembali pulang ke rumah. Opismet nak balik Kuala Terengganu besok, moga dia selamat pulang & kembali.

    Btw, saya berkobar-kobar nak update blog selalu. Entah perasaan yang seketika je kot. Bye!

    Jangan lupe serbu Big Bad Wolf yek! ;)

    Thursday, November 14, 2013

    Throwback Thursday: Mizan Armany & Coat

    Assalamualaikum w.b.t

    Gambar-gambar ni semua diambil sebelum majlis kahwin maktik dia, maktik Mizan siap belikan sepasang coat budak yang comel untuk jadi flower boy~ So dah beli ni kira fitting-fitting laa, tengok muat ke tidak. Hihii seb baik muat-muat je, almaklum la Mizan kan semangat sket badan dia, Alhamdulillah.. tapi nampak gaya xboleh pakai lama laa, nanti pass kat ma'qill pulak.

    Maaf atas kualiti gambar yang tak semenggah..hihii

     Love u my boy,
    pengarang jantung hati mama 
    tengok dia senyum cheeky camni je terus sejuk,
    belum lagi dengar dia panggil kita lembut-lembut =)
    Alhamdulillah, terima kasih Allah




     His signature pose for peace ;)


     aumm!! geget nak??




     my handsome boy.
    Mungkin ada hikmah Mizan belum ada rezeki nak dapat adik.
    Dia nak manja puas-puas dengan mama papa atok nenek pakcik makcik dia dulu kot.
    Yupp, Mizan memang sangat manja :)




    November 2013~ Our Mizan Armany 2 tahun 3 bulan ++ lorat, banyak akal, makin bijak, dah start susun ayat; contoh: go (gelongsor)... nak.. nakk! sambil tunjuk ke arah gelongsor (fav dia) lagi-lagi kat Taman Tasik Cempaka Bangi, memang taknak balik budak ni.. amm (makan) ashik (nasi), buh bedak, kak (buka) ju (baju), and so on.. Selalunya mama dia je yang paham dia cakap. Ade 1 malam tu dia dok cakap D go, d go.. then i cakap kat papa dia "cuba teka Mizan cakap ape" papa dia memang tak faham la, hee Mizan cakap ready go!! Alhamdulillah dah banyak jugak la improvement dia =) kalau duduk santai-santai dia suka mengira. one two three sampai la ke ten! Masih fail main nyorok-nyorok.. hahaa 

    Apa-apa pun dia la penceria hidup. Ok, Much Lurve! =)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...