CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Thursday, April 25, 2013

Pureen Stock Clearance 20-21 April 2013

Assalamualaikum w.b.t

Kitorang ni (especially mama Mizan) kalau dengar Pureen buat stock Clearance ke Warehouse Sale ke memang excited habis! Tempat macam biasa kat Summit PJ. Pukul 9 suku dah bersedia tunggu depan pintu! Hahaha, suka pergi sini sebab memang murah compare beli kat luar. Kalau beli banyak-banyak bertambah murah la ye dak? Hihii

Target kali ni nak beli toilettries dia banyak-banyak simpan buat stok. Takyah beli kat luar lagi. Baju-baju Pureen memang dah takde size Mizan. Baju untuk new born banyak laa.. Memang comel-comel habis!



 pintu gate bukak kol 9.45.
kitorang gi hari ahad, tak ramai sangat la orang. Masih boleh bernafas.
Ihiks. Tak bawak Mizan. Mizan dok kat umah atok Sg. buloh
Mama nak tolong papa angkat barang ;)


 borong puting botol susu ni banyak-banyak.
Mizan ade 4 botol susu. Puting nak kena tukar sebulan sekali kalau dah kotor
kuning-kuning. Harga luar rm4.90. Harga kat sini rm3.
rembat sampai 10pcs size L & XL.
Jimat almost rm20. Hiks ;p

Beli lagi 3 botol susu untuk simpan & tukar yang ada sekarang. Nasib baik laa Mizan jenis tak cerewet. Boleh je pakai botol susu Pureen. Hehe memang baby Pureen budak ni.





 Stok liquid cleanser. Beli sampai 10pcs refill. Hehee untuk rumah nenek kajang, nenek sg. buloh ngan untuk rumah.  Harga adalah biasa rm11. Harga kat luar taktau bape.

Pastu top-to-toe yogurt refill rm7 satu. Amik 6. Perisa Rasberi, Epal & Mangga.

Bedak 3pcs tu tak ingat bape. 

Pastu ade la belikan sikit untuk bakal anak buah yang belum lahir. Total habis dalam rm300. Sekian terima kasih! Oh ya, yang mana tak pernah pegi & nak pergi bulan 9 ni dorang akan buat lagi.  Ada lagi 5 bulan, ni sume stok selama 5 bulan la.. Hehee kitorang kan ade 3 rumah. So stok untuk 3 rumah sekali ;)



Mizan Armany main ball ngan nenek pagi-pagi pakai spek!! 


Bye! Much Luurve! =)

Wednesday, April 24, 2013

Anak anda Demam? Batuk & Selsema?

This is info Paste Entry ye. Just a short shared note ;)





Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.




Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak setiap kali die batuk. Takpe die muntah lebih baik, jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Tuesday, April 23, 2013

Weekend: Swimming in Public Pool KLCC

Assalamualaikum w.b.t =)

Catching up my entry dengan gambar basi 2 minggu lepas lagi.. Hahaha well, i'm not a full time blogger + suka suki je nak tulis entry and tepek gambar bila-bila saje ;)

Ok, setiap kali Bahira balik rumah nenek Sg. Buloh pasti kitorang akan bawak si kecik yang senang di jaga ni jalan-jalan. Kali ni bawak dia mandi mandi pulak. Mizan pastinya sangat suka sebab dia ada kawan nak main sama-sama =))


 Bawak gi mandi lagi senang nak jaga dari bagi main kat playground~


 cousins~ Teringat masa kecik-kecik pun i suka jugak mandi pool dengan cousin. :)


 Banyak Mizan belajar dengan Bahira. Salah satunya berani main dengan air. Time ni mula-mula lagi. Baru nak berjinak-jinak main kat tepi. Warm up dulu kata orang ;)




 Sorry, kualiti kamera yang malas nak edit ;p


 Haa tengok, kan dah panas enjin. Main air kat tengah-tengah pulak.


