CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Fourth Birthday tickers
"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kegelisahan dan kesedihan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat penakut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan penindasan manusia."

Wednesday, November 7, 2012

Garam & Cokelat; Baikkah untuk baby, toddlers & kanak-kanak??

Semua dah sedia maklum, garam harus diambil dalam kuantiti paling minimum, tapi untuk bayi adalah tidak digalakkan sama sekali. Ini adalah pendapat saya sendiri. 

Secara umumnya, garam berfungsi untuk mengawal keseimbangan cecair badan bagi memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, garam juga membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal. Kanak-kanak perlukan sangat sedikit garam dalam kehidupan seharian mereka. Terlebih mengambil garam boleh menyebabkan peningkatan risiko tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung. Walaupun semua penyakit ini lazimnya menyerang orang dewasa, ini tidak bermakna kanak-kanak terlepas daripadanya. Pengambilan garam yang berlebihan ketika kanak-kanak merupakan penyumbang peningkatan tekanan darah apabila dewasa kelak. Pada masa yang sama, kandungan garam yang tinggi juga boleh membahayakan buah pinggang. (Diambil disini)

Atas alasan ini, anda disarankan agar tidak menambah garam dalam makanan anak. Anda juga disarankan agar perhatikan label pada makanan siap proses yang anda belikan untuk mereka. Periksa kandungan garamnya. Elakkan membeli makanan yang tinggi kandungan garamnya.
Antara makanan yang perlu dihadkan pengambilannya:
  1. Sosej dan burger.
  2. Sos, kicap dan perisa tambahan.
  3. Makanan ringan.
  4. Jeruk.
  5. Makanan awet seperti ikan masin, telur masin dan budu.
  6. Makanan dalam tin. 
Kuantiti maksimum pengambilan garam berdasarkan usia:
  • 1-3 tahun (2gm sehari)
  • 4-6 tahun (3gm sehari)
  • 7-10 tahun (5gm sehari)
  • 11 tahun ke atas (6gm sehari)

Cokelat;

Kanak-kanak memang sukakan coklat. Tapi, ramai ibu bapa enggan membenarkan anak  mereka makan coklat kerana bimbangkan kesan buruknya. Betulkah coklat tidak baik untuk kesihatan? 
Ibu bapa sering dimomokkan dengan pelbagai kesan negatif yang bakal timbul jika memberi anak makan coklat. Mereka berpendapat, coklat bukan sahaja makanan yang tidak berkhasiat tetapi juga boleh mengundang pelbagai jenis penyakit seperti kerosakan gigi, obesiti dan penyakit jantung.
Tahukah anda sebenarnya coklat merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang kerana mengandungi nutrien-nutrien penting yang diperlukan tubuh. Di dalam coklat terkandung 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga, vitamin dan mineral. Coklat juga mempunyai nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Ini bermakna, coklat sangat sesuai dijadikan makanan gantian ketika melakukan aktiviti riadah.
Selain tinggi nilai tenaganya, coklat turut mengandungi anti-oksida yang dikenali sebagai flavonoid. Anti-oksida ini membantu melindungi tubuh daripada proses penuaan cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok. Flavonoid juga dapat melegakan tekanan darah tinggi dan menstabilkan hormon. 
Phenylethylamine yang ada dalam coklat pula dapat menenteramkan emosi dan jiwa terutama ketika dilanda kemurungan dan kerisauan. Sementara itu, karbohidrat yang terkandung di dalam coklat berupaya meningkatkan paras serotonin dalam otak yang dapat memberikan ketenangan dan kegembiraan.
Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama.
Coklat rosakkan gigi
Tanggapan yang mengatakan bahawa coklat boleh merosakkan gigi kanak-kanak perlu disangkal. Kerosakan gigi berlaku disebabkan oleh banyak faktor. Salah satu daripadanya ialah hakisan enamel pada gigi. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat yang terdapat dalam makanan menyebabkan hakisan ini.
Kajian mendapati coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tanin, kasein dan  asid oksalik. Tanin merupakan sejenis bahan yang bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid dalam mulut. Kasein di dalam coklat pula berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak. Kasein juga membantu pertumbuhan gigi. Manakala asid oksalik pula berperanan merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam coklat mudah cair di dalam mulut. Hasilnya, coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut seterusnya menghalang pertumbuhan plak. Walau bagaimanapun, selepas memakan coklat, galakkanlah anak anda menggosok gigi. 
Coklat juga bukanlah makanan yang boleh menggemukkan. Punca gemuk atau obesiti adalah makan berlebihan. Makan secara sederhana dan diiringi dengan senaman boleh mengelakkan berat badan yang ideal.
Dalam hal berkaitan masalah sakit jantung, coklat bukan puncanya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksida yang dikenali sebagai fenol yang boleh mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Kajian terkini juga menunjukkan bahawa lemak koko mengandungi 38.2% asid oleik (asid lemak tidak tepu) berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Sementara, asid stearik iaitu asid lemak tepu yang ada dalam mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi sebarang kesan pada kolesterol darah. Kenyataan ini membuktikan pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung. Sumber sini

Perghh, nak ferrero rocher je ;)


Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Jangan malas untuk mencari ilmu dan membaca! :)

kesayangan hati saya! =)
Much Lurve! 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...