CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Friday, November 9, 2012

Dating with my BFF ;)

Hai, hari ni edisi berkenalan dengan my best buddies. Kita orang kawan dah lama, since form 4 lagi. Mak bapak masing-masing pun dah kenal. Kalau keluar, tak lain tak bukan dengan mereka inilaa. Masa SPM, kan lepas satu paper ade gap, habis paper pukul 12.30, next paper kol 2ptg. So, gap masa tu kita orang lepak rumah shahida. hehehe siap datang lambat sikit lagi. Walaupun saya dan mereka berdua ni bukanlah classmate tapi kita orang selalu habiskan masa sama-sama.

Lepas habis SPM, saya dan shahida sambung form 6 tapi yan tak dapat. dia sambung kat kolej. Pun takpela jugak, weeken kalau free kita orang jumpe. Sampai la sekarang, masing-masing dah kahwin, dah ade anak, kalau lapang, kita orang set time n meet up =) tapi agak susah & jarang sikit sebab shahida tinggal kat Melaka, kena tunggu dia balik umah mak ayah dia kat Kajang.


Mum's Day Out ni set up kat Alamanda, petang-petang ahad :) Thanks sebab free kan diri luangkan masa. Sayang korang sangat. Nanti kita set time lagi k~



secret recipe~ belah kiri anak yan (firas) sebelah tu hannah anak shida =)
best preng gak nanti kot bile besar nanti..hihii

my family ;)

tak cukup korum lagi ni..hihii

my buddies ;) 



Terima Kasih kawan-kawan, kalau nak cerita pasal memory kita 7 keturunan pun tak habiskan? 
Love!

Wednesday, November 7, 2012

Garam & Cokelat; Baikkah untuk baby, toddlers & kanak-kanak??

Semua dah sedia maklum, garam harus diambil dalam kuantiti paling minimum, tapi untuk bayi adalah tidak digalakkan sama sekali. Ini adalah pendapat saya sendiri. 

Secara umumnya, garam berfungsi untuk mengawal keseimbangan cecair badan bagi memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, garam juga membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal. Kanak-kanak perlukan sangat sedikit garam dalam kehidupan seharian mereka. Terlebih mengambil garam boleh menyebabkan peningkatan risiko tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung. Walaupun semua penyakit ini lazimnya menyerang orang dewasa, ini tidak bermakna kanak-kanak terlepas daripadanya. Pengambilan garam yang berlebihan ketika kanak-kanak merupakan penyumbang peningkatan tekanan darah apabila dewasa kelak. Pada masa yang sama, kandungan garam yang tinggi juga boleh membahayakan buah pinggang. (Diambil disini)

Atas alasan ini, anda disarankan agar tidak menambah garam dalam makanan anak. Anda juga disarankan agar perhatikan label pada makanan siap proses yang anda belikan untuk mereka. Periksa kandungan garamnya. Elakkan membeli makanan yang tinggi kandungan garamnya.
Antara makanan yang perlu dihadkan pengambilannya:
  1. Sosej dan burger.
  2. Sos, kicap dan perisa tambahan.
  3. Makanan ringan.
  4. Jeruk.
  5. Makanan awet seperti ikan masin, telur masin dan budu.
  6. Makanan dalam tin. 
Kuantiti maksimum pengambilan garam berdasarkan usia:
  • 1-3 tahun (2gm sehari)
  • 4-6 tahun (3gm sehari)
  • 7-10 tahun (5gm sehari)
  • 11 tahun ke atas (6gm sehari)

Cokelat;