 Guling-guling dalam air ikut Bahira ;)



 Mizan & Patrick Starfish ;p




insya Allah selamat sebab tak dalam ;)


Bagus jugak bawak dorang main-main air kat sini. Next time boleh bawak lagi. Hihii

Semalam mizan mandi pool dalam bilik air je. Pool kecik, dia tak puas guling-guling. Next time kita main lagi key. 

Sabtu ahad yang lepas Mizan demam. Jadi tak bawak gi mana-mana pun. Tapi papa mama Mizan gi Pureen Stock Clearance ;p hehee



Yang ni bawak Mizan gi Az-Zaharah Bangi. Budak kecik ni memang fobia sikit jumpa doktor. Tak tahu kenapa. Doktor baru pegang telinga sikit nak amik temperature, dia dah melalak macam hapa. Iskk pastu tinggi agaknya suhu badan dia, doktor suruh masuk ubat ikut montot pastu suruh amik nebulizer sebab kahak banyak. Hmm Tuhan aje tahu camana Mizan teriak melalak. Huhuhuu :(( Alhamdulillah Isnin Mizan dah sihat sikit. Syukurrr

Monday, April 22, 2013

Alhamdulillah, Selamat Pulang ke rumah :)

Assalamualaikum w.b.t..


Hee Sebenarnya parents & abang dah balik lama dah 12hb haritu tapi belum sempat update lagi sebab minggu lepas internet kat opis ni problem memanjang. Lama pulak tu sampai 4 hari!! Sudahnya banyak laa keje tertangguh. (Eh, i kerja pakai internet jugak ye, nak bukak google map sume) ;p hihii

Okeyla, sedikit gambar untuk entry ni:

 Hari Jumaat tu i'm taking half day leave, 3pm+ gerak ke KLIA


 budak yang dapat 2 jubah as souvenior from atok nenek &
dapat unta from angah ;)


 fits him well ;)
yang kat belakang tu sesi punggah barang..hahhaa
auntybell yang ekcited terlebihhh


 dapat jubah terus buat solat syukur baca doa sume..
hihii good boy anak mama ;))



Allahu Akbar!


Hehee short entry for today. Next entry will be post tomorrow, insya Allah :)
Had a blast Monday everyone! Thank u for reading my entry n Much Lurve! =)

P/S: Tertinggal cable iphone arini. Hp xleh charge. Apapun tak boley!

Monday, April 15, 2013

Thick Art Museum at I-City

Assalamualaikum..

Hari ahad lepas-lepas kitorang adik-beradik saje pegi kreatifkan diri bergambar kat muzium 3D ni. Ni lah hasilnya: !! ;p




 Mizan yang buat "peace yooo" hahahaa


 ini cermin ;)


 tapi cermin ni entiti berbeza lak.
ada sosok anehh ape... :p


 "mari kite tolak pintu ni.. Mijan nak masuk.."



 bagi makan zirafah yang comel ni.. siann dia..


 mummy cuba menyelamatkan Mizan daripada amik telur burung helang tuu..


 no comment. Patung pintu keluar~


 berebut RM100 dengan si oktupus~


 thank u~~


 skendel~

perah jangan tak perah susu lembu tu..~


 larikkkk.. Gorillaaaaa.....



 Mizan je rileks tak nampak antu mummia ~ siap usik-usik lagi..




 love to bring my son here.
Tengok la ekspression dia.
Pandai betul! Kalah mak pak dia..
haihh 






 love dis short!! 



 Priceless!! Looks real issit?


 Helppppp~~




 catch!!


 opps..


 Splashh!!


 Tie-The-Knot with ET~


 melekat kat spiderman~
awww, u nampak buncit dalam ni.. hahahaa :-*


 our sonshine ;)


tanduk pungkok ang~ hahaa



 he's one happy boy! Alhamdulillah =)




 aunty bell nak main archery lak~



 saje extra large kan tengok mana anak panah tu pegi.. kena tak? hahaa





Ok, itu saje sepetang kami di Thick Art Museum, I-City. Nak masuk kena bayar RM5 ye. Pastu parking kalau datang lepas kol 6 petang RM10. Nak jimat datang petang-petang sikit area 4-5 camtu. Ok bye! Thanks for reading this! Much Lurve! :-*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...