Kanak-kanak memang sukakan coklat. Tapi, ramai ibu bapa enggan membenarkan anak  mereka makan coklat kerana bimbangkan kesan buruknya. Betulkah coklat tidak baik untuk kesihatan? 
Ibu bapa sering dimomokkan dengan pelbagai kesan negatif yang bakal timbul jika memberi anak makan coklat. Mereka berpendapat, coklat bukan sahaja makanan yang tidak berkhasiat tetapi juga boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti dan penyakit jantung.
Tahukah anda sebenarnya coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan tubuh. Di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Ini bermakna, coklat sangat sesuai dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah.
Selain tinggi nilai tenaganya, coklat turut mengandungi anti-oksida yang dikenali sebagai flavonoid. Anti-oksida ini membantu melindungi tubuh daripada proses penuaan cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok. Flavonoid juga dapat melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon. 
Phenylethylamine yang ada dalam coklat pula dapat menenteramkan emosi dan jiwa terutama ketika dilanda kemurungan dan kerisauan. Sementara itu, karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.
Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
Coklat rosakkan gigi
Tanggapan yang mengatakan bahawa coklat boleh merosakkan gigi kanak-kanak perlu disangkal. Kerosakan gigi berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya ialah hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan menyebabkan hakisan ini.
Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan  asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasein di dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Kasein juga membantu pertumbuhan gigi. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam coklat mudah cair di dalam mulut. Hasilnya, coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut seterusnya menghalang pertumbuhan plak. Walau bagaimanapun, selepas memakan coklat, galakkanlah anak anda menggosok gigi. 
Coklat juga bukanlah makanan yang boleh menggemukkan. Punca gemuk atau obesiti adalah makan berlebihan. Makan secara sederhana dan diiringi dengan senaman boleh mengelakkan berat badan yang ideal.
Dalam hal berkaitan masalah sakit jantung, coklat bukan puncanya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksida yang dikenali sebagai fenol yang boleh mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Kajian terkini juga menunjukkan bahawa lemak koko mengandungi 38.2% asid oleik (asid lemak tidak tepu) berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Sementara, asid stearik iaitu asid lemak tepu yang ada dalam mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi sebarang kesan pada kolesterol darah. Kenyataan ini membuktikan pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung. Sumber sini

Perghh, nak ferrero rocher je ;)


Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Jangan malas untuk mencari ilmu dan membaca! :)

kesayangan hati saya! =)
Much Lurve! 

October Stories~

Wrap up bulk pictures from berry n apple phones~ The October version stories ;)

Berry~

tissue paper ;)


me n my Mizan

jalan-jalan ikut atok ;)

On our way to Kedah, papa Mizan Convo~

lapar, breakfast makan biskut ;)


benti jap kat RnR Sg. Perak~



Apple Version~

Kedah darul Aman

"waiting.."

bunga yang tak siap~

pengarang hati jantung limpa semua sekali laa!~ ;)









he's my bear!! =)

Dinner wif family celebrate birthday mama~ dah update dalam entry sebelum ni ye..

my 2nd Wedding Anniversary, mungkin tahun depan kita celebrate besar-besar sikit kot, love?
hihii
Okey, ni wrap out ape yang jadi bulan 10 lepas, husband convo, balik sg. buloh on weekend as usual, my mum birthday and my wedding Anniversary. Banyak fulus pakai, so bersederhana jela ;)


Bulan November ni, my sonshine Mizan Armany dah 1 tahun 3 bulan / 15 months. Alhamdulillah dia dah pandai jalan, walaupun tangan ke depan as antenna (tu yang i panggil) hee

Dia masih lagi dalam tempoh menstabilkan badan & mengawal kaki. Tapi so far petang semalam bagi dia jalan sendiri dah kurang jatuh la. Petang semalam appointment dengan klinik kesihatan, nurse bagi dia ubat cacing. Dah bagi dia makan petang semalam setengah botol, lagi setengah botol nurse suruh buang. Me bagi dia makan aiskrim sikit jugak as a treat ;)  

Ohh berat badan dia dah 11kg! Dah takyah buka baju, bukak pampers nak timbang berat lagi, suro dia berdiri sendiri je :p Okey, nak selitkan sekali video Mizan berjalan dalam rumah.. hehehee enjoyy!!

P/S: Minggu ni adik ipar i tunang, nanti me update & amik gambar banyak-banyak (InsyaAllah) kalau menang tangan yerk ;) Bye! & Much Lurve~





Monday, November 5, 2012

Dinner wif ma familia 27 October 2012~

Tengok tajuk post tahu dah entry lama kannn..entry tertunggak, tapi takpela at least me update kan. Mood pagi isnin masih belum tercemar lagi.. hehe

Dinner ni sempena my mum birthday yang ke-54 tapi still nampak muda. Ehemm puji diri my mum, ape salahnye.. hihii. Venue: Bambu Palace, Hulu Kelang.

Edisi mari berkenalan dengan keluarga saya! =)

Sampai-sampai je si Mizan Armany tengah tido. Angkat jelaa~
he's BLURRRR~ hahahaa "apelaa dorang ni sume dok gelak-gelak"
Owhh dats my mum n my lil sister~ :)

dia dah bangun, masamm je muka, mood tarak lagi..

they loveee d camera as much as i do :p



he's my big brother but not so BIG :p




Well, this is my family :)
Akhiri dengan gambar my beloved son, si pengarang jantung yang baru dapat kaki ;)

esok dia ade appointment dengan klinik kesihatan. He is 15months tomorrow!! =)


Ok, that's all for now, nanti mood baik datang lagi, me update lagi =)
Oh ohh nanti dah dapat gambar me update my previous weekend, i had so much fun going out with my ladies cum family on sabtu-DAY ;) (takde gambar) and on Sunday dating with my BFF!! Tunggu gambar dari mereka sebab me tak bawa kamera kesayangan.. huhuhuu until then, Much lurve!! :)

P/S: Hai November Rain :) My Instagram sume update berkurung kat umah on weekend tunggu hujan reda.. hihii. bye! =)

Friday, November 2, 2012

Beku. Kosong. Blank~

Salam Jumaat.

Dah masuk bulan November, sekejap je dah masuk penghujung tahun kan?

Sekarang mood dah kurang nak berblogging, tiba-tiba datang angin nak membebel macam harini, walaupun rasanya lebih elok untuk berkata-kata yang bermanfaat saja kan.

Mungkin angin harini kurang baik. Need a fresh air i guess.. Hmm

Lately ni juga minat dengan craft, DIY. Tengah nak cari sumthing as part time job. I'm getting bored with my current job but do i have choicess??  >_<   Selalunye hari jumaat i happy, tapi rasanya i happy bila pay-cheque-day je kot?? Hiks

What shall i do? Sebelum ke kerja sangat motivasi tau, then bila sampai je masuk-masuk opis, terus bertukar jadi malas, takde mood semua. Hee nak update blog pon jadi malas! Let's see how for next week ok? 
Penyelesaian untuk jangka masa terdekat ni, nak amik balik mood harus berjalan gi Metro point dulu kot. Kasi tukar angin sikit. Makan aiskrim ke.. :)

But, i really need to do some part time job, berusaha dengan titik peluh sendiri & minat! Moga Allah tunjukkan jalan.. Aminn

Well, dat's for now, dah lama tak update pasal Mizan Armany kan? Minggu depan dia ade appointment 6hb, nurse kata nak bagi ubat cacing which i think, Mizan xde cacing..tapi xpela, kita pergi jelaa ye.


Mohon agar dimurahkan rezeki.

Women who loves to shop a lot.

Monday, October 22, 2012

Kacip Fatimah Orang Kampung~ Memang power!!

Hihii,

amboii tajuk tak beringat ye..

Sebenarnya, nak kongsi info je, sebabnya semalam i minum air kacip fatimah orang kampung, lepas minum memang bertenaga betul, kiranya balik kerja sampai-sampai rumah tak penat, siap boleh buat kerja umah macam masak, cuci kain, kemas dapur dan lain-lain la. Selalu tu kalau balik kerja sampai rumah dah malam, memang tak larat laa nak buat apa pun. Tapi rasanya macam pahit-pahit teh sikit. 

i pun wonder laa, ape khasiat lain kacip fatimah selain dari bagi tenaga: 


Herba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.

PENAWAR..kacip fatimah membantu masalah kesihatan dalaman tubuh wanita
Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.
Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.
Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :
1.Mencegah pembiakkan sel prakanser
2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen
3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang
4. Melewatkan proses penuaan.
5. Masalah keputihan
6. Masalah angin kerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuang angin berlebihan di dalam badan.
7. Melancarkan proses kelahiran bayi.
8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
9. Membantu dalam pengecutan rahim
10. Melangsingkan badan dengan membantu dalam menegangkan otot-otot.
11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
12. Mengurangkan simptom sakit buasir, penyakit sendi dengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.
13. Gonorrhea dan cirit birit.
14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..
15. Mengembalikan rambut yang sudah rosak.
Sumber sini juga sini


So, kepada kawan-kawan yang mana selalu ade masalah penat, letih, lesu boleh la cuba produk ni ;) 
Macam jadi duta pulak rasanya promote menda alah ni..

P/S: Sampai malam tenaga masih banyak.. Ehemm!!  Husband cakap, next time minum separuh tin je ;p Lepas ni nak buat review yang lain pulak.

Thursday, October 18, 2012

Typeless Thursday: Keep Calm~






Good one!! Nice :)

take my word~ Let's do the job. Bring it on!! ;)

ahahaa my desktop background~ nak amik mood eh?

Let's work people and be nice ;)

Salam khamis~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...